CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 18, 2005

Pertama kali

Hari ni, kali pertama aku keluar dengan tunang aku tanpa parent. Tapi tetap ade bodyguard 2 orang. Kali terakhir aku keluar dengan dia, lebih kurang setahun lepas untuk meraikan konvokesyen kami. Masa tu, antara kami hanya kawan yang langsung tak terlintas akan bertemu jodoh bersama. Waktu itu, berborak sakan. Ada aje yang nak dicakapkan, banyak aje perkara yang nak diceritakan.

Pagi tadi hingga petang, lidahku kelu. Aku hanya jadi pemerhati kepada bodyguard aku yang dok berborak sakan dengan tunang aku. Aku gelak kat tempat yang aku perlu gelak. Tapi, kebanyakannya aku hanya tersenyum. Kenape yek??? Aku jadi tak tahu nak cakap ape. Sedangkan kalau dalam telefon, tak cukup masa nak cakap. Tadi, aku rasa malu pun ade, tak terluah ape yang tersirat dihati, rasa macam tak berpijak di bumi nyata. Ha ha ha (^_^) lawak betul. Ntah ape-ape aku ni.

Gembira, suka, bahagia sudah cukup dengan hanya menatap wajahnya, tanpa sepatah bicara. Patut le ade orang yang cukup dengan melihat bumbung rumah kekasih hati. Ini rupanya panahan cinta (^_^)

Bercintakah aku? Tapi, tak salahkan aku sayang pada tunang aku?

Tapi, setelah pertemuan tadi, aku berazam untuk tidak bertemu dengan dia lagi sehingga kami diijab kabulkan. Biarlah perasaan sayang, rindu, malu terluah di alam pernikahan dan membuahkan cinta hebat yang diredhai Allah. Itu impianku.

Ha ha ha (^_^) jiwang karat aku hari ni...

Saturday, September 17, 2005

Dinner

Malam tadi (16 September 2005), KPM buat dinner kat Dewan Perdana Felda. Tema pakaian, merah, hitam dan putih. Aku suka merah. Aku suka tema ni. Tapi aku takde pakaian yang sesuai. Mujur ade jubah hitam dari Mekah pemberian Ayah Su. Aku pakai dengan tudung maroon. Kira ok ler...

Tengok dressing students KPM, geleng kepala aku. Berapa le diorang ni berabis untuk pakaian je. Bukan main lagi bergayanya. Make-up takyah cakap le. Tak kenal aku dengan pelajar-pelajar yang aku ajar. Tu mujur yang perempuan wajib bertudung. Kalau tak, agaknya berjenis-jenis sanggul le yang ditayangkan. Kononnya melaram sekali setahun. Untung untung ade yang tersangkut.

Yang perempuannya dengan kebaya nyonya, baju berbulu-bulu kat tengkok macam Erra Fazira selalu pakai, selendang meleret, tudung pelbagai fesyen, dan seribu satu macam fesyen. Yang lelaki pun tak kurang juga untuk tampak bergaya (kononnya). Ade yang bersubang sebelah, bertali pinggang kepala tengkorak, berbaju punjabi, berspek mata besar, dan entah macam mane gaya lagi.

Majoritinya, sopan dan sedap mata memandang dan aku pun tak kisah. Yang melampau tu yang menyebabkan aku geleng kepala. Aku tegur, diorang banyak berhelah. Ape lagi yang boleh kulakukan. Cakap je la yang mereka buat tak betul. Nak berubah, atas diri mereka sendiri. (Kalau nak bergambar dengan aku, tengkorak kena buang).

Sebelum balik sempat aku berpesan, jangan tinggal solat isya' dan subuh keesokan harinya. Sejauh mana mereka ingat, Wallahu a'lam. Esoknya (pagi tadi), azan Subuh tak berkumandang di bumi KPM. Kenape ye??? Terlajak tido sampai pukul 6.15 kot. Takpe la. Asal solat tidak ditinggalkan.

Friday, September 16, 2005

14 Sept 1981

Hari Isnin 14 September 1981 bersamaan 15 Zulkaedah 1401 Hijrah, aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu. Anak sulung ini dilahirkan oleh seorang ibu dengan penuh kesabaran dan kegirangan. Aku dibesarkan, dibelai, dimanja, dimarah, dididik tentang kehidupan oleh seorang ibu yang cukup tabah. Cerita suka duka mendidik dan membesarkan aku, tentu tidak boleh diungkap oleh seorang ibu.

Aku kekadang terfikir. Adakah kelahiranku ini banyak membawa cerita bahagia dalam hidup seorang ibu, atau berita duka? Adakah adanya aku banyak menyakiti si ibu ataupun membuatkan ibu tersenyum bangga? Aku tak tahu. Yang aku tahu, si ibu yang tabah dan sabar sentiasa menyayangi aku. Marahnya untuk mendidikku. Tegurannya untuk membetulkan kesilapan aku. Semuanya untuk kesenangan dan kebahagiaan aku.

Setangdingkah sayang aku pada si ibu berbanding kasih sayangnya buatku? Arrhhh... banyaknya sikapku yang membuat dia menangis dalam diam.

Maafkan honey, mak. Terima kasih kerana melahirkan honey 24 tahun yang lalu. Terima kasih kerana membesarkan honey dengan penuh kesabaran. Terima kasih atas didikan mak yang menjadikan honey hingga ke tahap ini pada hari ini. Terima kasih atas kasih sayang yang mak curahkan buat honey. Terima kasih atas segalanya buat emakku Wan Hamidah binti Wan Mohamad.

Honey sayang emak walau dalam apa situasi sekalipun...

Tuesday, September 13, 2005

Pohonlah kepadaNya

Kata teman, "...dan kkdg terfikir layakkah diri ni untuk mendapat ketenangan drNya..."

Kalau fikir tentang layak, rasa memang amat hina dan malu diri ini. Allah dah bagi terlalu banyak nikmat dan rahmatNya pada aku. Berapa sangatlah kesyukuranku jika dibandingkan dengan segala pemberianNya. Malunya aku untuk meminta, memohon lagi dariNya.

Tapi, itukan juga suruhan Allah. Allah menyuruh hamba-hambaNya memohon keampunanNya, berdoa meminta dan merayu padaNya. Itukan juga sifat seorang hamba. Tanda kerdilnya diri ini yang tidak berkuasa melainkan yang apa yang Dia kurniakan. Aku hanya hambaNya yang hina, yang sering lalai dan alpa dari mengingatiNya. Kerana sedar status diri ini, aku akan sentiasa memohon. Memohon keampunannya, memohon kekuatan dariNya, memohon petunjuk dariNya.

Doa aku akan sentiasa dipanjatkan ke hadrat Ilahi selagi hayat dikandung badan.

Monday, September 12, 2005

Hari ini

Alhamdulillah... Setelah titisan-titisan air mata aku iringi rayuanku pada Yang Maha Pengasih, ketenangan jiwa menguasai diriku. Semangat makin pulih. Dan aku meneruskan segala tanggungjawabku dengan sebaik mungkin.

Hari ini, ada sesuatu yang membuatkan aku terharu dengan pelajar-pelajar aku. Aku di KPM ni, hanya sebagai guru ganti untuk 2 orang ustazah yang bersalin berturut-turut. Sejak Julai 2005, aku menggantikan sorang ustazah A hinggalah minggu lepas. Minggu ni, aku mula mengajar kelas ustazah B. Sepanjang aku mengajar kelas ustazah A, aku dapati pelajar-pelajar boleh menerima cara aku.

Petang tadi, ketika aku hampir selesai mengajar kelas ustazah B, ada pelajar-pelajar ustazah A yang menantiku di luar kelas. Aku keluar kelas je, diorang kata "Ustazah, hari ni saya faham betul kelas belajar Pengajian Islam. (dalam hati aku berdetik 'Alhamdulillah') Asyik angguk je" (erk... lain macam je ayat budak ni). Laaa... rupa-rupanya diorang ngantuk dalam kelas.

Diorang merayu supaya aku terus ajar diorang sampai akhir semester. Aku nasihatkan mereka supaya redha dengan sesiapa sahaja yang menjadi guru mereka. Jangan kutuk dan jangan membenci. Kerana ilmu yang diberi tetap sesuatu yang bermanfaat. Aku pun tak boleh nak suka-suka hati tukar kelas. Aku hanya pekerja, dan bukan pentadbir.

Alhamdulillah kalau mereka suka aku mengajar. Tinggi lagi kesyukuranku andai apa yang aku ajarkan dipraktikkan. Yang dapat ku lakukan kini, hanya doa, setelah kusampaikan ilmu pada mereka berdasarkan kemampuanku.

Sunday, September 11, 2005

Apesal ni

Hati aku gundah. Jiwaku resah. Kenapa???
Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Ketawa riang bersama teman-teman serumah tidak bisa menghilangkan gundah di hati. Aku cek balik. Ade susuatu ke yang berlaku pada diriku? Rasa-rasanya takde ape-ape yang silap atau luar biasa. Segalanya seperti biasa. Ade dosa yang kulakukan tanpa kesedaranku ke? Ntah. Aku tak tahu.

Esok aku kena bertahajjud. Mohon keampunan Yang Esa. Mohon ketenangan dariNya. Mohon dipermudahkan urusanku. Mohon hidayah dan keredhaanNya.

Hiburan

Usrah untuk pelajar-pelajar KPM hari Jumaat lepas, aku bawa tentang hiburan. Aku minta mereka menulis 5 nama artis kegemaran mereka, 5 nama pensyarah KPM, 5 nama ulama', 5 nama pelakon kegemaran mereka, dan 5 Rasul Ulu al-Azmi.

Tapi, aku tak percaya sangat dengan catatan mereka. Ha ha ha... (^_^) jahatnya aku, tak percaya kat student sendiri. Macam mane nak percaya, kalau aku suruh diorang tak berbincang, tapi diorang dok sosek-sosek bincang sesama sendiri. Aku sorang nak pantau kesemua lebih kurang 200 orang, aku tak mampu.

Apa salahnya dengan hiburan? Dalam Islam tak boleh berhibur ke? Habis tu, nasyid pun tak boleh le? Berdosa ke kalau nak berhibur?

Tak... Islam tak melarang manusia untuk berhibur. Gurau senda merupakan hiburan. Meraikan sesuatu perayaan merupakan hiburan. Semua itu dilakukan oleh Rasulullah. Tapi, tidak sehingga melampaui batas. Hiburan sekadar salah satu cara untuk menyampaikan Islam. Dan bukan menjadi matlamat.

Tapi, cuba kita lihat pada hari ini. Hiburan seolah-olah satu matlamat dalam diri. Nak tido kena dengar lagu. Bangun tido, first sekali buka radio. Nak belajar, kena ade latar muzik. Petang-petang beriadah, walkman kat telinga. Habis tu, masa bilanya nak dengar bacaan ayat suci al-Qur'an? Bila nak mengaji? Bila nak berzikir? Sedangkan, yang mendekatkan kita dengan Allah, yang menghampirkan kita dengan hidayah, adalah al-Qur'an dan zikir.

Bila muzik berkumandang setiap saat, hati pun jadi mati. Hidayah susah nak masuk. Baca susah nak faham. Berkat hidup pun berkurangan. Yang selalu bergayut kat hati waktu itu, syaitan yang sentiasa ajak kepada kemungkaran. Tak hairanlah kalau dah 11 tahun belajar pendidikan Islam, tapi solat 5 waktu pun tak lepas.

Habis tu, nasyid tu camne? Aku puji usaha-usaha untuk memperkenalkan hiburan Islam. Tapi, cuba tengok balik nasyid-nasyid pada hari ini. Adakah bila kita dengar nasyid, hati kita akan lebih dekat dengan Allah? Diri kita lebih kenal Islam? Mungkin ada. Tapi, aku rasa peratusnya tak banyak. Ramai yang suka lagu Pergi Tak Kembali. Tapi, seramai mana yang menghayati mesej yang ingin disampaikan? Atau sekadar meminati muzik lagu tersebut?

Jadi, maknanya tak bolehlah semua hiburan-hiburan ni? Bukan tak boleh. Tapi, kenalah berpada-pada. Aku pun dengar lagu, tengok filem. Tapi sekadar memenuhi masa-masa relex.

Saturday, September 10, 2005

Kasih sayang

Hebatnya satu ikatan kasih sayang. Anak yang menyayangi emak, emak yang menyayangi anak, anak yang menyayangi ayah, ayah yang menyayangi anak, suami yang menyayangi isteri, isteri yang menyayangi suami, kekasih yang menyayangi kekasihnya.

Kasih sayang itu bisa memberi semangat, bisa memberi kekuatan, bisa memberi keberanian, menghadapi dan melayari hidup yang penuh liku. Kasih sayang itu memberi keyakinan bahawa kesakitan dan keperitan bukan ditanggung sendirian, kegembiraan dan kebahagiaan bukan dirasa berseorangan.

Friday, September 09, 2005

Hari ni...

Malam ni, aku ingin ketawa (^_^)
Ketawa gembira
Senyum gembira
Ceria sentiasa

Aku rasa dihargai
Disayangi

Hari ini
Walau dilapisi kedukaan
Namun segala keperitan
Ada hikmah tersimpan

Malam ini, aku ingin ketawa (^_^)

Thursday, September 08, 2005

Apa dah jadi

Mentang-mentang aku takde kelas pagi ni, dan internet kat ofis ni dah ok, aku pegi melayari blog-blog lain yang kurindui isi perbincangannya. Tak boleh dapat anugerah pekerja cemerlang aku ni. Ambil kesempatan terhadap kemudahan pejabat untuk kegunaan peribadi. Dalam waktu kerja pulak tu. Nak buat macam mane. Dah takde kelas, takkan le nak duduk termenung je. Kerja lain dah siap. Nak membaca buku takde mood. So, ape lagi... layari internet le.

