CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 12, 2007

Muka-muka Si Manjaku

Marilah bermain bola dengan 'Aqilah.

Muka-muka nakal. Suka pandang dengan jelingan nakal.

Ni ustazah nak ajar. Anak-anak kena menghormati cakap kedua ibubapa.

Wajah yang bersih suci, yang pasti menagih simpati. Mengapa ada manusia yang sanggup mendera fizikal dan emosi serta membuang kanak-kanak lain yang comel seperti si manjaku. Mereka itu semua syaitan bertopeng manusia.

Kawan-kawan 'Aqilah kat TASKA semua geram tengok 'Aqilah comel sangat bila pakai tudung.


Mampukah aku tinggalkan si manja ini jauh dari pandanganku selama setahun. Beberapa jam berpisah, aku sudah resah gelisah. Tak dapat kubayangkan andai terpaksa berpisah selama setahun. Tapi, andai keadaan mendesak demi masa depan kami sekeluarga, apakan dayaku. Luluh jiwa rasanya...

Memori Terindah

Lilypie2nd Birthday Ticker


Lama sungguh tak update blog. Rindu sungguh kat blog ni. Acap kali gak nak update, tapi sering kali hasrat tak berkesampaian.

Masa birthday 'Aqilah yang pertama, aku memang ingat nak pegi CC. Nak update blog dengan cerita-cerita 'Aqilah. Masa tu, rasa nak beritahu seluruh dunia bahawa anak manjaku telah berusia setahun. Di dah besar. Tapi masa tu, 'Aqilah tak berapa sihat. Dia selesema. So, takleh nak tinggal pun. Dia nak sentiasa berada dekat dengan aku. Dok merengek. Kesian, anak manjaku tak sihat di hari ulang tahunnya yang pertama. Tidurnya pun tak cukup. Kesian dia.

'Aqilah dah berusia setahun dua minggu. Tak sangka sungguh. Begitu cepat masa berlalu. Dah setahun usia anak bonda yang comel dan bijak ni. Mulut dia makin becok mengeluarkan patah-patah perataan. Kadang-kadang tu, perkataan yang keluar kedengaran seperti singkatan perkataan yang boleh difahami seperti 'bahyang' - singkatan untuk sembahyang, 'ayah', 'tak nak' dan lain-lain. Cuma kejelasan makhraj huruf tu belum betul-betul tepat. Kalau dia bercakap, siap dengan memek muka, goyangan badan dan gerakan tangan. Bila dengar bunyi muzik dan lagu, badannya digoyang-goyangkan sambil tersengih comel. Eiii... geram menengoknya. Dia suka sangat tengok iklan tv. Masa iklan, jangan dipanggil, dicuit, dia takkan layan. Matanya terus terpacak kat tv. Tahu pulak dia waktu iklan ke udara. Dok tengah main-main masa cerita atau rancangan-rancangan tv dikeudarakan, bila time iklan je, terus berhenti main dan ternganga mulut tengok iklan. Lagi satu, she likes to watch 'Ipin dan Upin' very much. Tak berkelip mata tengok kartun tu.

Gigi 'Aqilah dah ada empat batang. Tumbuh sekali gus. Mula-mula gigi bawah, tak tumbuh elok lagi, dua tiga hari lepas tu tumbuh gigi atas pulak. Tak tumbuh molek lagi, kat gusi atas tumbuh gigi ketiga. Beberapa hari lepas tu tumbuh gigi yang keempat kat bahagian bawah. Tu yang air liur 'Aqilah bercucuran keluar dari mulut sejak sebulan kebelakangan ni. Dia pun nampak agak tersiksa. Masa tumbuh gigi kedua tu, dia demam tiga hari. Lepas tu selesema dan batuk plus sakit tekak. Poor little girl.

Dah ada gigi, apa lagi. Bondalah yang selalu jadi mangsa gigitan. Tengah berlingkar kat bonda, tiba-tiba... kraaak, adoi! Sakitnya 'Aqilah gigit bonda. Tangan, telinga, dagu, perut, bibir, habis semua jadi mangsa gigitan 'Aqilah.

Sampai saat ini, 'Aqilah belum boleh jalan, dia baru tengah menstabilkan badan masa berdiri sendiri. Mmm... tak sabar rasanya nak tunggu 'Aqilah boleh berjalan. Terkedek-kedek. Dah lama terbayang di ruangan mata bonda.

Thursday, July 05, 2007

Bising Bango

Pening... pening...

Aku kat cyber cafe sekarang. Dah lama tak jenguk cyber cafe. Dulu, masa belajar kat UM ade gak gi CC. Tapi tu kat UM. Takle bising macam ni. Takde pon orang main game. Ni, kiri kanan dok main game. Gedegang... gedegung... Depa ni datang CC untuk main game je gamaknye. Yang ramainye bebudak sekolah.

Takde la aku nak buang masa main game. Banyok lagi kerja yang berfaedah. Kain kat rumah tak lipat lagi. Esok nak gi KL, tak kemas beg lagi. Esok nak gi jumpa lecturer, tak edit lagi disertasi yang separuh siap.

Aku dok upload file utk attach dalam e mel, nak bagi mak. Lambat pulak prosesnya. Tak tahan dah sebenarnye dok sini. Dah le aku sorang perempuan. Sabar je laa...

Thursday, June 07, 2007

Cepatnya Masa Berlalu

Indah alam terbentang. Bergambar kenangan di Negeri Jelapang Padi.

Meraikan sahabat yang berkahwin.


Sekejap je rasa cuti sekolah ni. Hari ni dah hari Khamis. Tiga hari lagi dah kena balik Triang. Rasa tak puas lagi berada dalam kemesraan keluarga. Macam-macam perkara buat dalam cuti ni. Adik ipar aku bertunang 2 Jun lalu, aku tolong jahit lapit par, tolong buat hantaran. Setiap hari terisi penuh. Abang pulak jadi fasi kat KUSZA. So, seminggu pertama berlalu dengan begitu pantas. Hari Ahad malam, kami sempat ke Kedah, menghadiri majlis perkahwinan sahabat di UM dulu. Balik semula ke Jerteh hari Isnin malam.



Tok Ma yang baik hati. Sentiasa menurut kehendak 'Aqilah. Kesian Tok Ma kena angkat 'Aqilah sokmo. 'Aqilah kena sentiasa berbuat baik dengan Tok Ma tau.

Ayah Cik pun selalu layan 'Aqilah.

Haaa... Ini ayah Ngah. 'Aqilah paling suka main dengan ayah Ngah. 'Aqilah main kereta, main macam-macam mainan dengan ayah Ngah.

Thursday, May 31, 2007

Lilypie 1st Birthday Ticker

Merangkak dan merangkak lagi.

Klip video ni masa 'Aqilah baru belajar merangkak. Sekarang 'Aqilah dah boleh merangkak. 'Aqilah sedang giat memanjat. Dapat berdiri, lepas tangan. Kononnya nanti ade orang sambut. Adelah ketikanya 'Aqilah jatuh terlentang. Gedegum... waaa...


Tuesday, May 29, 2007

Sakit

Macam mana perasaan ibu yang anaknya sakit terlantar di hospital?

Sayu, sedih, kasihan. Tentu semua tu tak terkata, tak terluah dek perkataan. Semuanya bercampur gaul menjadi satu. Sampai satu tahap, tiada apa yang menjadi milik si ibu, melainkan segalanya dikorbankan untuk si anak.

Apa yang menimpa aku baru-baru ni hanya sekelumit cuma. Satu malam tu, 'Aqilah menangis lebih kurang jam 1.20 pagi. Aku angkat dia duduk atas pangkuanku. Seperti biasa dia meronta-ronta, tendang-tendang kaki. Entah macam mana, aku tersalah pegang tangan dia. Maybe kasar sikit. Aku pun masa tu tengah separuh sedar. Tetiba 'Aqilah nangis kuat. Aku pujuk, bagi susu, tak jalan jugak. Ayahnya ambil. Pujuk punya pujuk, diamlah 'Aqilah di pangkuan ayahnya.

Aku perasan satu perkara, tangan kanan 'Aqilah macam sakit. setiap kali tangan kanannya digerakkan atau diangkat, dia akan menangis kuat, menangis kesakitan. (Setiap ibu pasti tahu jenis tangisan anak-anaknya - lapar, sakit, nakkan perhatian). Aku dah mula panik, diterpa rasa bersalah. Ya Allah, ape yang aku dah buat pada anak aku ni? Ya Allah, kesiannya 'Aqilah. Air mata aku dah mula meleleh. Abang suruh aku bertenang, bersiap, nak bawa 'Aqilah pegi hospital.

