CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 17, 2004

Nak beritahu

Aku sakit kepala. Berdiri rasa cam nak jatuh, berpusing-pusing. Kepala bengang. Berat rasanya. Tapi, aku tetap nak menulis juga. Biasak le... Bila dah menaip, ape yang berlaku kat sekeliling, maleh dah nak cara.

Balik je dr sekolah petang tadi, adik aku terus bagi aku surat. Tengok ade cop sebuah universiti tempatan. Yeeaa.. yeaaa.. ni mesti surat tawaran buat Master. Aku dah tak sabar dah nak belajar balik. Dulu tak ngaji molek2. Rasa tak puas lagi belajar. Rasa nak tebus semula kesilapan aku, tak belajar bersungguh-sungguh.

Tu le, lecturer, senior, selalu pesan supaya kutiplah mutiara2 ilmu yg cukup berharga dari prof2 kat universiti smentara ada peluang. Tapi, aku malas. Nak mengadap muka pensyarah pun, hanya dalam bilik kuliah. Aku nak gi jumpa lecturer selalu, huh, lambat le lagi. Bila dah semester akhir, baru le terhegeh2 ketuk pintu bilik lecturer. Haa... baru le aku tahu, betapa bernilainya kalau selalu jumpa lecturer. Kan dah nyesal. Tapi, tak guna dah. Masa tidak sekali2 akan berundur ke belakang semula.

Buka je surat yang aku terima. Yesss!!! Tersengih aku. Aku kena gi dengar taklimat pada 16/6/2004 untuk Master of Library and Information Science (MLIS) dan pada 17/6/2004 untuk Master of Usuluddin. Haaa... satu hal pulak nak memilih. Hari tu, gatal sangat nak mohon dua2 sekali. Sekarang kena fikir elok2 pulak untuk pilih masa depan sendiri.

Aku ada degree dalam Usuluddin. Pengkhususan, Sejarah dan Tamadun Islam. Sekiranya dilihat dari prospek kerjaya, peluang memang kecil. Nak jadi pegawai Syari'ah, aku bukan tahu sangat hukum2 fiqh secara mendalam, melainkan ape yang aku belajar kat sekolah. Tapi, aku percaya pada ketetapan rezeki yang Allah bagi pada kita. Yang aku ngaji kat universiti, hanya tentang Sejarah dan Tamadun Islam. Tu pun, banyaknya, ilmu dlm buku, bukan di dada. Ishk... teruk betul aku ni. Kalau orang dengar aku dpt degree Usuluddin, mesti orang nak tanya aku itu ini tentang Islam. Tapi aku, habuk pun tarak. Malu kat semua orang.

Itu le sekarang ni. Ilmu agama pun dibahagi2kan. Macam mane nak jadi ulama' kalau dah tahu sebahagian, tak tahu sebahagian yang lain? (Aku la tu) Tu belum masuk ilmu2 kemajuan dunia lagi. Tu la yang berlaku amal Islam separuh separuh.

Sebab tu, aku mohon MLIS jugak. Tu kira untuk kerjaya le tu. Hajat aku, dah kerja, kumpul duit, aku nak buat Master dalam pengajian Islam pulak. Belajar dan terus belajar seumur hidup. Rezeki, Allah yang tentukan.

So, any suggestion or opinion?

(Sakit kepala aku dah beransur pergi. Magic jugak ngadap komp. ni)

2 comments:

eN pG said...

wa..tahniah la dulu kat akak yerk..dpt sambung master..berpa tahun..camni aa,Rasanya akak tau apa yang akak patut buat kan..Istikarah..
Rancangan akak ni LONGTERM ke SHORT TERM..klu short amik aa Library tu..cam menarik je..pastu sambung balik master+Phd usuluddin

Anonymous said...

asssssalamualaikum.. tahniah la sahabatku.. yang penting sekarang.. buat la istikhoroh.. sebenarnya dua2 sekali merupakan ilmu..cuma terpulang bagaimana kita gunakan semua ilmu itu untuk kebaikan umat islam.. kalau dalam bab fekah.. memang satu perkara yang rumit.. pengajian islam bukan seperti pengajian akademik biasa.. kalau nak dikaji ilmu ni pun.. tak habis2.. ertinya belajarlah selagi berpeluang.. kerjaya semua penuntut agama islam ialah islah atau dakwah dan gunakan ilmu kita utk kebaikan umah.. tahniah lagi sekali..

lagi satu nak habaq.. kenai kan falah dizar.. emm kenal la tu.. solo nasyid kitaorang ler dulu ALKAUTHAR.. sekang kat uia.. dia ada blog gak.. webnya ada kat blog saya..

ok assalamualaikumm