Eh, ok ape. Banyak jugak ilmu yang aku dapat cedok dari blog-blog orang lain.

internet down

Setiap hari merupakan proses pendidikan. Setiap hari kita akan berhadapan dengan situasi lain, mengenal tempat baru, melayan emosi yang berbeza. Alangkah indah Allah ciptakan manusia dan hidup ini. Tiada sesuatu yang sama di dunia ini. Hatta kembar siam pun berlainan sikap, sifat dan cap jari tentunya.

Ini yang membuatkan hidup kita indah. Indah dengan cabaran dan pengajaran pada setiap hari. Ada orang yang dah bosan hidup??? Kenapa? Lets enjoy our life walau ape pun status dan situasi kita. Enjoy menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Enjoy beribadah kepadaNya.

4 hari tak update blog sebab internet down kat office. line telefon kat rumah pulak bermasalah. lega rasanya hari ni... Alhamdulillah

Saturday, September 03, 2005

Ketawa

Aku suka ketawa kuat. Tapi dengan orang2 tertentu je la. Sebab aku rasa ketawa dapat membuatkan jiwaku bersemangat, membuatkan aku rasa gembira dan bahagia, memberi perasaan muda, dan memberi aku satu keyakinan untuk meneruskan kehidupan.

Ada orang kata perangai aku cam budak-budak. Aku tak kisah. Sebab ia membuatkan semangat muda menguasai diri dan memberi aku tenaga dan kekuatan untuk melakukan sesuatu.

Tapi, aku selalu kena tegur dek mak ngan ayah sebab ketawa kuat... Nak buat camne, kadang-kadang tak sedar, dan takleh control.

Thursday, September 01, 2005

Patriotik

Kenape la aku ni tidak berjiwa patriotik? Orang lain bersemangat melaungkan kemerdekaan, mengibarkan Jalur Gemilang, aku hanya menjalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa yang berkobar-kobar. Tapi aku suka nyanyikan lagu patriotik. Ikut radio @ tv je. Tak hafal pun (^_^)

Pagi semalam, aku sampai Kota Bharu dari Shah Alam, aku terdengar laungan MERDEKA dari sebuah kedai makan yang ditutup. Aku tersenyum. Bangga dengan semangat patriotik yang ada dalam diri warganegara Malaysia.

Belum terlambat lagi rasanya aku mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada semua rakyat Malaysia. Merdekakan diri anda dari penjajahan fikiran...

Tuesday, August 30, 2005

Termeterai ikatan pertunangan ini merupakan satu permulaan pada perjalanan baru yang belum kuketahui bagaimana kesudahannya. Posted by Picasa

Monday, August 29, 2005

Kriteria Pemilihan

Terima kasih pada kak Sri Diah atas ucapan tahniah. Ia merupakan doa buatku.

Aku berkesempatan menonton rancangan Mencari Cinta hari ni. Sebenarnya aku tak suka rancangan ni. Tapi, kebetulan rakan serumah tengok, aku pun sama-samalah join mereka. Aku minat tengok Danial. Dia ada potensi untuk menjadi suami yang dihormati, membimbing isterinya, dan membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Penampilannya juga bersahaja. Tak nampak dibuat-buat. Itu pandangan aku yang hanya tengok rancangan tu sekali (^_^) Dan aku pun bukan berminat sangat nak komen pasal orang.

Mendirikan rumah tangga bukan untuk setahun dua. Bukan juga sekadar satu destinasi cinta. Bagi aku, perkahwinan merupakan satu tanggungjawab. Bila difikirkan, aku sendiri takut untuk memasuki gerbang perkahwinan. Dan sudah pasti pemilihan bakal suami atau isteri bukan satu pemilihan main-main atau bak kata orang, macam pilih ikan di pasar. Macam mane dengan aku??? Heeeee (^_^)

Sebelum aku memilih si dia sebagai bakal suami aku, aku dah mengerjakan solat istikharah. Sebab, hanya Allah yang tahu siapa si dia. Masa silamnya dan masa depannya. Dan hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah kesudahan kami berdua. Kalau bercinta lama pun belum tentu akan kenal si dia. Almaklum le, masa bercinta mesti ade yang control kat mane2 part.

Bila aku dah buat keputusan terima si dia, aku berasa amat tenang dan hati aku semakin rapat dengannya. Walhal sebelum tu, aku takde ape2 feel pun kat si dia. Bila aku dah terima si dia, means aku kena terima segala kelebihan dan kekurangan pada si dia. Seperti yang pernah si dia katakan pada aku, kita menerima dan menyayangi seseorang biarlah tanpa syarat. Kalau ade kelemahan, kita cuba baiki dan doakan supaya kelemahan atau keburukan itu suatu hari akan berubah.

Ape kriteria-kriteria pemilihan calon suami untuk aku? Hensem? Kaya? Beriman? Penyayang? Ape ye??? Jawapannya : Pilihan berdasarkan keputusan istikharah. Selepas tu, aku sayang si dia sebagaimana seadanya dia. Kelebihan dan kelemahannya. Manusia boleh berubah. Manusia boleh merancang. Tapi, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Si Elly pulak akan pilih siapa? Mengapa??? (^_^)

Sunday, August 28, 2005


Hari bahagia, aku dimeterai sebagai tunang seorang insan bernama lelaki... Posted by Picasa

Saturday, August 27, 2005

Beza

Apa bezanya mengajar remaja dan kanak-kanak? Kedua-duanya memerlukan seni pendidikan yang tersendiri. Kanak-kanak lebih tulus dan mulus. Mereka akan ikut ape yang mereka lihat orang dewasa atau idola mereka lakukan. Tapi jangan fikir remaja takkan ikut orang yang lebih dewasa dari mereka. Pada pendapat aku, remaja lebih mempersoalkan tindakan orang yang lebih dewasa daripada mereka. Kalau mereka mendapat jawapan yang memuaskan hati mereka, mereka akan ikut yang baik.

Contohnya, bab menutup aurat. Aurat perempuan didefinisikan sebagai seluruh tubuh dari kepala hingga kaki kecuali tapak tangan dan muka. So, bila didapati ade yang memakai tudung tanpa stokin, remaja akan pertikaikan. Kata mereka 'laaa... sama je la dengan kita yang pakai baju lengan pendek. Tak tutup aurat jugak'. Dalam situasi ini, idola yang betul-betul boleh dicontohi barulah dihormati oleh para remaja ni. Sedikit sebanyak mereka akan turut menjaga sikap bila bersama dengan orang yang mereka hormati ini.

Nak marah kanak-kanak boleh diekspresikan melalui suara yang agak tinggi. Tapi, nak marah remaja kena guna psikologi tinggi. Silap marah, bukan kita dihormati tapi dibenci. Pernah satu ketika, aku bengang dengan perangai pelajar dalam sebuah kelas yang aku rasa tak hormat aku waktu aku mengajar. Aku cakap kat depan, diorang dok gelak kat belakang. Hati aku mendidih. Aku dah bagi assignment awal utk diorang present, diorang buat main-main.

Aku pun pegi depan kelas, buat muka tegang, senyap dan tenung mata setiap student aku. Diorang dapat agak aku tengah bengang, barulah senyap. Lepas tu, aku kata dengan suara yang tegas, "Baiklah. Saya akan bagi satu peluang. Baca dengan senyap tajuk ni, lepas ni saya akan soal". Aku terus duduk diam. Hari yang lain, kelas tu buat hal lagi, aku terus sound "Kalau kamu taknak hormat saya, fine. Tapi, hormatlah ilmu yang tengah kamu belajar". Nasib lah pada yang kena direct tu. Aku dah kata awal2, aku nak pelajar aku jadi manusia yang berguna. Dah dapat ilmu, amalkan. Bukan menuntut ilmu untuk suka2.

Ada masanya aku boleh bergelak ketawa dengan mereka dalam kelas. Tapi, kalau dengan gelak ketawa aku tu diorang sangka boleh memperlekehkan tugasan yang aku bagi, sorry ler. Silap orang!

Friday, August 26, 2005

Lamanya tak update blog

Tarikh akhir aku update blog, 17 Mac. Hari ni dah 26 Ogos. Hampir setengah tahun blog ni tak dijengah oleh tuannya. Kalau sebuah rumah yang ditinggalkan, aku rasa dah penuh dengan sawang. Sinaran matahari berbalam menembusi sarang labah-labah yang tebal. Tapi, blog aku belum bersawang lagi (^_^)

Pelbagai kisah hidup yang aku lalui sepanjang lebih 5 bulan aku meninggalkan coretan rasa, luahan hati di ruangan ini. Ada suka, ada duka. Dan segalanya aku jadikan pengalaman sebagai panduan kehidupan.

Sekarang aku dah tak bekerja di tadika. Suara riang kanak-kanak berusia 5, 6 tahun dah bertukar kepada tawa gembira remaja berusia 18 tahun ke atas. Teka, kat mana aku mengajar sekarang? (^_^) Alhamdulillah, usaha demi usaha yang aku lakukan untuk menimba pengalaman hidup dilihat oleh Yang Maha Esa. Justeru, perjalanan hidup aku dipermudahkan. Dan tu juga doaku setiap kali selepas solat.

Aku kini mengajar di Kolej Profesional Mara. Walaupun hanya sementara, aku tetap menghargai peluang ini kerana ia sebagai pengalaman yang tak mungkin aku perolehi dengan hanya duduk diam. Setakat ini, aku dah berpengalaman mengajar tadika, sekolah rendah dan peringkat kolej. Sekolah menengah je yang belum lagi. Darah pendidik yang mengalir dalam diriku warisan dari arwah tok, emak merupakan kelebihan untuk aku. Aku dapat menyesuaikan diri dengan mudah di setiap peringkat pengajaran. Alhamdulillah.

Thursday, March 17, 2005

Letih???

Setiap orang rasa letih setelah bekerja mengeluarkan tenaga seharian. Aku letih otak, letih badan. Esok exam last paper untuk sem ni. Dah pulun habis-habisan ke? Entah la... Aku dah baca, hafal yang mana patut hafal. Sekarang tinggal ulang kaji balik, pastu tawakkal. Peperangannya dalam dewan periksa. Kalau senapang dah berkilat, baju dah sedia, tetiba hujan pulak, dengan hutan tebal. Susah jugak nak berperang. So, kena la tawakkal supaya Allah mempermudahkan urusan.

Kesian sepupu aku. Ada sesuatu yg tak kena dengan dia. Tapi, biasalah. Hidup ni, ade pasang surutnya. Ada satu ketika kita akan rasa semua orang tak faham tentang kita. Feel alone. Kalau aku, sure aku tido memanjang. Tapi, hidup kena diteruskan. Tiada siapa yang dapat membantu kita dan memberi kita kekuatan kalau bukan diri sendiri.

Aku pun biasa rasa blur. Rasa sedih tetiba. Rasa bengang dengan keadaan sekeliling. But, i have to wake up dari segala kelesuan. Dengan itu, barulah terasa satu kepuasan. Jangan terus menyerah diri kepada kemurungan.

Thinks positive, sis. Semua kerja, semua tanggungjawab ada masalah tersendiri. Don't ever give up.

Monday, March 14, 2005

Ada seekor lebah

Dalam bilik ni ade seekor lebah yang aku kira hayatnya tak begitu panjang. Sang lebah sudah hilang bisa untuk menyengat. Hilang kemampuan untuk terbang tinggi. Pasti ada sesuatu yang berlaku pada anggotanya. Kasihan... Namun lebah tak berputus asa. Terus berusaha terbang. Jatuh kembali atas kekeunci-kekunci keyboard ini. Dia terbang lagi. Aaarrrggghh... letih sungguh. Tolonglah... Aku ingin bersama rakan-rakanku. Aku ingin terus bekerja untuk bangsaku.

Semangat lebah ini, inginku letakkan dalam jangkauanku. Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi itu diri perlu terus berusaha.

Ehhh.. mana lebah tadi. Dah mati ker? Tak dengar dah bunyi dengungannya nak cuba terbang lagi. Kasihan dia..

Setelah sekian lama...

Setelah sekian lama aku tidak menjengah ke blog ini, aku mula menulis kembali. Aku tak tahu siapa yang akan membaca. Tapi, tidak mengapa. Aku sendiri akan membaca tulisan ku kelak apabila aku kesunyian.

Hidup ini
Setiap hari mesti dilalui
Walau pahit
Walau perit
Siapa lagi yang akan melangkah
Andai tidak kakiku
Yang ada tika lemah longlai, tempang
Ada tikanya gagah
Bak si pengarah melangkah ke pejabat

Saturday, November 13, 2004

Nak raya kat mane?

Tahun ni nak beraya kat mane? Tu soalan sensitif. Bisa menimbulkan perang dingin atau perang teluk dalam sesebuah keluarga.

Dalam keluarga aku. Tiada perancangan awal dibuat. Kalau raya pertama rasa nak balik Trengganu, maka baliklah. Kalau rasa nak balik sebelum raya, balik le kalau driver kata ok. Biasanya, esok nak balik Trengganu, hari ni baru ade keputusan.