Jarak rumah aku ngan hospital Temerloh lebih kurang 40 km. Lebih kurang pukul 2 pagi, kami bergegas ke Hospital Temerloh, bahagian kecemasan. Abang bawak kereta berhati-hati supaya tak terjun lubang. Bergegar kuat sikit tangan 'Aqilah, dia mula nangis. Masa tu perasaan aku berbaur. Tak tahu nak buat ape. Fikir balik, betul ke tindakan kami ni? Tapi, takkan nak tunggu pagi esok. Manalah tahu kalau ada patah tulang ke kat mana-mana bahagian. Lagi teruk kalau bertangguh. Nak urut tangan 'Aqilah pun, dia dalam keadaan kesakitan. Pahtu tak tahu ape yang cedera kat tangan dia.

Sampai kat wad kecemasan, lama juga tunggu doktor. Bila doktor cek. Doktor angkat je tangan kanan 'Aqilah, dia terus menangis kesakitan. Tangan kanan tu pun nampak terkulai. Doktor suruh gi x-ray. Keputusan x-ray menunjukkan tiada sebarang tanda yang negatif. Pastu doktor suruh ambil darah. Masa misi ambil darah, 'Aqilah nangis tak berhenti. Matanya tengok aku, minta simpati. Aku dok pujuk dia. Aku nyanyi Twinkle Twinkle Little Star. Tapi, dan sekerat je. Aku dok tahan sebak tengok 'Aqilah terus je mengalirkan air mata. Kesian sangat tengok mata dan suara tangisan 'Aqilah yang merayu. Hati aku luluh. Kesiannya dia. Sampai satu tahap, hatiku geram, marah kat misi tu. Apesal le lambat sangat amik darah 'Aqilah ni.

Lepas ambil darah, kena di x-ray sekali lagi pulak. Risau jugak baby kena x-ray banyak kali. Nanti ade effect pulak. Lepas x-ray kali kedua, tetiba je 'Aqilah gerakkan sendiri tangan dia yang sebelum ni terkulai. Bila letak atas katil, 'Aqilah dah mula meniarap, merangkak. Eh, magic. Tangannya dah ok. Macam takdek ape-ape berlaku. Tak nangis dah. Suka suka je memanjang. Orang ulit dia suruh tido. Dia cakap cakap banyok pulok. Masa tu lebih kurang pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah.

Bila result darah keluar, doktor kata, dalam darah dia ada kuman. Maybe ade jangkitan kuman pada sendi menyebabkan rasa sakit. Tapi doktor tak tahu dengan tepat bahagian yang terkena jangkitan tu. Doktor advice kalau ade sebarang bengkak pada mana-mana sendi dan 'Aqilah demam, bawa dia datang semula ke bahagian kecemasan Hospital Temerloh. Setelah segala prosedur selesai. Kami meninggalkan halaman hospital jam 6.05 pagi. Hari tu, aku dan abang cuti kecemasan. Semalaman tak tido, kepala pun terasa berat.

Alhamdulillah, 'Aqilah sihat. Semalam birthday 'Aqilah yang ke 8 bulan. Beratnya 8.6 kg. 'Aqilah dah merangkak dengan kelajuan sederhana. Dah memanjat. She's brave. Bila panjat, pegang dengan satu tangan je. Pahtu ape lagi. Gedegum le terlentang ke belakang. Badan besar. Kaki kecil. So, bila berdiri tak stabil lagi.

Pengajarannya : Aku tak boleh panik sangat kalau something happen to 'Aqilah, espacially. Bila panik, aku jadi tak tahu nak buat ape. So, relax and think rasionally.

Tuesday, May 01, 2007

'Aqilah dan Ayah

Perrgghh... nampak macho. Tapi perempuanlah. Control cute ye, 'Aqilah.

Ishk... silaulah. Bukak spek hitamlah.

Alahai anak manja ayah ni. Kesian dia, hidung tersumbat, tak selesa. Nak tido lagi ye...

Haaa... dah tido pun anak ayah ni.

Sunday, April 29, 2007

'Aqilah dah 7 bulan

Cantiklah kereta ni. Sedap tak rasanya? Cuba masuk mulutlah kejap.



Nyam... nyam... hmmm... sedapnya biskut baby ni. Lembut dan cair bila masuk mulut 'Aqilah. Kalau biskut kering tu keras. Sampai terlekat kat tekat 'Aqilah dibuatnya.


Anak bonda, kalau ketawa memang galak dan comel sangat.


Percubaan untuk merangkak. Usaha sedang giat dijalankan.


Mac 2007 (6 bulan) - Awal bulan dah rancak bergolek. Meniarap, terlentang. Meniarap, terlentang. Ruang tamu dijelajah dengan cara meniarap, terlentang. Mengengsot ke belakang.

April 2007 (7 bulan) - Awal bulan dah pandai mengengsot ke depan. Tengah bulan dah start angkat punggung. Belajar merangkak. Kadang kala tersembam muka sebab kaki gerak tapi tangan tak gerak. Yang paling menarik, dok tengah rancak geleng kepala. Sampai orang yang tengok pun naik pening. Geleng... geleng... geleng... dan geleng lagi.

Mulut 'Aqilah sekarang becok dok cakap bahasanya. mmaa... mmaa... ppaa... ppaa... aaii... yyah... bbaa... bbaa... dan entah ape perkataan lagi yang keluar dari mulutnya. Bila orang lain berborak sesama mereka, dia pun sibuk pot pet... pot pet... jugak.

Mampukah aku???

Pencalonan master aku akan tamat pada Jun 2008. Ade lebih kurang setahun je lagi. Tapi progres penulisan aku tak begitu memberangsangkan. So, now, by hook or by crook, I have to finish my disertation by the end of this year. Lepas tu nak kena bentang kat lecturer pulak. Kalau ade pembetulan, kena betulkan. Kalau tak siap hujung tahun ni, macam mana aku nak lulus. Aku takleh jadikan 'Aqilah sebagai alasan.

Bila aku dah kerja ni, semangat aku nak habiskan master ni semakin membara. Badan cergas, otak jalan. Bila dah bersosial, semangat pun mula naik. Antara strategi aku buat masa terdekat ni, pukul 2.30 ptg hingga 5.30 ptg aku tinggalkan 'Aqilah kat Ummi Piah. Aku telah tetapkan jiwa aku, "Kesian kat 'Aqilah duduk ngan orang lain. Aku kena gunakan masa ni untuk buat disertasi ni. Kalau aku tak buat, maknanya aku telah mengkhianati 'Aqilah". So far, semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah.

Sejak aku tinggalkan 'Aqilah kat Ummi Piah, aku rasa kesian sangat kat 'Aqilah. Rasa, masa aku dengan puteri kesayangan aku ni begitu terhad. Tak puas hati rasanya tak tengok 'Aqilah depan mata sepanjang masa. First week, aku dok terngiang-ngiang suara 'Aqilah masa tengah buat kerja. Tu baru je berpisah 3 jam.

Aku takleh bayangkan betapa ibubapa yang sibuk bekerja hingga terabai kasih sayang pada anak-anak. Tak semua begitu. Tapi sesetengah tu, orang jaga anak @ pembantu rumah yang lebih memahami kerenah anak daripada si ibu sendiri. Yang lebih kronik bila si ibu gelabah nak mandikan anak, basuh berak anak bila pembantu rumah tak ade. Tu yang anak semakin liar dan jauh dari rumah. Tak rasa ikatan dengan ibu bapa. Sebab sejak kecil mereka disisihkan, dibiarkan, ditinggalkan kepada pembantu rumah. Kesiannya anak-anak kecil ni. Alangkah bahagianya dapat melihat anak membesar di depan mata. Tahu segala kerenah dan kemanjaan si kecil yang comel.

Kalau orang tanya aku pendapat tentang wanita bekerja. Bagi aku, boleh dan teruskan. Tapi biarlah kerja yang sesuai dan berpatutan yang tidak mengabaikan keluarga. Cita-cita memang setinggi gunung. Tapi lebih indah dan gemilang cita-cita itu sekiranya ia seiring dengan kekeluargaan yang teguh. Teguh iman, teguh keluarga, teguhlah agama dan negara.

Ewaahh... mudahkan memberi pendapat? Maka ia mesti disusuli dengan usaha sendiri. SELAMAT BERJUANG buat diri sendiri.

Saturday, April 28, 2007

'Aqilah, 'Aqilah, dan 'Aqilah lagi...

Hari ni birthday 'Aqilah yang ke tujuh bulan. Dia semakin aktif. Nak duduk atas orang, tapi tak duduk diam. Kalau dok atas lantai, semua bersih 'Aqilah sapu, kutip, masuk mulut. 'Aqilah paling minat pada kertas, buku. Kalau tengok orang makan, mulutnya terpecap-pecap, air liur meleleh, mata bulat. Tengah makan, mulutnya berbunyi... mmm... sedapnya (^_^) (^_^)

Geram sangat kat 'Aqilah. Dia dah start kenal orang. Bila balik rumah tok ma, rumah indewan, dia tengok semerata rumah, semua isi rumah, sebelum dia boleh accept suasana baru. Kalau tak, dok nak merengek je atas bonda. Kat bawah ni ade video 'Aqilah masa 6 bulan.