Tahun ni, aku sendiri tak tahu lagi perancangan yang sebenar. Yang pastinya, solat hari raya, di Kota Bharu. Lepas tu, mungkin berlepas ke Pasir Putih, atau mungkin hanya beraya dekat-dekat dengan rumah ni je. Ntah le. Kalau tak ke mana, aku sendiri dah ade plan untuk berjalan menziarahi sahabat handai di sekitar KB ni. Wallahu A'lam

InsyaAllah, pada hari raya kedua, seluruh warga 744family akan berkumpul di Halaman Duha. Ukhuwah yang terjalin tidak akan terputus kerana darah yang mengalir dalam kapilari masing-masing dari keturunan yang sama.

Kad Raya

Aku ade create online kad raya. Kemudian, aku linkkan kat sini. Tak tahu le menjadi ke tidak. Cuba le sesapa yang kunjung ke sini klik di bawah ni. Ok, Selamat Hari Raya.

Kad Raya Ciptaanku

Yea yea... Esok Raya

Dulu masa kanak-kanak Rebina, aku ingat lagi. Time pengumuman raya oleh penyimpan mohor mohor besar diraja, semua kanak-kanak Rebina menunggu di depan TV dengan penuh debaran. Bila umum je esok raya, bersorak satu rumah. Gembira betul. Tak sabar nak menggayakan baju raya, kasut raya, beg raya, duit raya. Ape pengertian raya waktu tu ye? Yang aku paling pasti sekali, main bunga api, mercun, nak pakai semua jenis benda baru dan paling penting dapat duit raya.

Sekarang, bila dah besar dewasa. Bila semakin faham erti hari raya. Aku cukup rasa terkilan dengan diri sendiri. Azam Ramadhan gagal dicapai, macam mana nak meraikan lebaran dengan kegembiraan? Kalau ade sekelumit kegembiraan dalam hati, kerana dapat bertemu dan menziarahi sanak saudara yang memang sekali setahun je berjumpa. Dapat membantu mak di dapur, menyedia juadah hari raya.

Aku dah ade kat Kota Bharu sejak 10 Nov. Tapi, tak berkesempatan update blog sebab jadual harian aku penuh. Tolong adik-adik shopping, buat biskut raya. Gembira sebab dapat menyediakan persiapan hari raya. Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk keluarga. KELUARGA... Itulah aset yang paling utama aku ada kini. Kegembiraan aku lahir dari kegembiraan keluarga. Begitu juga kesedihan aku.

Macam mana malam raya di tempat kalian ye? Kat rumah aku ni, bunyi mercum berdentam dentum kiri kanan tak berhenti-henti dari lepas Maghrib tadi. Tak pernah macam ni rasanya. Nak kata meriah sangat tu, tak tahu le. Tapi, berdasarkan bunyi bunyian mercun ni, memang bunyi meriah le.

Dikesempatan ini, aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Aku mohon banyak-banyak kemaafan kepada pengunjung yang berkunjung, tapi, aku tak update blog. Buat adik Abrar, terima kasih kerana masih sudi kunjungi blog yang kekadang sepi seribu bahasa. Maaf ye dik...

Sambutlah Aidilfitri dengan keinsafan sebagai makhluk dan hamba Allah yang daif, bukan dengan hiburan yang melampau. Syukur dengan suasana aman di negara kita. Ingat juga saudara se Islam kita yang tertindas di negara lain. Sekurang-kurangnya, doa dipanjatkan buat mereka, agar Allah memberi kemenangan kepada Islam.

Monday, November 01, 2004

Selamat Berpuasa


Apa khabar semua? Moga bulan Ramadan yang mulia dan penuh berkat ini memberikan kita semua kekuatan sama ada dari segi jasmani mahupun rohani.

Aku sedih. Sedih dengan diri sendiri. Sedih kerana aku dapat rasakan aku tak menggunakan peluang Ramadan kali ini untuk mengabdikan diri kepada yang Esa semaksimum mungkin. Solat malam aku terabai. al-Qur'an tidak aku tatap dan bacainya sepanjang masa. Di mana kekuatan aku untuk mengamalkan ibadah-ibadah khusus kepadaNya? Kenapa aku jadi sebegini lemah?

Aku juga gembira. Gembira dengan Ramadan yang menyatukan ikatan kekeluargaan 744 family. Setiap hujung minggu, ahli keluarga 744 yang berada di sekitar lembah kelang akan berkumpul bersama-sama di rumah yang terkena giliran, untuk bersama-sama berbuka puasa, solat Maghrib, Isya' dan Tarawih berjemaah, bertukar-tukar berita, mengeratkan perhubungan.

Aku suka dengan suasana begini. Walaupun arwah nenek dah tiada lebih 10 bulan yang lalu, tapi, keluarga ini tetap bersatu. Masing-masing tidak membawa haluan sendiri. Kenangan di rumah 744 pantas menjengah minda ku tatkala selawat ketika solat Tarawih bergema.

Bilakah lagi dapat kami sama-sama menunaikan solat Tarawih di rumah 744, Kuala Terengganu?

Lama betul


Last sekali aku update blog ni, 15 September yang lepas. Hari ni dah 1 November. Maknanya, lebih kurang 46 hari aku tak jenguk blog ni. Hmm... biasanyanya angka 40 dan ++ ni banyak yang tersirat di sebaliknya.

Kata orang...
Kehidupan bermula pada usia 40 tahun
Simpang malaikat 44
Tandas tak dibuka pintu lebih 40 hari, jadi tepat syaitan beranak pinak
Subuh berjemaah 40 hari berturut-turut, mendapat ganjaran dari Allah
Pantang perempuan bersalin, 40 hari

Hmm... dan pelbagai lagi. Jadi, ape yang tersirat di sebalik ketidak 'update' an blog ini selama 46 hari? Ntah le... ade sape2 nak bagi komen?

Aku exam pada 11, 18 dan 22 Oktober yang lepas. Sebelum tu aku sibuk menyiapkan assignment untuk dihantar sebelum exam. Ditambah dengan sedikit masalah hati. Mood untuk pegi lab komputer dan bertenggek surf internet memang terhapus. Lagipun, komputer dah ade kat rumah, cuma takde line nak masuk internet je. Tu pasal, setiap assignment disiapkan kat rumah je.

Alhamdulillah... peperiksaan dah berlalu dengan jayanya. Aku pulak belum tentu dapat jawab dengan jayanya. Kena la tunggu keputusan exam untuk tahu dapat jawab ke tak. Biasa la, kertas jawapan penuh. Betul tidaknya, lecturer le yang menentukan.

Wednesday, September 15, 2004

Kenapa aku tak boleh buka blog aku?

Blogger ade masalah ke?

Atau komputer ni yang ada problem?

Atau aku yang tak pandai?

Atau...

Atau...

Hidup kita ni dikelilingi oleh pelbagai persoalan. Berpunca dari sesuatu masalah atau perasaan ingin tahu. Nak buat disertasi master pun kena soal banyak. Nak buat tentang apa? Apa masalah sebenar sehingga muncul tajuk tersebut? Apa persoalan yang akan dikemukakan dan dijawab? Apa objektif buat disertasi tu? Apa... Apa... Apa...?

Dan mengapa sampai sekarang ni, aku masih buntu untuk mencipta tajuk disertasi. Proposal dah kena siapkan sebelum exam bulan depan. Weehhh... tak sampai sebulan lagi. Kenapa dengan aku ni? Dah tak larat nak fikir ke? Atau tak tumpu fikiran terhadap pelajaran?

Waaa...

Hari ni dah 15 September. Takde ke sape2 yang nak wish aku happy birthday? Semalam, 14 September 2004, genaplah usia aku 2x tahun. Muda lagi aku ni. Masak pun tak pandai lagi. Yang tahunya, mengorak langkah buat kerja2 di luar rumah. Rumah hanya tempat persinggahan.

Apa yang telah aku capai setelah aku hidup selama 2x tahun? Adakah aku sudah menggembirakan emak dengan menjadi anak yang mendengar kata, atau telah terlalu banyak mengguris hati emak? Ilmu yang aku timba hingga peringkat master kini, adakah telah aku praktikkan dalam kehidupan, atau sekadar di dalam buku dan dibaca hanya ketika menjelang peperiksaan? Dan yang paling utama sekali, sedarkah aku, maut semakin hari semakin hampir, dan apakah aku telah bersedia menghadapinya?

Nampaknya, aku kena duduk. Duduk sambil memegang pen dan sekeping kertas. Menulis perkara2 yang telah aku lakukan, baik tau buruk. Mencatat perancangan untuk masa akan datang, dunia mahupun akhirat.

Berapa banyakkah dosa dan pahalaku yang telah tercatat buat masa kini?

Sunday, September 12, 2004

di rumah

aku di kampung waktu ni. tengah memanjakan badan. langsung tak usik kerja rumah. relax, baca buku cerita, tengok cd, bergurau senda ngan adik adik. Isshhhkkk... ape punya kakak le aku ni. Sekali sekala... nak juga aku rest kan badan yang telah digunakan untuk sepanjang minggu. Tak gitu?!? Nak pegi rest belai badan kat SPA macam orang2 kaya, tak mampu aku.

Semalam (Sabtu), dua kawan nak pindah masuk rumah aku kat Shah Alam. Terpaksa le mereka bertungkus lumus mengangkat barang sendiri tanpa bantuan dari aku. Nak buat macam mane. Masa keputusan diorang buat tu, aku dah pun beli tiket balik kampung. So, dengan rela hati aku berikan mereka kunci rumah untuk punggah barang mereka. Maaflah ye kekangkawan, tak boleh nak tolong korang berpindah. Apapun, perpindahan anda, amat dialu-alukan. Lepas ni, takle aku berseorangan kalau adik aku balik kampung. Dan bertambah riuh le rumah teres dua tingkat tu.

Balik kampung ni, aku nak mengumpul kembali semangat dan kekuatan. Biar bekalan itu, dapat aku gunakan untuk meneruskan usaha dan perancangan masa depan. Selepas ini, aku ingin duduk berfikir sejenak, mengatur kembali perjalanan hidup aku yang aku rasa sedikit bercelaru. Jiwa ini terasa gersang, kerana kurangnya minuman dan makanan rohani. Aku perlu mengatur kembali hidupku, agar ada masa terluang untuk aku mengisi rohani ku.

Sunday, September 05, 2004

Di sini aku...

hati yang tidak tenang bercelaru
fikiran yang berkecamuk
perasaan yang tidak menentu

aku ingin
ingin menyibukkan diri dengan segala kerja
segala keriuhan
agar segala terjahan yang mula mengintai jiwa
dapat kulupakan
pergi jauh terbenam ke dasar hati

aku nak balik kampung!!!

Wednesday, September 01, 2004

Ready dah ke?

Aku boleh selamba je mengadap komputer ni, padahal sat lagi ade kelas pukul tiga. Aku kena present pulak tu. Isshhkk.. aku ni, biar betul. Dah ready sangat ke? Ntah laa... aku pun tak tahu. Dari segi pembacaan, memang le tak begitu banyak. Sebab, makin aku baca, makin aku tak faham. Yang penting point yang aku nak sampaikan masa present nanti, aku dah siapkan.

Ni le kali pertama aku melabuhkan punggung di kerusi depan komputer di library ni. Sebelum ni, tak pernah berkesempatan. Sama ada dihambat waktu, atau kerana orang tak putus-putus dok mengadap komputer ni. Apa pun, nikmat yang aku dapat hari ni, aku gunakan sebaik mungkin. Tapi, sayangnya, aku tak dapat nak buka blog sendiri. Ape masalahnya, aku tak tahu.

Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi perangsang dan nasihat. InsyaAllah, aku akan terus berusaha untuk lebih berhati-hati dengan dunia pada masa-masa akan datang. Kesilapan, sesat, kesususahan merupakan pengalaman berharga yang mengajar kita semua untuk hidup dengan lebih baik.

30 Ogos 2004

hmm… aku dah agak dah. Hari ni, mesti ramai anak murid aku yang tak datang sekolah. Hanya 4 orang dari 18 orang murid aku yang hadir. Dah le aku ade tetamu kat rumah yang aku tinggalkan sendirian, tambah lagi dengan murid yang sedikit, mood aku untuk mengajar terus hilang. Cikgu-cikgu tadika semuanya takde arah nak mengajar. Persetujuan dibuat, kumpul semua murid yang ada, nyanyi bersama, bercerita, mengikut arahan-arahan guru, dan belajar pengetahuan am. Hari ni, murid-murid tak pegang pensel pun. Cikgu pun blur ;-D

10.30 pagi, aku dah minta balik (awal sejam dari masa tamat belajar). Aku tinggal murid-murid aku kat cikgu-cikgu lain. Aku pegi enjoy dengan tetamu aku yang datang dari Penang. Heee... sekali sekala daa ;-p

28 Ogos 2004

Sedikit kagum dengan diri sendiri. Ullpp… bukan nak angkat bakul sendiri atau berbangga. Tapi, aku sendiri tak sangka yang aku boleh duduk mengadap buku dan computer dari 9.30 pagi hingga 2.00 pagi. Berhenti untuk tunai hajat dan cari makan. Kalau aku sentiasa macam ni, sure aku boleh dapat 4 flat punye masa BA dulu. Isshhkkk… tak elok kalau… kalau… Lagipun memang sikap aku bukan ulat buku, dan tak boleh duduk diam mengadap pelajaran je. Mesti nak buat juga kerja-kerja sampingan.

Sebenarnya, assignment aku bertimbun, masa dah suntuk. Kalau aku tangguh lagi, aku akan lebih tersepit, penat akan semakin terasa, dan sudah tentu hasilnya tidak seberapa.

Alhamdulillah, aku dapat rasakan, ada sedikit perubahan dalam menerima pelajaran baru. Sedikit sebanyak aku kembali mempelajari Bahasa Arab yang telah lama aku tinggalkan. Bayangkan le, masa first degree dulu, 85 peratus dalam Bahasa Melayu. Sekarang pula, buku 100 peratus Bahasa Arab. Belajar, assignment, dan exam dalam Bahasa Melayu.

Hah… kalau tak tahu Bahasa Arab, tak boleh buat le jawabnya. Mana boleh nak copy paste je. Nak ngapal untuk exam lagi le tak boleh. Semuanya kena terjemah dulu. Kalau tak faham, silap-silap takde markah langsung.

Yeaarrrggghhh… aku kena tingkatkan usaha.

23 Ogos 2004

Hari ini sahaja, adik aku dah dua kali menyampaikan salam emak dan pertanyaan emak, bila nak balik kampung? Agaknya mak telefon dia. Taknak balik kampung ke aku? Uih… sape kata taknak? Aku memang nak sangat balik kampong, melupakan sejenak kesibukan aku membahagi tenaga dan masa, merehatkan badan seketika dari bergerak ke sana ke sini tak henti-henti dalam sehari, meminggirkan kesepian dengan keriuhan adik-adik.

Aku rindu, rindu dengan gelak tawa, gurauan, perbualan sekeluarga yang riuh rendah. Aku ingat lagi. Suatu ketika, pernah kami terfikir untuk memberi nama rumah di KB. Yang terkeluar dari mulut-mulut kami, antaranya Teratak Kecoh, Teratak Kepoh, Teratak Riuh. Ini semua, kerana kalau kami adik beradik berkumpul, alamatnya riuh rendahlah bunyinya. Agaknya, jiran-jiran pun kadang kala terusik dengan keriuhan kami. Tapi, setakat ni, takde lah lagi suara-suara jiran yang datang mengadu.

Ikut hati, aku memang nak balik kampung. Tapi akal aku memikirkan baik buruknya aku balik sekarang. Walaupun masa yang terluang banyak untuk aku balik kampong lebih lama, tetapi, tuntutan tugasan di sini juga banyak. Aku ada 5 assignment yang perlu disiapkan dalam masa terdekat. Nak siapkan assignment ni, bukan mudah-mudah je. Kitab-kitab Arab yang selama ni aku tak tahu menahu, aku kena belek dari satu patah perkataan ke perkataan yang lain.

Kalau aku betul-betul terror Bahasa Arab, takpe la jugak. Sekali baca dah faham. Ni, terkial-kial belek kamus. Kekadang tu, dah belek kamus, baca berulang kali pun, tak faham-faham juga. Tu, yang kekadang membuatkan aku fade up. Oh no! Aku mana boleh putus asa. Tidak sekali-kali tidak!

Sesekali aku terfikir. Takut kalau mak terkilan. Aku belum lagi dapat kerja tetap. Belum lagi berkahwin, ada anak, duit gaji belum terarah kepada keeperluan-keperluan lain yang mendesak, dah aku jarang balik kampong. Sibuk sangat ke aku, sampai cuti sekolah pun tak boleh balik bermesra dengan adik-adik?

Maafkan honey mak. Honey tak akan abaikan mak. Honey di sini, berusaha keras menambah ilmu pengetahuan dan mengharap redha mak dan ayah. Honey akan balik juga, tapi, bukan dalam cuti sekolah ni. Sebab, banyak tugasan yang menghambat. InsyaAllah dalam bulan 9 ni honey balik. So, pesan honey buat adik-adik, sediakan le hadiah birthday utk kak honey ye. (He he he… ;-D balik ade makna tu…) Honey nak sangat cakap telefon dengan mak. Tapi, dua tiga hari ni, suara tak begitu baik. Takut tak tersampai pulak apa yang nak dicakapkan. Waarrrgghh… dah rindu sangat kat rumah.

Pagi ni, suara masih tak keluar. Sepatutnya aku kena pergi ajar tuition kat rumah orang pagi ni. Tapi, dengan kepenatan yang masih bersisa dan suara yang tak mengizinkan, aku abaikan tuition tu. Bila aku pergi malam, orangnya pulak tak de. Esok aje la…

22 Ogos 2004

Tiada apa yang dilakukan selain dari pengikuti sesi muktamar. Selepas Isya’ kami bertolak balik ke Shah Alam menaiki kereta salah seorang perwakilan muktamar. Sempat juga kami menelusuri menikmati keindahan JB pada waktu malam seketika, sebelum menyusur keluar ke lebuh raya. Ada yang kata JB, indah khabar dari rupa. Entah. Aku tak tahu. Yang pastinya, setiap tempat tentu ada kelemahan dan kelebihannya. Biarlah waktu yang sesingkat ini, aku nikmati kelebihannya. Kebersihan dan keindahan kerlipan lampu serta susunan bangunan yang aku sendiri tak tahu seninya.

Dalam perjalanan, kami diberitahu tentang sejarah hitam stesyen bas Larkin. Subhanallah… yang telah mengatur perjalanan hambaNya dengan begitu baik. Setiap berlaku ada hikmahnya. Bas ke JB yang tiba pada jam 1.20 pagi dua hari lepas, ada hikmah disebaliknya. Seribu satu kemungkinan yang menerpa andai kami tiba awal pagi di Larkin sekiranya bas tiba seperti yang dijadualkan (11.30 malam). Kami yang buta jalan dan tidak tahu apa-apa tentu sahaja tidak mampu bertahan dengan keadaan yang mendesak.

Sesungguhnya, terlalu banyak petunjuk dan jalan yang telah Allah tunjukkan. Cuma, kita hambaNya sahaja yang sering buta, pekak, bisu, dari melihat dan mengakui segala ketentuanNya.

Bangun pagi, suaraku sendiri sudah tidak kukenali. Keadaan semakin serius menjelang tengahari bila aku terpaksa meneran ke dalam tekak untuk mengeluarkan suara. Alangkah besar nikmat suara yang Allah kurniakan. Malam, aku hanya menjadi pendengar. Kekadang gelakku pecah, garau yang tertahan mengejutkan sesiapa yang mendengar.

20 Ogos 2004

Malam ini bermulalah cuti sekolah. Tentu seronok bagi pelajar yang saban hari menelaah mata pelajaran yang semakin banyak, untuk berehat seketika. Tak kurang juga riangnya mereka yang sambil lewa belajar. Dan terutamanya, guru-guru yang teruk mengatur diri untuk mendidik anak bangsa.

Aku pun bercuti. Ke Johor Bahru. Hmm… nampaknya, hujung minggu kali ini, aku menimba pengalaman baru mrnjejak kaki ke tanah yang tak pernah aku jejaki selama ini. Bas kami (aku dan tiga lagi rakan sekerja) dijadualkan pukul 9.30 malam dari Shah Alam dan 11.30 malam dari Bandar Klang. Aku dok fakir juga, takkan le sampai dua jam nak boleh sampai ke Klang. Sedangkan dua minit pun boleh sampai (ibaratnya lah). Rupa-rupanya, bas dari Shah Alam tu, hanya bas perantara. Bas sebenar, nun di Klang. So, sampai Klang, sempat le kami makan, minum, relax sekejap.

Satu persatu bas ke pelbagai tempat di seluruh Malaysia sampai, berhenti mengambil penumpang, lalu meneruskan perjalanan. Kami sabar menanti. Satu persatu bas diteliti. Jam dah menjangkau 12 tengah malam. Aik… mana ni, bas tak sampai-sampai pun lagi? Kami dah gelisah. Dari berdiri, dah pakat duduk. Dari duduk, dah bertongkat dagu. Hati mula bergolak. Takut, bimbang, geram, bengang, bercampur aduk. Yang nyata, tiada perasaan gembira.

Weh… kami anak dara. Mana tak takut. Macam-macam yang berlaku sekarang ni. Apatah lagi dengan keadaan sekeliling yang semakin sunyi. Syukur… kami berempat. Kalau aku berseorangan, aku tak pasti apa akan aku lakukan. Nak patah balik rumah, nak naik apa? Teksi? Ishh… tak berani aku. Bas? Mana ade tengah malam macam ni. Nak telefon saudara? Mana ada saudara yang dekat dengan Klang. Nak tak nak tentu kena tunggu juga bas berseorangan. Tentu lebih merbahaya.

12.10 tengah malam. Kami dimaklumkan bas akan tiba 12.45 tengah malam kerana tersekat dengan kemalangan jalan raya. Warrrggghhh… masing-masing dah tak larat nak tunggu. Badan dah semakin letih, otak cuma ingat nak tido je. Dan penantian berakhir pada jam 1.20 pagi. Sabar je lah. Tentu ada hikmah di sebalik segalanya. Hanya Allah yang mengetahui.

Tekakku terasa perit. Nak demam ke?

Tuesday, August 31, 2004

17 Ogos 2004

Mulai semalam, 16 Ogos 2004, kuliah sarjana kembali berjalan seperti biasa. Aku melangkah kaki pergi dewan kuliah dengan keceriaan dan keazaman yang tinggi, biarpun basah bermandikan hujan yang begitu lebat di pertengahan jalan. Aku ingin memulihkan semangat belajarku kembali. Setelah seminggu tidak melihat muka-muka rakan-rakan sekelas yang kebanyakannya lepasan Timur Tengah, yang berilmu lebih tinggi dari aku, aku ingin mendengar segala pandangan-pandangan mereka, yang bisa membangkitkan semangat aku yang terlena bersama cuti yang sepi.

Hari ini, semangat kembali berkobar. Kata-kata prof. membangkitkan keazaman yang tinggi untuk terus berjuang dengan bidang ilmu yang telah aku pilih ini. Ihdinas siratol mustaqim. Jalan lurus yang bagaimana? Jalan lurus itu adalah yang telah dilalui oleh para rasul, nabi2, muqarrabin, solihin. Nah, mereka ini menempuh pelbagai onak dan duri pada jalan yang lurus tersebut!

Setiap hari, berdoa memohon agar Allah menunjukkan kita ke jalan yang lurus. Tapi, kita sering berputus asa, sering menangguh kerja, sering mengeluh, sering mementingkan diri sendiri untuk menjaga periuk nasi, sedang Islam hanya sekadar nama. Para rasul, nabi2, muqarrabin, solihin sanggup hilang pangkat, harta, dipenjara, disiksa, malah dibunuh demi mempertahankan Islam. Sedang kita begitu takut didatangi ujian sedemikian. Siapa kita yang mengaku sebagi umat Islam ni? Malunya aku…

Dalam dewan peperiksaan, masa menjawab bagi sesuatu ujian telah diperuntukkan dan kita tahu sebanyak mana telah digunakan dan sebanyak mana yang masih berbaki. Tapi, sedarkah kita? Ujian yang sedang kita duduki kini, dalam dewan dunia, tidak kita ketahui masa penamatnya iaitu tatkala ‘Izra’il mencabut nyawa. Kalau gagal UPSR, PMR, SPM, boleh diulang, boleh disemak semula. Tapi, kalau gagal ujian di dunia ini, di akhirat kelak sudah tiada ulangannya. Yang ada hanyalah TAHNIAh atau TAKZIAH.

Beramallah dengan ikhlas, JANGAN TANGGUH lagi. Kerana hari ini belum tentu penamatnya milik kita. Dan esok belum pasti kita masih di alam dunia.

Sunday, August 15, 2004

14 Ogos 2004

Kebiasaan aku ketika keseorangan di rumah ni, masuk je rumah, aku terus melepak kat tingkat atas. Kalau turun bawah pun, sekadar untuk ambil air masak. Dan dalam minggu ni, cuma sekali je aku masak. Tu pun, lauk sardin je. Masak ape yang ada. Malas dah nak keluar, beli lauk. Aku habiskan masa lepak dalam bilik. Membelek buku kuliah, mendengar radio. Alaahh.. berapa lama la sangat aku ade kat rumahnye. Sekadar untuk tidur dan berehat seketika sebelum keluar kembali menjalankan tanggungjawab lain.

Pagi tadi, aku rasa terancam. Terancam dengan keselamatan aku tinggal bersendirian di rumah. Pukul 8.30 pagi, aku turun ke bawah untuk keluar memenuhi tuntutan untuk menghadiri program bawah TASKI. Kat tangga aku dah rasa pelik, kenapa depan pintu rumah cahaya terang? Sampai je bawah. Berderau darah aku. Jantung berdetak hebat. Cemas menguasai perasaan. Pintu rumah terbuka luas!!!

Siapa yang buka? Orang? Angin? (malam tadi hujan) Aku cek tombol pintu. Berkunci. Entah sejak bila pintu rumah tu terbuka. Yang pastinya, pukul 10.30 malam tadi, pintu tu masih tertutup. Pantas aku cek seluruh rumah dalam keadaan berdebar-debar. Manalah tahu, kalau ade orang masuk, menyorok kat mana-mana. Mujur rumah aku ade gril. Gril masih berada dalam keadaan yang baik. Tiada tanda-tanda cuba dicerobohi.

Seharian, pelbagai persoalan menerjah benak fikiranku. Sejak bila pintu tu terbuka? Aku tak selak rapat ke, sampai pintu tu boleh terbuka sendiri? Angin kuat ke malam tadi, hingga meniup pintu sampai terbuka luas? Aku tak guna pintu tu. Aku guna sliding door. Bila aku tak tutup pintu tu rapat2? Ke budak-budak yang mengaji kat rumah aku yang main pintu tanpa aku sedari?

Meremang juga bulu roma bila memikirkan keselamatan aku ketika berseorangan. Terbaca pula surat khabar tentang rompakan yang berlaku pada wanita bujang yang kaya. Dahsyat orang-orang sekarang ni. Buat rompakan secara terang terangan.