Berat 'Aqilah masa 6 bulan mencecah 8 kg. Sepanjang bulan 4, 'Aqilah dok demam, selesema, batuk. Sakit 3 hari, sihat 4 hari, pastu sakit balik. Macam tu le berterusan selama 3 minggu lebih. Minggu lepas, selepas 3 kali jumpa doktor, doktor bagi antibiotik. 2 kali minum ubat, badan 'Aqilah naik bintik-bintik merah ruam. Aku start confuse. Dia allergy ngan penicillin ke? Sekali lagi gi klinik. Doktor kate, maybe 'Aqilah allergy. Tak confirm pun. Tapi doktor nasihatkan lebih baik anggap allergy supaya boleh berjaga-jaga. Kalau nak confirmkan kena gi cek kat pakar kulit.

So, dengan masalah kesihatan dan keaktifan 'Aqilah, aku jangkakan beratnya menurun atau maybe tak berubah.


Sunday, April 08, 2007

'Aqilah masa 5 bulan setengah







Gambar-gambar 'Aqilah yang semakin membesar dan comel. Membuatkan bonda dan semua orang geram tengok saya...
Posted by Picasa

Saturday, March 03, 2007

Thanks to Kak D

Honey tak berape molek untuk baby??? Oh... gitu rupanya. Terima kasih atas saranan dan panduan Kak Dilah. Memang aku agak malas nak masak untuk 'Aqilah. Mane taknye. Masak bukan main lagi. Takle banyak pun. Ade la dalam sejemput beras. Tapi makannya ciput. Yang lain semua tohok buang. Terasa jugak aku membazir gas dan letrik (nak blend bubur). Rupa-rupanya ade cara untuk bagi makanan tu tahan lama. Hmmm... good idea. Lepas ni boleh le aku cuba.

Aku dah kerja. Kerja kat TASKA. Mengajar tadika waktu pagi, petang kelas KAFA, malam tusyen. Semuanya di taska tu. Aku memang axcited dengan kerja ni. Walaupn perolehan tak banyak, kerja yang meletihkan. Tapi ia bagi aku, adalah satu permulaan untuk aku buka tadika sendiri. Taska tu baru dibuka 2 tahun. Tahun ni masuk yang ketiga. Pengurusannya tak berapa baik. So, aku ambil kesempatan ni untuk bersama-sama dengan pengurus taska tu memperbaiki kekurangan di taska tu. Sedikit sebanyak aku akan timba pengalaman yang amat berguna untuk aku start perniagaan aku sendiri. Aku ade berbincang dengan abang, nak buka syarikat. Then ambil alih taska, letakkan bawah syarikat. Tapi belum bincang lagi dengan pengurus taska tu. Doakanlah agar segala usaha kami akan beroleh kejayaan dan keberkatan.

Yang amat menarik dan penting. Di taska ni ade tadika dan tempat mengasuh. Mudahnya, aku mengajar di bilik sebelah, 'Aqilah duduk di bilik sebelah lagi. Haaa... kan mudah. 'Aqilah membesar di depan mata. Tak le susah hati aku kalau 'Aqilah berjauhan. Dan 'Aqilah pun boleh bersosial. Walaupun pada peringkat awal ni dia macam tak tentu hala. Kalau biasanya 'Aqilah kurang merengek. Boleh golek-golek kat bawah. Tapi, dua hari di taska, dia tak berapa nak duduk bawah. Tapi aku masih boleh mengajar dengan baik sebab dia tido sampai pukul 11 (kelas tadika tamat jam 11 pagi). Lepas tu, aku masih boleh mengawasi budak-budak sambil dukung 'Aqilah. Bab tengok orang lain bermain, 'Aqilah memang suka. Kengkadang dia gelak dan menjerit-jerit seolah-olah turut sama bermain. Insya Allah dia akan bertambah biasa dengan keadaan di taska tu.

Love 'Aqilah very much...

Tuesday, February 20, 2007

Makan oh Makan...

'Aqilah kalau tengok orang makan, matanya tak berkelip. Mulut kengkadang tu terpecap pecap jugak. Dai dah nak makan ke? Hari nie, tujuh hari lagi 'Aqilah genap 5 bulan. Dah besar anak aku. Rasanya kengerian melahirkannya masih terngiang-ngiang di ingatan. Sekarang 'Aqilah dah bertambah tembam dan comel. Semua orang geram tengok dia. Terutama pipi 'Aqilah yang putih dan gebu. Macam kuih pau. Heeee... (^_^)

Masuk je empat bulan hari tu, aku ade cuba suap makanan. Hari pertama, bubur ikan. Tak sedap, ditolak. Hari kedua, bubur ayam + carrot + kentang + madu. Sedap, makan separuh. Tapi lepas tu muntah banyak. Hari ketiga, nestum Nestle. Sedap, tapi ditolak. Hari keempat, nestum Nestle. Sedap, makan. Tapi muntah dengan banyaknya masa tengah tido. Masa bagi tu pun dia tengah ngamuk-ngamuk di tengah malam. Maybe lapar, tapi bila diberi susu, tak moh. Bila suap makanan, makan pulak. Lastly, tertido dengan nestum masih di mulut. So, muntah banyak tu mungkin sebab tak sendawa dan angin dalam perut dok tolak makanan. Hari kelima, bubur ayam + carrot + madu. Sedap, tapi ditolak. Bagi sikit, muka jueh jueh, pastu muntah. Lepas daripada tu aku langsung tak bagi makan. Actually aku pun tak bersedia lagi nak kurangkan breast feeding.

Malam ni, ayah su bagi 'Aqilah makan Milupa rusk. Sedap, dan 'Aqilah makan hampir kesemua sekeping rusk. Banyak jugak tu. Tak tahu le macam mane. Tapi sejak lepas makan pukul 10 malam tadi, hingga 12.46 tengah malam ni, Alhamdulillah takde muntah lagi. Maybe angin dalam perut dah keluar masa makan tadi. Sebab dok tengah sedap makan, tetiba bunyi 'Aqilah kentut.

Apepun, aku akan terus berusaha bagi 'Aqilah susu ibu hingga dia berusia dua tahun. Kalau boleh taknak campur ngan susu lembu pun. Boleh ke???

Ape khabarlah sepupu aku yang nun jauh di UK dan anaknya Fahim dan Faris? Lama aku tak dengar cerita mereka. Blog pun tak update. Rindu rasanya nak tahu perkembangan si Faris montel tu. 'Aqilah dah boleh meniarap dan bergolek terlentang semula. Agak lambat juga berbanding kawan seusianya yang dah boleh meniarap sejak berusia 3 bulan lagi. Maybe sebab tubuhnya berat. Tu yang tak berapa nak golek-golek. Kata mak aku, 'Aqilah malas. Heeee... (^_^)

Itulah anak aku yang comel...

Rasa Nak...

Keinginan untuk update blog membara. Sekarang aku kat rumah che' su (adik ayah aku) kat Alor Gajah. 'Aqilah dah tido. Tadi dah suap Milupa rusk. Dah kekenyangan. Moga tidonya malam ni selena-lenanya. Dan bangkitnya 'Aqilah pagi esok dengan penuh keriangan.

Hari nie perjalanan baru buat 'Aqilah. Turun dari Triang sejak jam 7 pagi menuju ke Seremban 2. Keriuhan saudara mara kat rumah bakal saudara pak lang (sepupu aku) membingitkan telinga 'Aqilah yang selama ni hanya dengar suara ayah dan bonda. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kg. Kota, Astana Raja bersama rombongan peminangan pak lang. Sekali lagi 'Aqilah dikerumuni dengan pelbagai suara. Lepas majlis, kami meneruskan perjalanan ke Alor Gajah. Lama betul 'Aqilah tido. Dari pukul 2.45 petang hingga pukul 5.45 petang. Biasanya kalau siang, jangan harap nak tido lama. Dapat tido setengah jam pun, kira ok. Keletihan agknya hari ni. Lagi pula masa dalam kereta, 'Aqilah muntah banyak.

Aku dah agak dah 'Aqilah akan berubah sikap bila di tempat yang ramai orang. Kalau kat rumah, biasanya waktu pagi adalah waktu riang ria 'Aqilah. Waktu pagilah masa yang paling mudah untuk dengar 'Aqilah bersuara dan mengekek bila diagah dan digeletek. Waktu pagilah masa yang mudah untuk tinggal 'Aqilah main berseorangan di depan tv. Tapi bile dah duduk tengah orang ramai, habis semua suka ria bertukar jeritan-jeritan yang nyaring. Kesian kat 'Aqilah. Maybe dia rimas dengan suasana ramai. Tapi kalau berterusan duduk memerap kat rumah je, bile pulak le 'Aqilah nak biasakan diri dengan orang lain.