Moga aku dilindungi dari terjebak dalam perkara yang tidak diingini. Aku berlindung padaMu ya Allah. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah.

13 Ogos 2004

21 Ogos 2004 ni, ada Anugerah Pilihan Utama Nasyid anjuran IKIM.FM di Dewan Utama Pusat Islam, Kuala Lumpur. Kalau tak tempah lagi tiket, boleh dapatkan tiket di meja terbuka pada 18 dan 19 Ogos depan, di hadapan pintu masuk Dewan Utama Pusat Islam. Siaran langsung boleh didengar melalui IKIM.FM. Haa… ni promosi percuma untuk IKIM.FM dan kumpulan-kumpulan nasyid tempatan. Aku sendiri tak pergi pun. Entah sempat, entah tidak nak mendengar siaran langsung. Sebab, masa tu, aku ada kat Johor Bahru, mengikuti satu program TASKI.

Kalau sebelum ni, radio Era ada buat Anugerah Era. Sekarang, satu langkah permulaan yang baik dilakukan oleh IKIM.FM untuk mengetengahkan lagi irama nasyid ke dalam masyarakat Malaysia. Bagi aku, usaha ini perlu dilihat secara positif. Irama nasyid yang telah diketengahkan, aku anggap ia sebagai satu hiburan alternatif. Walaupun mungkin ada golongan yang tidak bersetuju. Takpe la… setiap orang ada pandangan masing-masing.

Aku suka lagu yang ada mesej yang berguna, sesuai dengan melodinya dan suara si penyampai. Dalam industri nasyid kontemporari, aku lihat dah terdapat pelbagai jenis melodi yang diketengahkan bersesuaian dengan pelbagai jenis manusia yang mendengarnya. Mesej yang berguna tetap menjadi perkara utama yang dititik beratkan dalam lagu nasyid.

Kalau ada yang mengatakan… “huh… nasyid sekarang ni sama je, tetap melalaikan” Bagi aku, mesej dakwah yang dibawa dalam nasyid telah memberi sumbangan yang banyak dalam Islam. Cuma, manusia tu ada banyak kelemahan. So, apa jua cara yang manusia lakukan pasti ada kelemahan. Yang sempurna hanya ketetapan syariah Allah sahaja. Kerana itu, dalam Islam ada sistem ijtihad, ijma’ ulama’ yang mana memberi kelonggaran kepada umat Islam merubah sesuatu cara mengikut kesesuaian. Islam juga menegaskan perlunya pengawasan terhadap sesuatu perkara agar tidak melanggar syariah Allah.

Urghh… aku ni, melalut entah ke mana. Apapun, setiap usaha untuk memartabatkan Islam perlu dilihat dari sudut positif dan diambil peluang dengan baik oleh setiap umat Islam.

12 Ogos 2004

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE – 47

Honey doakan kehidupan mak sentiasa diredhai Allah di dunia mahupun di akhirat. Terima kasih mak, atas segala kepayahan dan penat lelah dalam mendidik honey dan adik-adik. Telah 47 tahun emak dikurniakan usia oleh Allah. Sepanjang hayat mak, pelbagai halangan dan dugaan yang telah emak harungi. Segala suka duka kehidupan telah emak ketahui hitam putihnya.

Kesabaran mak, kegigihan mak, ketabahan mak, kekuatan mak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan honey. Honey, anak mak yang terlalu banyak kekurangan ini, amat berbangga memiliki seorang ibu seperti mak. Keupayaan mak mengharungi 47 tahun kehidupan, menjadi pendorong, sumber inspirasi honey.

Doa honey, kebahagian melingkari kehidupan mak, semalam, hari ini, dan selamanya. Ketahuilah mak, anak mak ini terlalu muda untuk mengerti liku kehidupan ini. Usia yang telah honey lalui dan akan lalui tak pernah terjangkau oleh fikiran. Usahlah mak simpan segala kesakitan yang pernah honey bawa ke dalam hati mak. Maafkan honey yang telah membawa suka duka dalam kehidupan mak. Usah mak putus menasihati, membimbing, menegur honey, kerana diri masih terlalu mentah. Dan setiap saat kehidupan honey amat memerlukan bimbingan dan didikan.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE – 47, MAK. MOGA HIDUPMU SENTIASA DILIMPAHI RAHMAT DAN REDHA ALLAH.

11 Ogos 2004

Sepi… sunyi… kosong… bisa membunuh. Erk… kenapa sampai macam tu? Minggu ni, adik aku yang tinggal bersama aku di Shah Alam ni, bercuti di kampung sempena cuti pertengahan semester. Tinggallah aku keseorangan di rumah teres dua tingkat ni. Balik mengajar keseorangan, malam juga keseorangan. Hanya bunyian dari radio menjadi peneman tanpa rakan serumah, tanpa mak dan ayah, tanpa keriuhan adik-adik.

Kesunyian ini membunuh semangatku untuk menyiapkan assignment, membunuh selera aku untuk bersantap memenuhkan perutku yang semakin diisi angin, membunuh kerajinan aku untuk memasak, membunuh keceriaan hidup seharianku. Yang tinggal adalah perasaan kosong, tanpa semangat, tanpa kekuatan. Kekalutan ini menyebabkan aku lebih banyak menghabiskan masa dengan membuta. Sedang tugas yang menanti menuntut aku mengorbankan segala tekanan.

Arghh… aku tak boleh terus begini. Semangat mak dan ayah patut bersamaku sentiasa. Kecerian adik-adik mesti terus terngiang di benakku. Jadikan potret bagi mengembalikan kekuatan. Yaaa… aku tak boleh selemah ini, menyerah pada kekalutan jiwa. Ingatkan harapan mak dan ayah. Kenangkan kehidupan adik-adik. Huh… takkan aku mengorbankan segala harapan keluarga. Tidak sekali-kali, tidak.

Di sebalik hidupku, di situ keluarga menjadi pemangkin. Di sebalik keteguhan seorang ibu, ada anak-anak menjadi kekuatan. Di sebalik kejayaan anak-anak, ada ibubapa sebagai pendorong. Di sebalik kehidupan seorang suami @ isteri, ada isteri @ suami menjadi tunjang kekuatan. Di sebalik kehidupan kita semua, ada insan yang menjadi sumber inspirasi. Siapa kata manusia boleh hidup berseorangan. Malah, kerana keseorangan, manusia menjadi hilang akal, hilang pertimbangan.

10 Ogos 2004

Ape ada pada sebuah perkahwinan? Huh… Soalan ape tu? Pastinya perkahwinan merupakan satu perubahan peringkat kehidupan yang begitu besar bagi setiap orang yang menempuhinya. Perkahwinan merupakan proses keserasian dua pihak yang mempunyai perbezaan yang begitu ketara.

Bagi yang dapat menyesuaikan diri, perkahwinan merupakan satu rahmat. Ia memberi ketenangan jiwa, kestabilan emosi dan spiritual. Malah, ia boleh meningkatkan keimanan seseorang. Lebih besar lagi mendekatkan diri dengan ganjaran syurga dari Allah. Sepertimana yang Allah janjikan kepada setiap perempuan yang mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan suami redha kepadanya. Haa… kan mudah tu. Tapi, mudah dikatakan, tak semestinya mudah dilaksanakan kalau si suami pun tak menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.

Tak kurang juga mereka yang merasakan perkahwinan itu menyusahkan. Membanyakkan kerja. Memeningkan kepala. Memberatkan tanggungjawab. Dan lebih teruk perkahwinan menjadi punca permusuhan manusia. Kenapa ini berlaku? Haa… tu kena tanya diri orang yang melalui keadaan sedemikian. Adakah mereka mengikut atau melalui jalan-jalan yang baik dalam menempuhi gerbang perkahwinan atau sebaliknya? Jawapannya pasti ada kena mengena dengan kehidupan yang ditempuhi.

Hmm… aku sekadar mengulas apa yang aku nampak dengan kaca mata aku. Bukan yang aku tempuhi. Maklum le, orang bujang tak boleh le nak cakap banyak-banyak pasal bab kahwin ni. Kenapa tetiba aku sentuh bab kahwin ni? Dah nak kahwin sangat ke aku ni? Erk… calon pun takde lagi, jangan nak berangan panjang-panjang.

Sebenarnya, pada hari konvokesyen yang lepas, aku jumpa ramai kawan-kawan yang telah melangsungkan perkahwinan dan akan melangsungkan perkahwinan. Tak dinafikan juga masih ramai yang single seperti aku. Aku tumpang gembira dengan kebahagian mereka. Itu jalan hidup yang mereka pilih. Jodoh mereka telah tiba.

Sekurang-kurangnya dengan perkahwinan, mereka telah menambahkan pahala kerana mengikuti sunnah Rasulullah. Juga menghubungkan tali silaturrahim dua pihak yang sebelum ini tidak pernah kenal mengenali antara satu sama lain. Wahh… besar pahalanya tu. Tu bukan kurang dah tu. Dah banyak yang mereka perolehi.

Aku? Erk… ada juga ke soalan tu? Entah le. Soalan yang paling biasa didengari bila berpapasan dengan kawan-kawan ialah, “eh, honey dah kahwin kan?” “bila nak bagi kad jemputan?” “bila nak kahwin?”. Erk… bila masa pulak aku kahwin? Buat masa sekarang, aku tak nampak langsung sinar-sinar perkahwinan di depan aku. Aku tak cari calon ke? Entah la… Aku takut, aku khuatir, aku gentar untuk menaruh perasaan dan harapan pada sesiapa. Aku takut kalau aku berkenan kat seseorang, tetiba mak dan ayah tak suka. Aku khuatir kalau aku menaruh harapan, aku kelak dikecewakan. Aku gentar kerana aku sedar diri aku terlalu banyak kekurangan.

Biarlah… biarlah masa yang menentukan. Aku telah ada perancangan hidupku buat masa ini. Dan aku akan terus berusaha merealisasikan segala perancangan ini. Cabaran di hadapan belum aku ketahui sebesar mana. Kekuatan yang aku ada kini, belum tentu mampu kupertahankan. Justeru, biar aku terus mencari dan menggapai kekuatan untuk diri sendiri sebelum aku berkongsi kekuatan ini dengan insan lain…

Buat teman-teman yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan. Setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan. Moga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang comel dan diredhai Allah. Jalankanlah tanggungjawab berlandaskan syari’at Allah, InsyaAllah kebahagian menjadi milik kalian.

Sunday, August 08, 2004

Soalan...

Mak pernah tanya aku satu soalan. Macam mane kehidupan sekarang di rumah Shah Alam, berbanding masa belajar first degree dulu, duduk kat hostel?

Aku tak boleh nak jawab. Sebab aku rasa memang amat berbeza. Kehidupan aku dahulu dan kini adalah sesuatu yang amat berbeza. Dulu aku belajar dan sibuk memikirkan aktiviti di kampus tanpa mempedulikan tanggungjawab lain. Hidup aku hanya berkitar di dalam kampus. Tak memikirkan soal duit. Kegembiraan terasa bila join project. Berkawan dengan ramai orang. Pergi kuliah. Takde duit minta kat mak. Masa tu, tak fikir sangat mak dengan ayah ade duit ke tak.

Sekarang. Aku tak peduli langsung dengan projek-projek kat universiti. Yang aku tahu, pergi kerja, balik, pergi kuliah, study, cari peluang tambah pendapatan. Bukan nak kaya, tapi untuk sara hidup. Pergaulan semakin luas dengan orang-orang yang sudah berumah tangga. Masalah mereka dapat didengar dan diambil pengajaran. Tapi, aku tak le sibuk sibuk tolong diorang selesaikan masalah. Tak pasal2 kang aku pulak yang bermasalah dengan diorang.

Aku dapat rasakan perubahan kehidupan. Dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Mak pun, seakan mendidik aku agar tidak bergantung pada mak. Duit gaji aku tak masuk lagi, nak pinjam duit mak. Mak tegur, katanya jangan buat macam tu, nanti terbiasa. Maknanya, aku tak boleh melakukan sesuatu selagi belum ada dalam kemampuanku. Walaupun, mungkin benda kecil, dan nak pinjam cuma 20, 30 ringgit, impaknya akan jadi besar kalau terdidik asyik nak meminjam aje. Hiduplah secara sederhana.

Di sebalik kejayaanku


mak dan ayah yang tidak jemu-jemu mencurah keringat demi kejayaanku... Posted by Hello


Siapa? Siapa? Siapa yang berada di belakang kejayaan seorang anak kalau tidak kedua ibubapa mereka? Yang memarahi aku, yang menghalang aku, yang mempertikaikan keputusan aku, yang mendorong aku, yang tidak pernah mengeluh dengan segala permintaanku, siapa mereka? Tak akan aku lupakan segala pengorbanan kedua ibubapaku. Dorongan juga larangan mereka untuk kejayaanku dunia dan akhirat. Tentangan dan semangat yang mereka berikan untuk menyelamatkan aku dari kelalaian dunia. Siapapun mereka, aku tetap berbangga memperolehi mak dan ayah seperti keduanya.

Saturday, August 07, 2004

Apesal?

Kenapa dengan entry aku yg sebelum ni? Apesal tulisannya jadi kecik semacam jer? Aku sendiri naik pening kepala membacanya. Nak mengogeh sana sini, kepala aku yang semakin memberat ni tak mengizinkan aku meneruskan percubaan untuk membaikinya. Biarkan je la...