Aku kesian jugak kat 'Aqilah sebab takde orang lain bermain dengan dia kat rumah selain aku ngan abang. Tupun abang amat sibuk kebelakangan ni. Bermesra dengan 'Aqilah seketika cuma. Dua tiga hari ni, che Jah (adik aku) ade. Adelah jugak muka orang lain yang 'Aqilah tengok. Aku nak jugak tengok 'Aqilah mudah bergaul dengan orang lain. Takle manja dengan aku je. Nanti susah hati aku kalau aku terpaksa tinggalkan dia dengan orang lain.

Tuesday, December 12, 2006

2 Bulan Setengah

Lama betul tak update blog :
1) Aku balik Triang lepas raya. Masa tu baru 30 hari ++. Rumah kat Triang takde talian internet.
2) Cuti sekolah ni, balik KB kejap kejap je. Tak sempat update.
3) Balik KB pun kena berebut guna komputer ngan adik-adik yang 'gila' komputer gak ('Gila' tengok video dan main game).

Takde gambar terbaru 'Aqilah untuk aku upload kan.

Hari ni 'Aqilah dah berusia 2 bulan setengah. Awal pagi tadi aku dan abang bawa 'Aqilah pergi klinik desa untuk routine check. 'Aqilah kena suntik. Good girl nangis kejap je. Terkejut. Lepas tu terus lena dalam dakapan bonda. Sampai rumah dah boleh tersenyum kat bonda. Makan ubat demam dan sambung tido semula. Hopefully 'Aqilah tak demam atau meragam lepas ni. Timbang tadi, berat 'Aqilah dah mencecah 5.3 kg. Patut le berat semacam je bila angkat. Aku tak beli stroller pun. So, kena dukung 'Aqilah ke mana mana. Hari Sabtu lepas gi KB Mall. Lenguh gila tangan aku dok dukung 'Aqilah.

Ade beberapa masalah kesihatan yang aku recognize pada 'Aqilah :

1) Muntah yang banyak. Dah bagi sendawa pun muntah gak. Kate orang, muntah tu tanda baby nak membesar. Tak tahu le betul ke tidak. Yang aku tak tahannya, baju sokmo basah ngan muntah. Kena acap tukar. Sekarang ni dah beri kesan sampingan pada leher 'Aqilah yang tak berapa ada tu (ditutupi dengan dagu dua lapis). Leher dia merah. Kesian tengok. Mesti pedih. Aku dok sentiasa pastikan supaya leher dia tu tak berair @ basah. Muntah dia pun bagi kesan kat pipi gak.

2) Ruam susu. Merah ruam susu kat pipi tu kejap reda, kejap memerah semula. Kesian tengok 'Aqilah bila pipi merah, tangan dia dok sapu-sapu muka. Pastu nangis tak selesa. Mesti gatal dan pedih. Aku dah buat yang terdaya supaya pipi 'Aqilah bersih dari susu dada. Lepas feed aku lap muka dia. Lepas muntah pun aku pastikan muka dia kering. Lap ngan tisu basah, lap ngan kapas basah. But, ruam tu still ade kat muka 'Aqilah. Kengkadang tu, semalam nampak dah kurang merah, dah nak baik. Tetiba hari ni merah macam terbakar. Kesian betul. Aku terpaksa bedung tangan 'Aqilah bila tidur supaya dia tak garu muka dia.

3) Mata belah kiri berair. Sebelah kanan ok jer. Yang sebelah kiri tu dari lahir lagi dok berair. Bangun tido mesti takleh bukak mata sepenuhnya sebab tahi mata kering banyak bertempek kat kelopak mata. Kalau menangis, air mata belah kiri je yang keluar, belah kanan takde.

Pegi klinik kesihatan tadi, misi kate semua perkara di atas tak serius. Ruam susu takde ubat. Bersihkan percikan air susu je cara satu satunya cara nak selesaikan masalah kulit pipi merah tu. Mata yang berair kena cuci ngan air suam sokmo. Cuma muntah je misi minta gi refer doktor kat klinik. Sebab dia pun tak tahu macam mana seriusnya 'Aqilah muntah.

Hope 'Aqilah takde masalah kesihatan yang serius. InsyaAllah.

Saturday, October 21, 2006

At Last

Ha ha aha... at last aku bagi 'Aqilah hisap puting. Petang tadi adik-adik aku pegi shoping. Diorang belikan puting untuk 'Aqilah. (save lagi budget aku. heeee... (^_^) ) Tak tahan tengok 'Aqilah dok hisap banyak-banyak pahtu muntah banyak jugak. Bila ade puting, boleh le 'Aqilah hisap susu berpada-pada.

Sebuah Kisah Misteri...

Malam tadi 'Aqilah jaga pukul 3.30 pagi. Aku bagi dia hisap susu dan tukar pampers. Biasanya bila dah selesai segala task, 'Aqilah akan sambung tidur semula dengan nyenyaknya. Setakat 23 hari ni, 'Aqilah memang tak pernah meragam waktu malam. Dia akan tido dengan baik. Bangun sekadar untuk menyusu dan tukar lampin walaupun dah tido banyak di siang hari.

Tapi malam tadi berlainan dari biasa. Lepas tukar lampin, mata 'Aqilah cerah. puas aku ulit supaya dia tido, matanya tetap tak layu. Tapi 'Aqilah tak mengamuk. Senyap je dia. Kengkadang bunyi suara berbual. Aku pun takleh tido kalau 'Aqilah tak tido. Aku usung 'Aqilah ke dapur, tengok mak masak. Bila pukul 5, 'Aqilah nampak lali. Aku cuba tidurkan dia. Tak tidur jugak. Aku pun usung 'Aqilah gi dapur sekali lagi, makan dengan orang lain yang tengah bersahur.

Lepas sahur, mak tolong dodoikan 'Aqilah. Atas mak dia tido, tapi bila letak atas katil, dia jaga semula, plus nangis marah. Bila mak naik atas, sembahyang Subuh, aku ambil alih tengok 'Aqilah. Dia nangis nak hisap. Tapi dia baru je hisap susu. So, aku bagi jari. Tapi 'Aqilah marah. Aku bagi susu belah kiri. Lama jugak 'Aqilah hisap. Pastu dia marah jugak. Aku bagi susu belah kanan. Dia hisap sekejap, pastu dia marah. Kemudian 'Aqilah muntah banyak. Aku dukung atas bahu, kelek atas lengan, bagi tido meniarap. Tapi semua cara berakhir dengan tangisan kuat. Tak tahu nak buat camne dah. Aku dah mengantuk gile. Dah takleh nak cakap-cakap dah dengan 'Aqilah. Tak larat aku.

Lastly, 7.50 pagi, aku bagi 'Aqilah hisap jari. Hisap dua kali, terus 'Aqilah tido lena sampai dimandikan pukul 1.30 tengahari. Tu pun kejut secara paksa.

Sepanjang 'Aqilah tak tido aku dok fikir ape la yang tak kena ngan anak aku ni. Aku risau jugak kalau keadaan 'Aqilah tu petanda kepada sebarang kejadian yang tak diingini. Dan kepala aku tak fikir lain melainkan orang yang berkaitan rapat dengan 'Aqilah iaitu ayahndanya. Aku call abang masa sahur, pukul 5 pagi, abang dalam keadaan selamat. Alhamdulillah. Tapi aku still tertanya-tanya...

Bila aku bangun tido pukul 12.30 tengahari tadi, mak terus cerita radio produa Kenari kena curi malam tadi. Ayah sedar masa balik solat Subuh kat masjid. Ooohhh... 'Aqilah tak tido sebab kejadian kat rumah ni. Dah bukan rezeki kami, radio tu. Hanya Allah yang akan membalas keburukan si pencuri yang mencuri di bulan yang mulia ini. Kalau si pencuri tu mencuri kerana nak raya, alangkah baiknya dia datang minta sedekah. Tapi kalau dia mencuri untuk 'benda haram', hanya Allah yang tahu dan akan membalasnya kelak.

Tuesday, October 17, 2006

Hisap Jari






'Aqilah hisap kuat sekarang nie. Kalau tak dapat hisap dia marah. Masalahnya, bila bagi dan bagi jugak, 'Aqilah akan muntah banyak. Kadang-kadang senyap je dia muntah. Tapi ada masanya dia nangis dulu pahtu baru muntah. Napkin sehelai sehari tu memang penuh dengan muntah 'Aqilah. Pahtu 'Aqilah dah pandai cari jari sendiri. Masa tangan dia bebas tak pakai sarung tangan, dia dok tersua-sua jari kat mulut. Lastly, kitorang pun berpakat masukkan jari kitorang untuk dia hisap. Punyalah sedap hisap jari mak, jari aku. Nampaknya dalam sebulan dua nie kena cari inisiatif untuk 'Aqilah terus menghisap.

Dua hari nie aku panaskan tungku, pahtu bertungku tak sampai 10 minit, terpaksa berhenti. 'Aqilah tido kejap, pahtu bangun nak mintak perhatian. Terpaksa le aku letak tungku dan angkat dia. Berdikarilah aku buat sendiri semuanya. So, ade la benda yang sempat buat dan ade benda yang tak sempat buat.

Sunday, October 15, 2006

Girl



Hari ni aku tinggal sorang ngan 'Aqilah kat rumah. Biasanya walaupun hari bekerja dan bersekolah, pasti ade yang ponteng sekolah @ kuliah. Adelah jugak peneman di rumah. Minggu ni takde peneman nampaknya sebab adik-adik aku ade exam. So, ape-ape pun, aku dan 'Aqilah sahaja yang ade di rumah. Dan aku pulak ambil keputusan minggu ni start mandikan 'Aqilah sendiri. Sebelum ni mak yang tolong mandikan. Pagi tadi bermulalah tugas aku memandikan 'Aqilah.

Mula-mula tu rasa cam payah je nak buat sengsorang. Mane nak mandikan diri sendiri, nak mandikan 'Aqilah, nak 'demoh' 'Aqilah, nak bagi makan perut sendiri, nak bertungku. Rasa cam banyak mende nak buat. Tapi bila dah buat sikit demi sikit, atas kemampuan sendiri, biarpun mengambil masa yang lebih lama, akhirnya hari pertama dilalui dengan jayanya. Takde la sesukar yang difikirkan. Just do it. 'Aqilah pun tak banyak ragam. Lepas ni pun aku kena uruskan sendiri kehidupan aku. Kalau mula-mula ni kurang cekap, InsyaAllah bila buat berterusan, aku akan lebih cekap.

Dua tiga hari ni 'Aqilah dah pandai buat ragam dari lepas Asar hingga nak tidur, lebih kurang pukul 11 malam. Siangnya dah tido. So, waktu ni mata 'Aqilah segar. Sesekali bermain dengan 'Aqilah, dia ok je. Tapi ade ketikanya mulut 'Aqilah kejap kejap waaa... kejap-kejap waaa... Waaa... nye tak panjang pun. Setakat sepatah dua je. Tapi sudah membuatkan orang duduk tak senang. One more, dia suka sangat nak menghisap. Jari dia asyik tersua-sua kat mulut. Selalu dok cari susu. Kalau duduk atas aku, tak dapat ape yang dicari, menangislah dia. Tapi kalau duduk atas orang lain, pandai pulak dia senyap. Yang aku risau. Hisap banyak, muntah pun banyak. Mulalah nampak macam tak sedap badan. Kejap-kejap meraung pastu muntah. Tak bagi susu kang, kesian dok tercari-cari, dok ternganga-nganga. 'Aqilah... 'Aqilah...

Best ade baby girl. Macam-macam boleh berangan nak bagi dia pakai (^_^) Banyak aksesori untuk girl. Comel-comel dan cantik-cantik belaka. Bila dipakaikan ke baby yang comel, sure bertambah cute baby tu. Aku ingat lagi masa zaman kanak-kanak. Kalau time raye memang bergaya sakan. Adik beradik aku yang sulung sampai kelima semuanya perempuan. So, memang ade geng bergaya ditambah pulak dengan sepupu sepapat yang ramai. Kami kanak-kanak perempuan ni dok bergaya dengan baju yang pelbagai fesyen, handbag satu sorang, kasut tumit tinggi. Kalah mak-mak kitorang.

Untuk 'Aqilah masa baby ni, aku tak le sampai mabuk nak beli semua aksesori untuk dia. Nanti serabut pulak 'Aqilah. Baju raya dah ade. Sarung tangan kaki raya pun dah ade (Mami Kim yang belikan untuk 'Aqilah). Save budget aku. Heeee... (^_^)

Thursday, October 12, 2006

Tido, tido, dan tido...




Hari ni 'Aqilah dok tido sepanjang hari. Bangun kejap, tak sampai 2 jam tido lagi. Rengeknye pun tak banyak. Bonda 'Aqilah apalagi. Kesempatan ni diambil untuk turut melenakan diri. He he he... (^_^) 'Aqilah ngan bonda sama-sama kuat tido.

Semalam, mak balik dari kerja, mak singgah Pantai Timur, beli barang-barang dapur. Dan tak sangkanya, mak belikan untuk 'Aqilah baju raya. 2 pasang pulak tu. Terima kasih mak. Sepasang shirt dan skirt warna pink gelap, dan baju skirt warna pink dan merah. Kedua-duanya cantik.

Malam tadi, masa bersihkan 'Aqliah dan tukar baju dia sebelum tido malam, aku cubakan baju raya tersebut untuk 'Aqilah. Baju pink gelap is too large for 'Aqilah (sekarang le. Raya nanti tak tahulah camne). Skirtnya tak lekat langsung. Longgar gedeh gedeh. But, the pink and red one is very suit for 'Aqilah. She looks lady like. Comel sangat. Dan aku pon excited sangat tengok dia pakai baju tu. Dok berangan nanti abang balik, belikan 'Aqilah hiasan pink yang atas kepala tu, (amende ntah namanya - alaa... yang macam cekak tu) sure 'Aqilah lebih comel di hari raya nanti. Tapi, syaratnya rambut jangan cukur lagi. Kalau tak, nampak dogol sangat.

Baju tu maybe baju skirt. Tapi, untuk 'Aqilah jadi jubah. He he he... (^_^) But, lengannya tak le besar sangat. Leher pun sedang molek je. Labuh pun takle sampai menutup kaki. Kiranya, memang padan sangat le untuk 'Aqilah. Memang comel. Very nice. Ha ha aha... tak tahu camne nak digambarkan dengan kata-kata.

Nak tengok gambar 'Aqilah try baju raya? Eh, mana boleh. Nanti basi baju raya tu. Tunggu raya lah ye.

Tuesday, October 10, 2006

  Posted by Picasa


Hannan 'Aqilah yang comel. Semakin hari semakin membesar. Sekarang ni dia tido dok asyik meneran. Kata mak, dia teran nak membesar. Masalahnya, akulah yang jadi tak nyenyak tido. Tiap kali doa berbunyi aku akan tersedar. Inilah dugaan menjadi bonda. Ini baru sikit. Banyak lagi yang akan ditempuhi pada masa akan datang.

Coretan Rasa Lukisan Jiwa

Posted by Picasa



Ahad, 8 Oktober 2006

Aku ingat aku kuat. Aku rasa aku boleh kawal perasaan dan jiwa aku.

Pagi-pagi lagi lepas solat Subuh, abang meninggalkan aku dan baby untuk dua minggu. Abang balik bertugas di Triang. Abang kelihatan gagal menahan sebak. Tapi aku relax je. Aku kawal diri aku. Sikitpun air mata aku tak bergenang. Sayu??? Ntahlah. Tak rasa lagi. Abang cium baby, abang cium aku, peluk aku. Terus abang pergi tanpa kata. Tanpa berpaling. Aku tahu abang cuba control diri. Aku sikit pun tak terasa hati.

Sekejap baru abang bertolak. Aku call abang. Ingatkan abang, takut ade barang yang tertinggal. Sementara masih dekat, boleh patah balik. Abang jawab telefon dengan suara berbaur air mata. Aku sempat berseloroh. Nanti pandangan berpinar sebab mata berair.

Masa makan pagi. Lepas baby dimandikan, semua penghuni rumah dah ke sekolah dan tempat kerja. Tetiba aku rasa sunyi, sepi, sayu, sebak. Ntah macam mana air mata aku menitis tanpa dapat ditahan. Biasanya dalam seminggu berpantang, abang ade temankan. Abang yang buatkan air Milo dan hidangkan nasi untuk aku. Hari ni, semuanya aku buat sendiri.

Senja tiba. Aku pandang tilam tempat abang tidur. Sekali lagi air mata aku menitis tanpa diundang. Aku rasa sepi yang teramat. Tiba waktu tidur, sepi itu tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Sayu dan sebak bercampur gaul. Baby menangis kuat. Air mata aku yang lebat. Aku jadi takut dengar baby nangis. Aku rasa tak tahu nak buat ape bila baby nangis. Kenapa baby nangis? Baby sakit ke? Aku blur. Aku jadi takut bersendirian di bilik tu hanya dengan baby. Jiwa aku jadi lemah. Abang takde nak temankan aku ngan baby. Alhamdulillah iman aku masih kuat. Cepat-cepat aku ingatkan diri, Allah sentiasa ade menjaga aku walaupun abang takde di sisi. Aku menangis semahunya. Biarlah rindu dan sayu di hati terubat dengan air mata yang mengalir.

Bila abang call sebelum tido, air mata aku tak dapat ditahan. Kalau pagi tadi aku masih boleh control diri, malam ni hati aku tak sekuat pagi. Dan sayu, sepi itu hingga saat ini masih terus tersimpan dihatiku.