Adik Abrar tanya, sama ada aku suka kanak-kanak atau tak? Jawapannya, kalau tak suka, takleh ler akak kerja sebagai guru tadika, dik oi. Tapi, bagus Abrar. Tak ramai yang pandai bergaul dengan kanak-kanak yang special. Akak sendiri pun tak pandai. Kalau adik Abrar suka melayan kanak-kanak tersebut, memang Abrar memiliki sifat penyayang dan penyabar. Akak sendiri tak sesabar mana. Tapi, takler sampai menelan bebudak tadika tu.

Aku suka cubit pipi budak-budak tu kalau diorang tak dengar cakap. Geram... Geram sangat. Masa kita mengajar, dia melopong, fikiran entah ke mana. Bila disoal, tak tahu apa-apa. Memang aku kena belajar banyak teknik untuk menjadikan budak-budak suka belajar. Masa ajar matematik, aku suka tinggikan suara. Kengkadang bukan marah. Saje, suka menengok tangan budak-budak tu menggigil sambil mengira. Ade yang dah sampai bergenang air mata. Tapi control, takut lagi kena jerkah. Heeee... ;-D garang jugak aku ni. Garang-garang aku pun, ade tempatnya.

Di samping mengajar kat TASKI pada waktu pagi, aku pun mengajar mengaji kat rumah dan kat TASKI pada waktu malam, di samping ajar tution kat rumah orang. Nak makan, kena la pandai cari sumber.

Ade ketikanya, aku rasa keletihan menguasai diri. Terutama kalau hujung minggu aku penuh dengan bengkel @ seminar. Terutama kalau aku tak dapat buat presentation untuk kelas master dengan baik. Kali kedua aku buat presentation 4 Ogos yang lepas. Frust betul aku, bila hasil kerja aku tak dapat dibuat dengan baik. Banyak kekurangannya.

Kebetulan Sabtu dan Ahad lepas aku ade bengkel Aritmetik anjuran TASKI. So, masa untuk aku study di hujung minggu takde. Aku hanya dapat gunakan waktu malam aku yang dah kurang kualitinya untuk study. Alamatnya, persediaan memang kurang. Aku sendiri rasa tak bersedia untuk buat pembentangan. Tapi, aku fikir. Kalau ditangguhkan, ade tiga kerja kerja lagi kena bentang. Lagi le akan menyesakkan kehidupan aku. Takpe la... Kalau kena komen, untuk the real kertas kerja, buat le yang terbaik. Ambil perhatian terhadap segala komentar.

Akhirnya, segala kepahitan terpaksa aku telan. Dan akan aku usahakan yang lebih baik pada masa akan datang. Ini semua pengajaran buat aku.

Terima kasih buat Pak Wattan dengan kata-kata semangat :

"A'kum, buat honey, jangan patah semangat. saya percaya awak boleh buat... insaallah. saya doakan awak berjaya di dunia dan di akhirat. jangan buat kerja separuh jalan teruskan perjuangan mencari ilmu... "

aik...??? sape yang grade ni? Posted by Hello

Balik kampung...
Tahniah buat diri sendiri... Posted by Hello



Gembira... gembira yang tidak terhingga. Setelah lebih sebulan aku diperantauan, merindui suka duka di rumah Kota Bharu, akhirnya, hari ini dapat aku melepak kat KB. Mendengar celoteh si adik kecil. Menadah telinga mendengar kutukan dan pujian adik-adik. Seperti membangkitkan semula keceriaan diri ini. Keriuhan kembali menjadi halwa telinga aku, biarpun sekadar dua hari cuma. Jauh dari memikirkan soal kerja, soal belajar yang menuntut bukan sedikit penggorbanan. Aku ingin berehat seketika. Seketika cuma untuk fresh kan kembali semangat dan kekuatan aku.

Alhamdulillah, aku dah selamat naik pentas terima skrol yang berisi kosong. Tak cukup pipi aku nak melebarkan senyuman. Rasa tak puas jalan naik pentas yang tak sampai pun seminit berbanding berjam-jam menanti nama diumumkan. Lenguh segala bahu, tengkuk dok control supaya jubah dan topi berada dalam keadaan baik. Takpe, aku doakan dan aku akan terus berusaha untuk naik lagi pentas di DTC tu 2 tahun lagi. InsyaAllah. Doakan aku.

Tengok le gambar aku kat atas tu. Kosong je tangan. Takde yang bagi barang sekuntum bunga kat aku. Yang janji nak bagi pun tak nampak muka pada hari berkenaan. Takpe la. Balasan untuk aku, sebab meminta. Heeee... yang tak minta, tu le yang dapat :-D Ape pun, aku amat terharu, dan amat gembira dengan kehadiran mak. Aku tahu, mak serba salah. Mak terikat dengan kerja. Tapi, mak berusaha juga untuk menggembirakan hati aku. Adakah aku anak yang pentingkan diri sendiri? Mak dalam sakit2 pun, berusaha datang. Terima kasih mak. Kehadiran mak begitu dan amat bermakna buat honey.

Moga, ape yang telah aku lalui dan aku terima dapat memberi pengajaran dan contoh buat adik-adik. Adik-adik, tiada sesuatu yang dapat kita perolehi di dunia ini, mahupun di akhirat kelak tanpa usaha. Sesukar manapun liku yang ditempuhi, pasti akan membuahkan hasil yang tak kita jangka, dengan syarat, letakkan Allah dalam dirimu, dik.

Sunday, July 25, 2004

Ape nak jadi

Ape nak jadi dengan aku ni??? Dah tiga minggu tak update blog. Susah betul nak jumpa internet. Banyak je rasa nak luahkan. Tapi, terpaksa pendam dulu. Ni pun, kesempatan yang ada cuma seketika sahaja.

5 Ogos ni, aku akan konvo untuk first degree. Gembira??? Memang gembira. Tak sabar rasanya nak jumpa balik kengkawan yang dah bertaburan ke sana ke mari. Walaupun hakikatnya, aku rasa agak terkilan kerana tidak mengerah seluruh kelebihan yang aku ada untuk menuntut ilmu ketika peringkat sarjana muda. Juga rasa tidak mampu mengaplikasikan apa yang aku pelajari dalam kehidupan seharian. Dalam kegembiraan ini, tidak mampu aku hilangkan rasa terkilan itu.

Gembira aku juga disulami kesedihan andai majlis konvokesyen nanti tidak disertai oleh ahli keluarga aku. Aku tahu, mak ngan ayah sibuk dengan tanggungjawab masing2. Cuma, hati kecil ini amat mengharapkan kehadiran walaupun seorang sahaja ahli keluargaku.

Aku kini, kembali bergelumang dengan anak-anak kecil berusia 5 & 6 tahun. Dah hampir sebulan aku bekerja di taski. Dan aku amat merasakan, kesabaran aku terhadap kanak2 masih di peringkat bawah. Aku juga kena lebih banyak mempelajari psikologi kanak2. Aku dapat rasakan, aku terikut2 cara pembelajaran di sekolah rendah ketika mengajar di tadika. Hmm... silap tu. Kena belajar lagi nampak gayanya.

Ok ler... aku nak tulis panjang. Tapi, masa tak mengizinkan. Permisi dulu... :-) Jumpa lagi...

Sunday, July 04, 2004

Terima Kasih Daun Keladi

* MBA : Alhamdulillah, setakat ni ok je, berulang dengan motor. Rumah free dah ade kat SA, kat KL kena menyewa lain pulak. MBA support kereta lah 1, senang honey nak berulang alik... ;-D

* NET : Salam perkenalan, jemput le datang lagi bila2 ek :-)

* ADZFAR : Ni haa... kitorang dah ade kat rumah Adzfar pun ;-D Siap tumpang online lagi.

* DILLA : Terima kasih atas ingatan :-)

* MUAZZAH : honey naik motor dengan kawan. Ijah bawa motor sendiri. Boleh... silakan datang rumah yek. honey takde buat perkhidmatan tusyen kat rumah orang ;-D

* ITA & NIZA : Hai... ape khabar? Rajin2 le jenguk honey kat blog ni :-)

* PAK WATTAN : Salam pak Wattan :-)

* MELLY : Hai Ly... :-D rindu la kat Ly. ape khabar hari ni? Moga Ly bahagia sentiasa :-)

* CHAKERLATT : Sila.. sila.. masuk lama2 pun takpe. Tuan rumah tak halau punye :-D

* SRI DIAH : Salam Kak Sri. Terharu dapat kunjungan Kak Sri. Nanti bila ade kelapangan, boleh honey gi lepak kat pejabat Kak Sri ek ;-)

* IBNUHAZAM : Kaiff Haal? Sibuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Tahniah atas kejayaan!!! Bila nak balik M'sia?

* INTUISI : Salam perkenalan :-) Jemputlah datang sini selalu

* ABRAR : Hai adik abrar... :-D pekabo? seronoknya dapat kunjungan abrar. bagi semangat baru kat akak :-D Macam mane sem ni? Doa akak, abrar terus bersemangat dan berusaha.

Mudah

Salam buat semua. Rindu pada semua. Dah seminggu tak jumpa internet. Mula-mula buka blog dulu, aku berazam untuk update blog setiap hari. Kalau tak update pun, aku takkan biarkan blog ini senyap je lebih dari 5 hari. Tapi, dalam keadaan sekarang, nampaknya aku hanya boleh membuka dan membaca blog sendiri serta men'update' blog seminggu sekali. Takpe la, mungkin hanya sementara sahaja, sebelum rumah kami dimasukkan streamyx. Bila tu? Ntah le. Ada duit, ada le. Takde duit, kena tunggu lagi.

Setelah tiga minggu bermastautin di SA ni, aku sedikit sebanyak mendapat pengajaran dalam menghadapi sebuah realiti kehidupan. Bagaimana kesenangan dan keperitan sebuah kehidupan. Tentu dah bacakan entry yang aku tulis pada minggu lepas? Ok. Pada yang tak baca, pegi baca entry yang kat bawah ni sekarang, sebelum meneruskan pembacaan bagi entry kali ni.

Minggu lepas aku bercerita kisah gembira. Kesyukuran aku memperolehi rezeki yang aku tak sangka begitu mudah. Setelah berlalu beberapa hari, aku diuji. Rupa-rupanya Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa. Dia mengajar aku. Mendidik aku agar tabah. Dia beri kesenangan pada mulanya, namun dia uji aku setelah aku memperolehi kegembiraan itu. Agar, aku tidak terlalu leka, tidak terlalu ghairah, dan tidak meletakkan kecintaan pada dunia.

Aku diuji. Guru Taski yang asalnya ingin menyewa di rumah aku, terpaksa menarik diri kerana penyelia Taski tidak dapat membayar sewa. Dia kena duduk di Taski (rumah yang disewa) sementara Masjid Seksyen 19 tu siap. Kalau duduk kat Taski tu, percuma tempat tinggal. Dan memang menjadi peraturan Taski, setiap guru bujang tak boleh bayar sewa rumah sendiri. Taski yang akan bayar. Malah rakan serumah aku yang turut mendapat kerja di Taski tu bersama dengan aku, turut perlu berpindah ke Taski. Melayang le pendapatan aku.

Aku juga ada beritahu minggu lepas, aku akan buka kelas mengaji. Tapi, nampaknya, aku kena tukar strategi. Setakat 3 hari aku buka pintu rumah, takde seorang pun datang mengaji kat rumah aku. Mungkin orang tak kenal lagi kot, walaupun aku dah edarkan flyer. Takpe la. Aku reda dengan semuanya. Dan aku bersedia menerima ujian ini. Aku tahu, hidup tak semudah apa yang dirancangkan. Dan aku sendiri, bila bila masa pun perlu sentiasa merancang dan berusaha. Aku sedar, kalau aku layan perasaan aku, kalau aku menurut kehendak kata nafsu yang menyalahkan orang lain, aku takkan berjaya. Aku takkan dapat hidup dengan tenang dan bahagia. Aku perlu berhadapan dengan segala cubaan dan dugaan. Aku tak boleh menunding jari kepada dunia.

Memang kena atas aku, apa yang dikatakan Pak Wattan:

'A'kum tahniah dari wattan kerana menyambung pelajaran..tahniah semoga segalanya dipermudahkan. tapi mungkin ingatan awal dan ingat kata-kata wattan selepas ini akan datang 1001 macam masalah dalam menghadipi pengajian di peringkat master, nasihat wattan "jangan patah semangat dan teruskan usaha sebaik yang mungkin"..salam dari seberang'

Itu baru tiga minggu aku di sini. InsyaAllah. Dengan sokongan mak dan ayah, ahli keluarga dan rakan-rakan sekalian, aku akan terus berusaha sedaya mungkin. Kejayaan yang dikecapi oleh orang-orang terdahulu bukan dengan hanya duduk berdoa, tetapi diiringi dengan usaha yang gigih.

Saturday, June 26, 2004

Nak Relax

Sebentar tadi kepala berdenyut. Mungkin sebab tak jumpa buku yang perlu dibuat rujukan. Mencari semerata rak buku kat library tu, tapi, yang dihajati tetap tak terlintas di pandangan. Masa pula terhad. Ingat taknak le beli buku lagi untuk masa ni, sebab fulus tak berapa banyak. Tapi, sebab tak jumpa cari kat library, jenguk la jugak kat kedai buku kat univ. Kat kedai buku pun takde juga. Mujur juga buku takde kat kedai buku. Kalau tak, makan nasi ngan kicap je la jawabnya. heee... ;-D hmm.. susah sangat ke persoalan yang prof madya ni bagi sampai tak jumpa2 jawapannya. Kalau nak reka sendiri, boleh je. Tapi takde hujah dari sumber yang berautoriti. Tak boleh le pakai hentam je. Aku ni bukan pelajar sekolah.