Semonel kah aku??? Biarlah. Biarlah orang nak kata apa. Inilah luahan rinduku, sayangku terhadap dia. Dia yang sentiasa mendampingiku. Dia yang sentiasa mekar di jiwaku. Dia yang amatku sayangi. Dia... SUAMIKU TERCINTA.

Pantang

Bilakah masa yang paling sukar seorang ibu melahirkan anaknya?

Bagi aku, detik ketika melahirkan memang cemas. Penggunaan seluruh tenaga hingga ke helaan nafas terakhir untuk meneran bagi melahirkan seorang insan memang menjerihkan. Tapi, ia tidak menyakitkan. Yang sakitnya adalah saat-saat akhir contraction yang boleh membuatkan seorang wanita menggelepar menahan kesakitan. Tapi itu tak lama. Paling lama pun maybe seharian. Yang lebih memeritkan sebenarnya adalah ketika mengandung dan berpantang. Walaupun tak menyakitkan, tapi masa mengharungi proses itu agak lama.

Bagi wanita yang tidak bermasalah, maybe mengandung tidak begitu berat. Tapi, bagi yang bermasalah seperti alahan yang teruk, pendarahan, darah tinggi, kencing manis, dan pelbagai penyakit istimewa yang hanya muncul ketika mengandung, sudah tentu mengandung merupakan proses yang memeritkan. Tanyalah sesiapa sahaja yang mengandung. Pasti mereka semua menghadapi masalah tidur yang ketara. Terutama di peringkat akhir mengandung.

Lepas bersalin, kena berpantang pulak. Minum air akar kayu tu, makan jamu ni. Takleh makan itu, takleh buat ini. Kena pulak keluarga yang kuat berpantang. Lagilah macam-macam karenah yang kena dihadapi. Dan yang tentu sukar adalah menurunkan berat badan kepada berat badan asal sebelum mengandung. Memang perit dan memakan masa. Bukannya hari ni berbarut, bertungku, esok dah slim semula. Bagi wanita yang tak cekal, sudah tentu perubahan berat badan tidak diambil peduli.

Tapi kan... ade ke wanita yang serik mengandung setelah sekali menghadapinya? Kalau ade, tentu yang abnormal (^_^)

Monday, October 09, 2006

Tips...

hahahahah! sama macam kak dilah bersalinkan fahim dulu.. semua org pening2 pikir nak panggil ape.. tu yg last2 dapat pok yeng la.. pok keng la.. lantak la janji ade nama. :P

jawapan hanifah tanya:
1.x pe bg air masak sket2 walaupon sbnrnye baby kalau brestfeed x perlu minum air masak.. kak dilah pon start perah susu dan bg dalam botol sejak faris 2 weeks.. sejak tu smp skrg Alhamdulillah, faris buleh terima botol dan breast. selagi dia nak susu ani + jugak botol, xde mslh dan x perlu risau ok.. ada jugk kengkadang baby confuse puting botol dan puting breast.. tp baby zaman skrg rasa dah terer... hehehe..

2. kak dilah bertungku sendiri.. masa mak dtg, mak yg tolong tungku kan.. klu tidak.. abg hafiz jelah.. sbb acik tu pentingkan tungku.. maka mmg kak dilah wajib bertungku 2 kali sehari sampailah dah sebulan... hasilnya mmg menakjubkan!! hahahaa... urut - mane ade tukang urut kat sini.. mmg lenguh2 jugak.. tp nak wat camne.. hilang kan dengan tungku jelah.. plus ani jgn lupa makan jamu tau... penting tu..

satu lagi.. kak dilah daftar kat sini.. byk info utk ani guna atau rujuk.. bagus... http://pregnancyweekly.com

so x payah ani nak belek pa&ma setiap kali nak rujuk.. search aje kat situ...

kak dilah ade baca kat mana ntah.. baby akan 'buat' bila dia 7 hari, sebulan dan 3 bulan... tp tak semestinya lah.. so kalau dia nangis2 x nak tido tu biasa aje.. InsyaAllah takde apa2.. Aqilah tido malam nyenyak.. ok dah tu.. senang mak dia.. nnt lelama adjust molek lah tu ok? x yah risau sangat...

kat sini dia tak kasik baby tido atas bantal.. sampailah baby setahun.. tu yg takde jual bantal baby tu... selimut pon kena jaga2.. banyak lah cara2 dia...leceh.. sbb kat sini kan sejuk.. so kena bungkus baby, plus kena jaga supaya dia buleh bernafas.. sbb kat sini kadar SIDS (sudden infant death syndrome) tinggi.. ala..sbb mak ayah isap rokok anak sesak nafas.. sbb tu lah.. fahim dan faris kak dilah bg tido meniarap.. so far ok aje.. dan diorg suka.. sbb senang kentut kentut dan kentut.. hahahahaha...

ooo satu lagi.. baby turun berat badan the first 2 weeks tu normal tau.. baby kecut.. tunggu 3-4 weeks barulah naik mencancang bak kata org ganungggg...



Ha hah ha ha... (^_^) Banyak gile tips Kak Dillah bagi. Tapi best wo. Best le buleh kongsi-kongsi info dengan orang-orang seangkatan yang dah ade pengalaman. Maybe btol kot 'Aqilah sedang mengubah jadual tidurnya kepada yang lebih teratur. Hari ni nampaknya semakin stabil. Dah kenal siang dan malam. Tengahari ke petang 'Aqilah dah dapat tidur dengan selesa. Lepas Asar, 'Aqilah main-main ngan pak cik mak cik. Malam tadi tidurnya pun ok jer. Cuma aku yang risau bila dia berbunyi-bunyi masa tengah tidur lena. Mak kata, tu biasa. Biasanya baby yang main banyak di siang hari, terbawa-bawa ke dalam tido. So, hari ni aku tak risau sangat. 'Aqilah pun sihat je.

Kalau ikutkan mak, dia lebih suka letak anak-anaknya tidur meniarap. Baby kelihatan dan memang lebih selesa. Cuma bila time 'Aqilah ni, tak berapa berani nak bagi dia tido meniarap. Sebab dia ade history kekurangan oksigen masa dilahirkan. Pahtu, kalau letak dia tanpa bantal, dia nampak kurang selesa. Biasanya 'Aqilah tidur menyenggeng ke kanan atau kiri. Ikut posisi kat mane aku berada. Posisi menyenggeng tu kelihatan amat selesa buat 'Aqilah. Tapi, kengkadang tu, masa nak sendawakan dia lepas hisap susu, letak dia meniarap atas dada, 'Aqilah nampak selesa. Apapun, yang penting kini adalah keselesaan 'Aqilah.

Aku tak beli pun bantal dan tilam untuk 'Aqilah. Semuanya disponsor oleh Tok Nyang 'Aqilah (nenek abang). Tok Nyang yang buat sendiri tilam dan bantal tu dari kekabu. Tok Nyang sendiri yang kutip dan perisi kekabu dari pokok kekabu kat kebun Tok Nyang. Pahtu Tok Nyang buat tilam dan bantal. Sarung bantal dan tilam Tok Nyang tempah 2 set kat jiran sekampung. Satu warna pink, satu warna biru. Masa tu tak tahu lagi yang akan dilahirkan Hannan 'Aqilah atau baby boy. Memang 'Aqilah beruntung. Terima kasih tak terhingga buat Tok Nyang.

'Aqilah sekarang semakin kuat hisap susu. Kengkadang tu saje nak main-main. Tapi main-main pun, susu still masuk dalam mulut gak. Tu yang asyik jeluak je. 'Aqilah dah cuba-cuba hisap jari sendiri. Tapi masih belum berjaya. Tiap kali keluarkan tangannya dari kain bedung, mesti sarung tangan 'Aqilah basah. Basah dek air liur sendiri. 'Aqilah pon selalu sangat sedu sekarang. Kata orang, sedu tu tanda nak membesar. Ntah betul ntah tidak. Suka sangat hati dapat tengok 'Aqilah membesar di depan mata. Makin hari makin comel. Kulit yang berbintik merah dah menggelupas. Hasilnya kelihatan pipi yang putih comel gebu.

Sunday, October 08, 2006

Membesar




Aku rasa hari-hari aku nak tulis tentang 'Aqilah. 'Aqilah itu dan 'Aqilah ini.

Hari ni misi datang ke rumah untuk kali ketiga. Misi ambil timbangan berat 'Aqilah. Masih 2.8 kg. Tiada sebarang peningkatan di hari yang kesebelas. Ok lah tu. Kata misi, baby lain ade yang menurun berat badan.

Hari ni dan semalam 'Aqilah macam tak sedap badan. Tidurnya tak senyenyak hari-hari sebelum tu. Mungkinkah kerana perubahan jadual tidur atau memang 'Aqilah kurang sihat? Atau juga 'Aqilah tahu ayahnda dah balik Triang dan 'Aqilah rindu kat ayahnda? Tak tahulah yang mana satu jawapannya. Yang pastinya, di siang hari 'Aqilah banyak merengek. Walaupun 'Aqilah tak menangis melengking, meraung. Tapi 'Aqilah nampak tak selesa nak tidur. Alhamdulillah di malam hari 'Aqilah tidur nyenyak. Malam ni kita akan tengok perkembangannya.

Hari ni abang dah balik Triang. Baru lepas Subuh pagi tadi abang berlepas. Tapi rindu dah membuak-buak. Sunyi dah terasa.

6 Oktober 2006 - Ma buat majlis belah mulut dan cukur jambul 'Aqilah disambung dengan majlis berbuka puasa. Ma jemput orang masjid dan jiran terdekat. Seluruh isi rumah keletihan. Aku tolong siang bawang je. Lenguh pinggang dan punggung duduk lama-lama atas kerusi. Kesian ma, aku takleh tolong banyak-banyak. Kalau ikutkan rasa, memang nak buat je kerja-kerja dapur ngan ma. Tapi aku sendiri takut ketidak berdayaan selepas dari tu. Kang tak terjaga 'Aqilah.

'Aqilah kalau tido mesti terjaga dengan tangan dah terkeluar dari kain bedung. Kepala yang asal dok molek atas bantal dah dok sipi je ngan bantal. Tu yang kengkadang kalu 'Aqilah jaga dan mak-pak sedara dia dok main ngan dia, aku tak bedung tangan dia. Biar tangan 'Aqilah aktif dan sama naik dengan mak-pak sedaranya. 'Aqilah kalau dah tido, dia tak kesah langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Bising macam mana pun keadaan, tido 'Aqilah tetap tidak terganggu.

Yang best sekali tengok 'Aqilah senyum. Ade lesung pipit (^_^) Comel! Lesung pipitnya ikut Tok Ma. Aku cakap ngan abang. 'Aqilah ni kalau dalam keadaan biasa, mukanya serius macam bondanya. Tapi kalau 'Aqilah tersenyum, manis dan comel sangat. Pasti mencairkan hati sesiapa yang memandang. Itupun macam bonda jugak. Hahaha... abang gelak besar (^_^)

Baby tido berapa jam ye? Aku nak tahu carta tido baby supaya aku dapat pantau tido 'Aqilah. Kalau abnormal, tentu ada yang tak kena. Mudah le nak buat pemeriksaan selanjautnya. Aku rasa aku pernah terbaca. Tapi tak ingat kat mana. Nampaknya aku kena semak balik majalah Pa&Ma.

Dan satu masalah yang belum selesai. Mak, ayah dan adik beradik aku belum dapat gelaran panggilan yang sesuai untuk 'Aqilah panggil diorang. Tu lah... nak yang lain dari lain, haaaa... fikirlah korang ye.

Kenapa???

Nak tengok gambar Hannan 'Aqilah, di sini.
Akan ada lagi gambar-gambar yang akan di upload.

Untuk menjawab soalan Kak Dillah, doktor ade buat episiotomy cut dan ade juga sedikit luka terkoyak. Berapa jahitan yang honey dapat, tak dapat den nak jawab. Alhamdulillah, masuk hari kesebelas ni, luka jahitan dah tak terasa sangat. Jalan pun laju je. Duduk pun dah tak susah nak senget-senget punggung.

Kenapa 'Aqilah tak cukup oksigen?
Lepas je 'Aqilah selamat dilahirkan, bidan terus tanya aku sama ada aku pernah di melenggang perut. Masa tu aku confuse dengan soalan tu. Aku jawab takde. Masa tengah berehat sambil diberi minum milo, sekali lagi bidan yang lain pulak tanya sama ada aku pernah gi jamah perut ngan mana-mana bidan kampung. Masa tu baru le aku jawab ade. 2 kali.

Bidan pun terangkan bahawa uri aku ade banyak blood clot. Salah satu penyebabnya ialah jamah perut. Katanya, masa jamah perut, bidan kampung ade tekan urat-urat tertentu. Walaupun rasa perlahan, tapi sebenarnya tekanan tu dah cukup kuat. Tekanan tu menyebabkan sebahagian uri tertanggal lebih awal dari dinding rahim sebelum tiba waktu kelahiran. Bahagian yang tertanggal tu tak dapat menerima dan menyalurkan oksogen kepada baby. Ini menyebabkan baby kekurangan oksigen seterusnya melemahkan degupan jantung.

Betul atau tidak perkara tersebut yang menyebabkan Hannan 'Aqilah kekurangan oksigen, Wallahu a'lam. Kalau melihat kepada orang lain, ade juga yang jamah perut lebih kerap dari aku. Tapi ok je, takde ape-ape. Hanya Allah yang mengetahui perkara yang sebanar-benarnya. Mungkin itu satu penyebab. Dan mungkin ade penyebab lain yang tidak diketahui. Walau apapun, setiap yang berlaku pasti ade hikmah. Kini, 'Aqilah berada dalam keadaan sihat walafiat dan aku doakan sentiasa moga 'Aqilah sihat dan membesar menjadi insan beriman.

Wednesday, October 04, 2006

Hannan ‘Aqilah

Hannan ‘Aqilah yang kuat tidur. Siang tidur. Malam pun tidur. Sesekali terjaga minta disusukan. Siang takpelah. Malam, kesian bonda berjaga sejam sekali. Hari first memang aku langsung takleh tido. Aku tak dapat catch up lagi jadual ‘Aqilah. Malam-malam seterusnya, aku semakin terurus. Waktu aku semakin berjadual.

Aku rasa gembira, bahagia. Kalau setahun lalu pada hari dan waktu yang sama, aku masih bujang. Tahun ini, pada saat ini aku telah merasakan bahagia memperolehi keluarga sendiri – suami dan anak yang comel.

Hannan ‘Aqilah lah yang paling comel di dunia ni. Raut wajah ‘Aqilah lena tidur, raut wajahnya ketika tersengih sendirian, gerak mata, bibir, kepala, kaki, tangan, badan. Aduhai, comelnya! Pipinya yang chubby, jari jemari yang halus, kaki dan tangan yang kurus. Comelnya! Menatap ‘Aqilah takkan membuatkan aku jemu. Biar aku tak cukup tidur. Biar badanku sakit-sakit dan lenguh menompang ‘Aqilah ketika menyusu. Biar aku terpaksa berjaga di malam hari. Tak ada sekelumit rasa kesal, tiada rasa geram. Tiada rasa marah. Yang ada hanya bahagia di mana-mana.

Hannan ‘Aqilah tak banyak ragam. Tak banyak menangis. Bila perutnya kenyang, dah disapu minyak. Tidurlah dia dengan begitu mulus. Kengkadang diapers penuh pun boleh tido. Suka sangat tengok muka dia masa tidur. Tenang dan begitu selesa. Eeeiiii... geramnya. Sukanya tengok Hannan ‘Aqilah.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Yang Maha Esa yang telah memberikan aku kurniaan yang sempurna ini.

Inikah perasaan seorang bonda??? Oh, aku sayang yang teramat pada Hannan ‘Aqilah.

Nama : Hannan ‘Aqilah binti Ahmad Fadzli
Lahir : 28 September 2006
Jam : 10.40 malam
Tempat : Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
Berat : 2.81 kg

A Wonderful Experience

Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby girl. Selama ni aku amat takut menghadapi hari-hari terakhir baby di dalam kandungan, akhirnya aku dapati ia merupakan pengalaman yang gerun tetapi amat menarik dan berharga. Setelah melalui segala pengalaman melahirkan, no wonder aku nak lagi mengalaminya pada masa akan datang.

Lepas keluar air pagi Khamis lalu, aku ikut mak hantar adik-adik dan melepak kat ofis mak sementara tunggu rasa sakit. Mak takut nak tinggal aku sorang kat rumah dan aku sendiri pun takut gak duduk sorang-sorang sebab aku tak tahu macam mana rasa nak bersalin. Mak keep asking sama ada aku rasa sakit atau tak. Aku kata takde. Dalam pukul sepuluh pagi aku terasa cam sakit waktu period. Sakit sikit je. Alaaahh… aku rasa takleh dikatakan sakit pun. Cuma rasa semacam kat perut dalam lima minit sekali. Aku cakap kat mak. Tapi mak pun confuse tengok aku. ‘Betul ke tidak anak aku ni?’

Mak ade kelas pukul 11.30 hingga 1.30. Kalau tunggu sampai 1.30, aku rasa macam lambat sangat. Nanti tetiba aku sakit kuat, aku nak buat camne. Lastly, we all decide pergi HUSM pukul 11.00. Sampai HUSM terus daftar masuk labor room. Kata kerani pendaftaran, kalau belum masa aku bersalin, aku akan dimasukkan ke wad dulu. Tak boleh balik rumah. Aku yang pegi daftar sendiri. Kerani tu confuse tengok aku yang relax je. Dia tanya betul ke aku nak bersalin ni. Macam tak sakit pun? Aku kata sakit sikit je.