Jalan2 tanpa arah tujuan, akhirnya nampaklah CC yang masih belum ditutup ni. Rajin pulak tokey ni bukak sampai petang. Dalam jadual sampai pukul 2 je. Nampaknye rezeki aku le untuk menjenguk blog. Seronoknye... :-D

Kelas aku bermula jam 3 petang hingga 7 malam setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Aku berulang alik dari SA ke KL naik motor dengan kawan yang menyewa di rumah aku. Dia pun sambung Sarjana Syari'ah. Dia orang Kedah. Dah biasa bawa motor KL-Kedah, Kedah-KL. Aku yang tak biasa naik motor jauh2 ni, terasa le sakit pinggang bila dah tiga hari dok berulang alik ngan motor. Alhamdulillah, hari ni, dah beransur pulih pinggang aku.

Dan aku memang amat2 bersyukur dengan rezeki yang telah Allah kurniakan pada aku. Setiap hari aku berdoa dan memohon agar Allah memudahkan urusanku di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Secara tak rasmi aku dah dapat kerja di Taski ABIM kat seksyen 19. 1 Julai ni start kerja. Salah sorang guru Taski tu pula nak menyewa dengan aku. Alhamdulillah dah bertambah income kat situ. Pakcik, jiran sebelah rumah dah confirm hantar 4 orang cucunya mengaji Qur'an dengan aku. Dan baru tadi seorang adik, pelajar sarjana muda, minta aku buat prosiding Konvensyen Pengajian Islam yang lepas dengan bayaran yang tertentu.

Alhamdulillah. Aku terharu, terpegun dengan nikmat dan rahmat Allah yang Allah beri untuk aku pada ketika ini. Aku tahu. Kesyukuran aku bukan hanya perlu dilafazkan dengan Alhamdulillah. Tapi, aku perlu menggunakan nikmat pemberianNya ini sebaik mungkin. Dan aku akan sentiasa berdoa agar Allah selamatkan aku dari terpedaya dengan tipu daya dunia. Moga segala kerja yang aku lakukan ada memberi sumbangan kepada masyarakat Islam khususnya.

Tuesday, June 22, 2004

Aku update blog

Gembira... gembira yang tak terkata. Akhirnya aku bertemu juga dengan internet. Rasa tak lengkap hidup aku, kalau tak boleh update blog ni. Rindu sangat untuk terus menulis. Dan banyak cerita yang selama ni telah aku karang dalam otak. Cuma tak terluah je. Akan ku coretkan satu persatu selagi termampu. Apa khabar kalian semua? Aku doakan semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kepada yang meneruskan pelajaran untuk semester ni, berusahalah. Waktu belajar adalah waktu yang paling menggembirakan. Betul tak? abrar, MBA, Pak Wattan, ibnuhazam, nur, hardy, kak dilla, sri diah... terima kasih kerana terus sudi menjenguk honey di blog ni.

Sudah seminggu lebih aku berada di tempat baru ini. Sebenarnya tempat lama sebab aku pernah menetap di sini lebih kurang 12 tahun yang lalu. Dan kini aku kembali menetap di Seksyen 19, Shah Alam. First sekali aku nak kritik adalah tentang mutu udara di Shah Alam ni. Sesak nafas aku menengok keadaan yang mendung diselaputi jerebu. Mungkin sebab dah biasa dengan udara di Kota Bharu, aku jadi agak khuatir dengan kualiti udara di Shah Alam ni.

Kritikan kedua... haa.. ini tentang penyewa rumah. Terutama yang bujang. Lebih spesifik lelaki. Mungkin tak semua. Tapi, yang terkena pada aku (keluarga aku), adalah jenis mereka yang tidak bertanggungjawab. 3 hari penuh, aku, adik, mak dan ayah bertungkus lumus membersihkan rumah, tapi, hingga hari ini masih terdapat baki sampah yang terpaksa kami bersihkan peringkat demi peringkat. Memang hati aku mengutuk teruk para penyewa yang meninggalkan rumah sedemikian teruk.

Aku yang tak pernah ada lelah, kena penyakit tu, gara2 habuk yang banyak dan terpaksa memerah tenaga berhempas pulas membersihkan rumah. Mak aku yang ada lelah tu, lagilah teruk. Kesian mak tak boleh tidur malam kerana lelah, natijah dari mengemas di siang hari. Kasut, beg, piala, surat2 cinta, sampah sarap yang entah apa2 bertaburan di sana sini. Aku memang kesal dengan sikap anak muda seperti itu. Cuba bayangkan, rumah yang anda tinggalkan dengan bersih dan baik untuk memberi keselesaan kepada para penyewa, anda dapat balik dengan keadaan tunggang langgang. Tentu bengang kan?!

Tapi, aku juga dapat pengajaran. Tuan rumah juga perlu memainkan peranan yang penting untuk memelihara kebajikan penyewa. Berjauhan dari rumah yang diberi sewa (KB-SA) menyebabkan kurangnya perhatian yang diberi. Penjagaan rumah diberi amanah kepada orang lain. Tapi, sudah tentu hasilnya atau natijah yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan. So, kepada para tuan rumah, selalu2lah @ rajin2lah jenguk para penyewa. Kalau dapat sebarang aduan, segeralah bertindak. Jauh bukan alasan. Kerana kelak, si penyewa akan 'mengamuk' meninggalkan rumah tunggang langgang.

Itu cerita tentang rumah. Sekarang ni, keadaan rumah semakin selesa. Dan aku juga gembira tinggal di rumah tu sebab jiran2 12 tahun lalu masih menetap di situ. Aku dapat bertemu semula dengan rakan2 sekolah rendah 12 tahun lalu.

Tentang master. Aku telah mengambil keputusan muktamad untuk meneruskan pengajian dalam bidang Usuluddin. Ini bidang aku. Dan aku rasakan ia sudah semakin sebati dengan diri aku. Tentang rezeki, kepercayaan kepada rezeki yang telah Allah tetapkan untuk aku, perlu aku perteguhkan dan praktikkan. Aku perlu berusaha. Sebanyak mana sekali pun rintangan yang perlu dilalui, aku percaya dan yakin, Allah tidak membebankan seseorang melainkan perkara2 yang mampu dilaluinya sahaja.

Dan... aku kembali menjejak tanah yang telah aku duduki sejak 4 tahun lalu. Kembali bergelumang dengan buku. Kembali bertemu rakan2 seperjuangan. Terima kasih mak, atas pengorbanan yang tidak terhingga. Peluang ini tidak akan honey sia-siakan.

Sunday, June 13, 2004

Tunggang langgang

Rumah aku tunggang langgang. Semuanya kerana persediaan untuk berangkat ke destinasi baru. Nama je berkemas, tapi, nampak semakin menyesakkan. Ni pun, aku amik masa sejenak untuk merelaxkan hidung aku yang begitu sensitif dengan habuk.

Esok, bermulalah perjalanan aku ke destinasi baru. Di sana kelak, akan kuteruskan kehidupan menuntut ilmu, memerah otak mencari peluang, menggerakkan tenaga selagi terdaya untuk menyara kehidupan sendiri. Aku akan duduk di rumah keluarga, yang selama ini diberi sewa kepada orang lain. Mulai esok, bermakna, pendapatan tetap bulanan mak dan ayah, hasil dari rumah yang diberi sewa sebelum ini, akan terhenti. Aku akan tinggal bersama adik aku yang akan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda. Manakala aku sendiri akan berusaha menamatkan sarjana dalam tempoh dua tahun akan datang.

Otak aku turut tunggang langgang. Memikirkan kehidupan yang bakal aku lalui. Bukan aku tak pernah jauh dari keluarga. Malah, di kalangan adik beradik, akulah yang sering berjauhan dari keluarga. Tapi, sebelum ini, jauh aku sekadar untuk menuntut ilmu. Tanpa berfikir untuk mencari wang untuk menyara kehidupan. Yang aku tahu, takde duit je, minta kat mak @ ayah.

Sebelum dan semasa jadi guru pun, duduk dengan keluarga jugak. Kalau dah dapat kerja, mungkin kerisauan aku berkurangan. Ni, masih dalam kesamaran di mana hala tuju aku untuk mencari secubit rezeki di bumi Allah yang luas ini. Namun, aku percaya, Allah sentiasa ada bersama hamba2Nya yang meletakkan pergantungan padaNya. Dalam kepala aku, aku akan mohon menjadi guru di sekolah agama berhampiran rumah tersebut, aku boleh jadi guru tadika, juga guru di mana2 kelas mengaji @ fardhu a'in, atau aku sendiri yang mengajar mengaji pada waktu2 yang bersesuaian. Rumah tu, aku akan cari housemate. Duit sewa boleh dijadikan pendapatan. Sampingannya, aku meniaga kain. Supplier banyak kat KB ni. Sebulan sekali balik kelantan boleh le bawak ape2 yg boleh dijual sambil2 tu.

Itu perancangan dalam kepala aku. Doa aku, moga Allah mempermudahkan kehidupanku di dunia dan di akhirat. Any suggestion?

Mesti

Usia aku terus menginjak. Semakin hari semakin bertambah tua. Tua???... Erk... aku muda lagi. Kini, aku dah selesai pengajian aku diperingkat sarjana muda. Dah lebih 20 tahun, mak dan ayah menyara kehidupan aku sehari-hari. Tiada kesalan di hati mereka. Malah tetap tabah dan sabar membesarkan anaknya yang sulung ini. Kalau anaknya ini menghendaki sesuatu pada usia ini, dia tetap menghulurkan wang walau di benaknya berfikir bagaimana nak mengagihkan wang yang tak seberapa itu untuk tujuh lagi anaknya yang masih menuntut di peringkat tadika hingga sarjana.

Tak malukah aku? Tak malukah aku membebankan emak dan ayah yang dah begitu berhempas pulas menyara kehidupanku sejak dari sebelum lahir hingga kini? Aku merasakan, pada usia ini, aku sudah tidak layak untuk membiarkan diri terus disara oleh emak dan ayah (agaknya sebab tu ayah aku dah menggalakkan aku kahwin pada usia ini - walaupun aku tak punya calon). Kalau nak meneruskan pelajaran pun, aku mesti berusaha menggunakan duit sendiri. Tapi, banyak mana sangat duit yang aku miliki dalam simpanan? Aku bukan orang kaya. Bukan anak jutawan yang ibubapa telah peruntukkan akaun anak sejak kecil.

So, apa tindakan aku? Ya... aku mesti, mesti berusaha walau macam mana perit sekalipun kehidupan yang bakal aku lalui. Sampai bila aku mesti terus bergantung kepada mak dan ayah? Sedang adik2 kelak, akan bergantung pada aku. Siapa lagi yang akan terus membela adik2 kalau bukan anak sulung? Kalau setiap hari duit yang mengalir dengan penuh kasih sayang dari mak dan ayah terus melancarkan kehidupan aku, bila pula aku akan dapat belajar mencari kehidupan sendiri yang aku dapat rasakan tidak semudah yang aku rancangkan?

Mak dan ayah... honey bukan sombong dengan kebolehan diri. Malah, honey tahu, banyak kelemahan honey. Honey sekadar ingin berusaha meredah arus kehidupan ini. Kerana kelak honey akan hidup bersendirian, sedang tanggungjawab berat bertenggek di bahu. Honey tahu, bukan sedikit kerisauan yang melanda diri emak dan ayah. Tapi, tanpa pengalaman hidup yang mencabar, tiada kesilapan yang akan honey ketahui, tiada kesedaran yang honey perolehi. Doakan honey, mak dan ayah... agar terus tetap pendirian di jalan yang diredhaiNya, walau apa yang bakal honey hadapi di hari muka.

Mak dan ayah... redhailah kehidupan honey.

Friday, June 11, 2004

Hidup mesti diteruskan...

Ada tak orang normal yang tak pernah rasa tertekan dengan kehidupan di dunia ni? Tension macam mana pun, kehidupan tetap mesti diteruskan. Jatuh, berdarah, cedera... Masih boleh bertatih, merangkak, melangkah ke hadapan. Sehari... dua hari... cukuplah sekadar waktu itu digunakan untuk meredakan ke'tension'an. Jangan biarkan perasaan menguasai diri hingga menjangkau sebulan... dua bulan...

Kelmarin (9 Jun), seharian aku gunakan untuk membuat soalan peperiksaan Akhlak bagi tahun 2. Bila dah start duduk depan komputer, apapun tak ingat. Tapi, bila dah selesai, kes duit, kes nak sambung MA, kes nak kerja, semua terjelma kembali di fikiran. Dan aku kembali memikirkan plan tindakan yang perlu aku lakukan untuk hari-hari berikutnya dalam hidupku.




antara tanggungjawab aku... haa... cuba korang jawab. kalau tak boleh memang saja laaa... punye senang soalan ;-D Posted by Hello




Semalam (10 Jun), aku merayau keluar rumah. Mungkin dengan menghirup udara luar, ia dapat memberi aku ketenangan sedikit sebanyak. Aku meletakkan 'takhta' aku sebagai seorang guru secara rasminya, semalam. Aku pergi sekolah untuk memulangkan segala keperluan guru yang masih ada pada aku, menyerahkan tanggungjawab yang telah aku selesaikan sebaiknya mengikut kemampuan aku, mengucapkan salam perpisahan pada sekolah yang pertama memberi peluang kepada aku mengenali dunia pekerjaan. Ada guru yang bermurah hati belanja aku makan tengahari (erk... masa makan tu dah pukul 4ptg dah). Ya... aku terharu dengan ukhuwah yang terjalin dalam masa tak sampai 2 bulan. Bukan duit yg dikeluarkan utk belanja tu menjadi ukuran, tapi, kesudian mengikat tali ukhuwah itu yang mengharukan.

So, lepas ni tak perlu panggil aku cikgu dah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat...

7 Jun 2004 : Masa tu dah selesai Kem UPSRI kat pantai Melawi. Adik2 'menyelam sambil minum air', jemput aku, sambil2 tu diorang pi mandi pantai dulu sementara aku siap. Dah siap urusan pelajar, aku pun join diorang. Masa tu ade lah sorang pelajar darjah 6 ni yg mandi manda sekali. Aku dengan adik2 aku cakap bahasa kasar - aku, mu -. Didengar dek murid ni, dia pun kata, "Eh, mu'allimah cakap aku-mu dengan adik beradik? Tak baik tu, mu'allimah." Aku : "erk..." Macam mane yek aku nak jawab? Kat sekolah dok ngajar anak2 murid tak elok cakap aku-mu dengan kawan2. Aku sendiri guna bahasa tu sesama adik beradik. Ishk... silap dah aku ni.

Aku tinggalkan persoalan tu tanpa jawapan. Aku tak dan nak fikir jawapannya kerana kepala otak aku tengah berserabut dengan peristiwa duit hilang.




si kecil yang berani... Posted by Hello

Tuesday, June 08, 2004

Mungkin...

Kata Op..

"Kadang-kadang org kata kalau duit hilang - maknanya bukan rezeki kita. juga buat 'cuci' semula duit kita. mungkin ada yang tak kena dari hasilnya" .... Op

Begitulah yang kurasakan. Sebaik je aku sedar duit tu hilang, terus terjelma di mindaku kata2 ku dua hari lepas yg lebih kurang berbunyi begini "alaa.. honey takde duit banyak lagi, takleh le nak bersedeqah". Natijahnya, Allah 'cuci'kan duit2 aku dengan cara begini. Baru le aku rasa tersentap.

Sedeqah walaupun sepuluh sen, dari hati yang ikhlas jauh lebih baik dari seribu ringgit dengan niat yang terpesong. Setiap ape yang kita miliki, tak kira banyak atau sikit, di dalamnya terkandung hak orang lain.

Aku kembali menjenguk blog

Aku tinggalkan blog untuk beberapa hari bagi menyiapkan tuntutan tanggungjawab yang semestinya perlu kuutamakan. Beberapa hari kulalui pelbagai peristiwa yang menggembirakan dan tak tertinggal juga peristiwa yang menghenyek perasaan.

Bermula hari Jumaat yang menyebukan dada. Manusia yang hidup dengan kata2 yang bisa memukau manusia lain. Tapi, nikmat yang ALlah beri itu, bukan digunakan untuk menyebarkan agama Allah, bahkan memburukkan Islam. Tergamak dia menipu dengan kata2 untuk mendapatkan sejumlah wang. Mujur tidak sampai seratus. Tapi, itupun sudah mengundang dosa yang tidak terhingga.

Selepas program sekolah di salah sebuah perpustakaan, aku dan seorang lagi guru terpaksa tunggu si penjaga perpustakaan untuk mengunci pintu. Tunggu punya tunggu, tak datang2 juga. Sedang waktu terus menginjak, solat Jumaat hampir dekat. Sedang kami menunggu, datang seorang penunggang motorsikal. Katanya ingin menjemput seorang ustaz ke rumahnya untuk tahlil arwah bapanya yang meninggal 3 hari lepas. Dimintanya guru seorang lagi ni (kak Z), menelefon ustaz tersebut. Antara isi percakapan yang boleh kami dengar ialah meminjam wang barang 30, 40 ringgit. Sesudah bercakap telefon, dia pun mengatakan yang ustaz tadi meminta tolong kak Z beri dulu wang tersebut, nanti ustaz bayar balik. kak Z pun dengan separuh rela, memberi RM 50 seperti yang diberitahu.

Aku rasa tak sedap hati. Manalah tahu kot kot dia tu menipu. Orang tu kami berdua tak kenal. Silap kak Z, dia tak bercakap sendiri dengan ustaz, sama ada ustaz betul2 ke suruh lelaki tadi mintak ngan kak Z. Tapi, seperti biasa yang berlaku, rasa tak sedap hati aku tu, aku pendamkan je. Aku pun bukan jenis mulut laser. Bila datang sorang guru lagi, (yang ni, mulutnya laser sket) terus disuarakan yang kitorang ni dah ditipu, baru le siasatan dilakukan. Huuu... memang pun. Ustaz pun tak kenal lelaki tu, tak suruh pun lelaki tu minta duit kat kak Z, dan takde pun orang yang meninggal kat tmpat lelaki tu tinggal (kononnya, seperti yang diberitahu).

Aku keliru dengan kesilapan sendiri yang terlalu percaya dengan orang lain, dan permainan lelaki itu. Mukanya confident je bercerita. Takde pulak uk ak.. uk ak.. Banyak pengajarannye... Pengajarn kat aku supaya tak pendam rasa tak sedap hati terus menerus dalam diri. Dah banyak kali berlaku macam ni. Mangsanya orang lain, tapi, aku yang tak sedap hati, tak pernah beritahu orang lain. Yang peliknya, bila aku sendiri nak kena, aku tak pulak rasa tak sedap hati. Tup.. tap.. tengah2 bergembira, ditimpa kesedihan.

Seperti waktu aku sertai kem darjah enam yang dibuat di Melawi, semalam. Aku kehilangan semua duit aku yang bernilai lebih RM 100. Kesnya, aku tercicir beg duit. Dijumpai semula oleh anak murid. Tapi, duitnya dah lesap. Tinggal 30 sen je. Alhamdulillah... dokumen2, kad2 lain semuanya ada. Habis le modal aku nak beli kasut baru. Aku juga keliru dengan kesilapan aku sehingga beg duit tercicir, dan juga kerakusan manusia yang tidak punya nilai kejujuran. Di hadapan murid2, aku buat2 takde ape2. Tapi, depan adik2 aku, aku tunjukkan muka tension. Aku nak relax. Taknak fikirkan rasa terkilan. Tapi, sesungguhnya, tekanan itu masih menguasai diriku. Aku usaha, berusaha tenangkan hati. Sudahnya, lepas Maghrib malam tadi, aku terus tidur, tak sedarkan diri. Pukul 10 pagi tadi baru bangun. Heee... :-D itu le caranya aku baiki rasa hati. Tiiiduuuuurrrr...




pelajar perempuan... Posted by Hello


muka muka yang sedang berusaha mengawal nafsu main untuk meraih kejayaan... Posted by Hello


buat dik.. jangan tak buat.. menang, mu'allimah bagi coklat satu sorang.. Posted by Hello


bekerjasama mengeratkan ikatan ukhuwah Posted by Hello



Jadual penuh...

Jumaat dan Sabtu lepas, aku bertungkus lumus menyiapkan presentation yang perlu digunakan untuk kem UPSRI (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam) bagi pelajar tahun 6 ynng diadakan di salah sebuah resort di Pantai Melawi. Ade jugak aku jenguk internet. Tapi, tak berkesempatan untuk mengupdate blog.

Ahad dan Sabtu adalah masa yang menggembiraka bersama anak2 murid yang semakin aku kenali, dan semakin rapat dengan aku. Gembira melihat mereka bersama. Dengan semangat setiakawan. Dengan kreativiti untuk menjadi kumpulan yang terbaik. Anak2 murid aku, (yang baru aku kenal rapat masa cuti sekolah ni - sebab aku terlibat mengajar mereka untuk kelas tambahan) begitu cepat mesra dengan aku disulami dengan rasa hormat. Aku cukup suka tatkala aku baru je sampai kesekolah, sebelum bertolak ke tempat program dengan menaiki bas, aku terus ditegur. Aku tak dan lagi nak buat turun beg dari kereta. "Assalamulaikum mu'allimah" "Mu'allimah ikut sekali ke?" "Ni, mu'allimah nak buat ape dengan kad manila ni"... dan macam2 lagi teguran.

Aku suka sertai program. Masa kat U dulu pun, aku lebih suka berprogram dari menjadi ajk untuk sepanjang tahun. Melalui program aku dapat melngenali seseorang dengan lebih dekat. Dengan guru2, dengan anak2 murid, susah senang dihadapi bersama. Kalau program tu lama sikit, kelebihan dan kekurangan dapat diketahui. Dan bersama2 berusaha menampung yang mana kurang tu dengan kelebihan masing2.

Dan kredit lebih untuk aku. Aku suka mandi laut. Dan di Melawi, aku kembali berendam dalam air masin tu...

Thursday, June 03, 2004


ape nak jadi dengan aku ni? Posted by Hello

Ishhkkk...

Ape dah jadi dengan aku ni? Aku ngadap komputer ni untuk buat presentation -untuk kem UPSRI kat sekolah, esok dah kena hantar-. Tapi, internet ni jugak yg menarik perhatian aku. Dah berjam aku dok depan komputer ni, takde apepun yg improve dlm projek aku tuh. honey.. honey..

I have no idea. Otak dok fikir nak siapkan presentation tu je. Adik2 dah mula mencecet kata kakaknya tak buat kerja lain pon. Asyik ngadap komputer je.

Nama baru aku Hana Shimazaki. Hmm... best jugak ek nama aku dalam bahasa Jepun.

My Japanese name is Hana Shimazaki.
Take The Kawaii Japanese Name Generator today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Wednesday, June 02, 2004

Kelas Tambahan

Di sekolah aku, ade buat kelas tambahan untuk darjah 6. Murid2 darjah 6 semuanya tidur di sekolah. Sehari, mereka belajar 8jam.

Aku terlibat sebagai sebahagian dari tenaga pengajar. Kalau ikutkan, aku ni hanya mengajar darjah satu. Mungkin kerana kepercayaan guru2 lain atas kemampuan aku, maka aku turut diamanahkan untuk mengajar murid2 ni. Aku tak kisah. Janji gaji masuk. Heee ;-D

Bila orang dah menaruh kepercayaan pada aku, sudah semestinya aku akan melaksanakannya sebaik mungkin mengikut kemampuan aku. Memang agak kelam kabut bagi aku bila kena membincangkan soalan peperiksaan. Mana taknya, aku bukan ngajar darjah 6, tapi, aku disoal tentang pelajaran darjah 4 hingga 6. Selagi aku tahu, aku jawab le. Tak tahu, aku biarkan diorang cari sendiri. Nak hidup, kena la pandai2 cari helah supaya anak2 murid tak nampak kelemahan guru mereka. ;-D

Rupa-rupanya, mengajar darjah 6 pun tak kurang mencabar. Seperti biasa, kalau ade 4 kelas, kelas pertama dan terakhir pasti ada masalah sendiri. Kelas awal, kononnya dah pandai. Betul le diorang boleh jawab soalan, dah baca banyak. Tapi, tak perlu le buat bising. Bila guru suruh, marah sikit, mulalah ade yang naik angin. Ade jugak ye budak yang panas baran. Tu baru umur 12 tahun. Dah taknak dengar orang lain ajar. Kalau dibiarkan terus perangai macam tuh, alamatnye kesian le masa depan budak tu nanti.

Kalau kelas yang akhir pulak, tak le sebising kelas pertama. Tapi, senyap mereka, senyap yang aku tak tahu mereka ni dok dalam kelas ke atau dalam mimpi. Mata pandang guru macam faham. Tapi, bila tanya, terkebil2 tak tahu ape. Huh.. kuat betul berkhayal. Nak kawal kelas akhir ni, kena selalu sebut nama supaya terputus angan2 mereka.

Malam ni, aku ade kelas dari 8.45 mlm hingga 10.45 mlm.

Tuesday, June 01, 2004


 Posted by Hello


Link ni saya dapat dr e mel dan ingin berkongsi dengan para pengunjung.

Apa Nak Jadi?

Aku perhatikan, kebelakangan ni, begitu kerap jenayah yang seruis berlaku. Sehingga jenayah-jenayah tersebut seolah-olah perbualan harian yang biasa didengar sahaja. Pembunuhan berlaku hampir setiap hari. Ada je laporan pembunuhan yang terpapar di dada dada akhbar tempatan. Tu kira kes dalam negara yang dilaporkan. Agaknya yang kalau ditambah dengan kes yang tak dilaporkan, tak tahu le aku, berapa purata kes jenayah berlaku setiap hari.

Apa yang dah jadi dengan manusia sekarang? Aku sendiri rasa tak selamat walaupun berada di area yang agak selamat. Aku rasa takut untuk melahirkan generasi yang bakal lahir pada zaman yang manusia sudah hilang peri kemanusiaannya. Begitu murahkah nyawa manusia hingga dibunuh sesuka hati? Begitu hinakah manusia hingga hilang sudah rasa belas pada sesama manusia? Malah si nenek tua yang tak punya ape pun, menjadi mangsa. Anak kecil yang tak tahu ape, turut menjadi mangsa 'kebinatangan' manusia2 yang tak berakhlak ni.

Di mana silapnya? Siapa yang perlu bertanggungjawab? Di manakah peranan setiap anggota masyarakat? Aku kira persoalan2 ni dah terlalu banyak diutarakan. Dari pelajar di sekolah rendah hinggalah ke para doktorat dan profesor, juga dato'2 pemerintah. Aku ingat lagi, masa belajar karangan sejak di sekolah rendah, tajuk berkaitan akhlak @ moral tak pernah terlepas. Tapi, jenayah tetap berlaku sedangkan yang melakukan jenayah ni, yang dah belajar mana buruk, mana baik. So, mana? mana? mana silapnya?

Yang penting sekali aku tanyakan pada diriku, apa sumbangan aku untuk memperbaiki semua ini, walaupun sedikit?