Kat labor room CTG scan dijalankan ke atas aku. Nampaknya contraction aku tak kuat mana. So, diorang decide masukkan aku ke wad. Jalan baru terbuka 3 cm. Darah aku diambil, baby di scan, sebelum aku dibawa masuk ke wad. Masa tengah buat checking ni, abang sampai dari Triang. Abang bertolak lepas solat Subuh, jam 1 petang abang sampai KB. Boleh tahan laju jugak abang bawak kereta. Kesian abang. Hari Selasa balik Triang, Rabu mengajar, Khamis dah balik KB semula.

Abang iring aku masuk wad. Tapi lepas tu abang balik rumah sebab tak boleh ade orang tunggu masa dok dalam wad. Masa tu aku dah mula rasa sakit. Ooohh, gini rupanya rasa sakit nak bersalin. Aku boleh berbaring. Nak tidur, tapi dah tak boleh lena. Kengkadang aku jalan, duduk, duduk melutut sambil goyang punggung (sebagaimana petua Kak Dillah – bila abang datang petang baru abang tolong urut belakang). Nak makan dah tak lalu. Nasi tengahari aku makan tak sampai 10 suap. Aku dok minum air ‘khas’ yang ayah bagi sambil doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu tak lepas dari mulut aku. Kalau pagi tadi, masa keluar air, aku memang berdebar gila, kini, aku pasrah menghadapi apa jua situasi yang akan tempuhi. Lepas Asar abang dan ma sampai, temankan aku. Masa tu contraction yang aku rasa ade ketikanya 5 minit sekali, ade masanya 3 minit sekali. Rasa sakitnya ada ketikanya aku dapat tahan dan relax, ade masanya membuatkan aku menggeletar tahan sakit. Ma kata tu sakit main-main.

Menjelang pukul 7 malam, ma dan abang kena keluar dari wad. Waktu melawat dah habis. Waktu orang dok berbuka puasa aku mula merasakan kesakitan yang tak dapat aku tanggung sendiri. I want something untuk meredakan rasa sakit ni. Aku dah tak mampu tersenyum. Aku pergi kat kaunter. Misi tengah makan berbuka. Sementara tunggu diorang makan, aku ke tandas. Lepas tu baru le misi cek bukaan jalan aku. Maybe sebab ganggu diorang dok sedap makan, misi jadi bekeng. Suara melengking. Masa cek jalan tu, mungkin dia tengok muka kesian aku yang dok control kesakitan yang amat, baru le slow sikit suaranya. Jalan dah terbuka 5 cm. Misi kata lepas dia solat Maghrib dia hantar aku ke labor room.

Dok menghitung masa aku tunggu misi siap solat. Akhirnya, dalam menahan kesakitan, aku dibawa ke labor room (jalan kaki je) jam 8.40 malam. Kat labor room, CTG scan dilakukan. Kalau kat dalam wad, nak mengurangkan sakit, aku berdiri, berjalan, gerak sana sini. Kat labor room aku takleh buat ape-ape. Aku mintak sebarang ubat yang boleh meredakan kesakitan yang aku rasa. Doctor kata nak bagi suntikan. Tapi memandangkan degupan jantung bayi kelihatan tidak stabil, doctor tangguhkan dulu suntikan.

Ya Allah… Tubuh aku dah menggeletar tahan sakit. Kaki aku tak dapat duduk diam. Tangan aku berpaut kuat kat tepi katil. Aku tak boleh mengiring ke kanan atau ke kiri untuk mengurangkan kesakitan sebab ia akan mempengaruhi bacaan CTG. Aku diberi oksigen. Bukan untuk aku, tapi untuk bekalan baby dalam kandungan. Aku nak something. Aku nampak balang gas kat tepi katil, teringat kat entonoks. Aku minta kat misi untuk kurangkan kesakitan dengan guna gas. Barulah misi bagi.

Lepas tu baru aku nampak abang masuk. Abang senyum kat aku. Muka abang tenang dan penuh semangat untuk memberi aku kekuatan. Tapi, aku dah tak mampu nak senyum. Aku hanya mampu genggam tangan abang sekuat mungkin bila contraction datang. Aku dengar abang dok bisikkan kat aku doa Nabi Yunus. Aku ingat, aku bisikkan di hati. Tapi mulut aku dah tak boleh nak berkata-kata. Perkataan yang mampu keluar hanyalah Allah.

Pukul 9.50 malam aku rasa macam nak teran. Sakit contaction tadi dah tak rasa. Yang ade cuma rasa nak teran yang teramat sangat. Tapi takde sesiapa kat dalam bilik tu masa tu kecuali aku dan abang. Dalam dok teran tertahan, aku dapat rasa ada cairan yang mengalir. Aku tak tahu sama ada aku terkencing, atau air ketuban yang mengalir. Kebetulan sorang misi masuk masa aku rasa nak teran kali ke 4, terus aku beritahu misi. Misi cek, jalan dah terbuka 9 cm dan terus suruh aku meneran.

Proses kelahiran pun bermula. Aku tak rasa sakit. Yang aku rasa adalah macam sedang membuang air besar tapi sembelit yang amat sangat. Aku tak tahu ade berapa orang kat sekeliling aku dok beri semangat. Yang aku tahu cuma meneran yang membuatkan aku kehabisan nafas. Aku curi udara. Aku teran lagi. Bila penat aku berhenti sekejap. Dan terus berusaha lagi. Abang di sisi sentiasa bagi aku semangat. Abang tampung belakang aku. Dalam hati aku sentiasa berdoa dipermudahkan usaha aku.

Keluar je kepala baby, segalanya lega. Rasa satu kelegaan yang begitu nikmat. Rasa pulih kembali tenaga aku yang hilang waktu meneran. Leganya... Tengok wajah baby, aku nak dakap dia. Tapi kenapa dia tak bersuara? Aku nampak ade tangan-tangan yang memegang wayar menyedut sesuatu dari hidung dan mulut baby. Doctor suruh aku confirmkan jantina baby. Girl! Baby diletakkan di atas dada aku untuk beberapa saat. Aku sentuh pipi baby seketika. Kemudian tangan-tangan yang pegang baby bawa baby pergi dari aku. Baby tak menangis. Baby kurang oksigen. Kesian baby. Aku tengok jam. 10.40 malam.

Alhamdulillah… aku dah selamat melahirkan baby girl. Aku dah jadi bonda. Tenaga aku yang tadi kurasakan begitu semput, kini kurasa kembali menguasai diriku. Aku rasa kembali kuat. Dalam keadaan berbaring rehat, aku sempat bersembang dengan doctor, misi dan attendant yang bertugas di bilik bersalin tu.

What a wonderful moment!!! Alhamdulillah Allah mempermudahkan proses kelahiran baby. Allahumma yassir wa la tu‘assir, Allahumma tammim bilkhayr. Baby ditahan wad sehari semalam. Aku dibenarkan balik rumah tengahari Jumaat, baby pulak boleh balik malamnya. Alhamdulillah.

Kata medical student yang ade sekali masa aku bersalin tu, “You are very lucky. Saya suka tengok suami akak. Very supporting. Bagus betul dia bagi semangat kat akak.” Kembang hati aku. Bangga dapat suami yang amat baik. Terima kasih abang. Abang memang teramat baik buat honey. Sentiasa menyokong honey tidak kira apa situasi pun. Kebahagiaan dan keindahan yang kita kecapi ini tidak ternilai dan tidak dapat ditukar ganti dengan apa pun. Moga ia berkekalan. Honey sayang abang. I LOVE U SO MUCH. Terima kasih sayang...

Thursday, September 28, 2006

Air Dah Keluar

Terima kasih to Kak Dillah atas sokongan moral dan ilmu yang diperturunkan. Pagi ni aku bangun nak bersahur, aku rasa macam ade keluar sesuatu masa dok dalam bilik air. Keluar dari bilik air, aku bersin, ade cairan hangat mengalir ke hujung kaki. Alamak. Aku dah nak beranak ke? Patut le aku rasa perut lain macam. Nak kata nak buang air besar, tak jugak. Nak kata sakit sesangat tak jugak. Ntah le.

Pagi ni, aku dah solat Subuh. Dah baca Surah Maryam. Ya Allah permudahkanlah kelahiran babyku ini. Sekarang dok tunggu mak hantar adik-adik gi sekolah. Pastu baru hantar aku gi hospital. Abang kat Triang, on d' way balik KB pagi nie. Masa keluar air tadi, berdebar gila aku. Sekarang dah tenang sikit.

Doakan segalanya dipermudahkan dan selamat.

Wednesday, September 27, 2006

Membilang Hari

Malam tadi dok bercerita dengan mak, mak kata sepatutnya due date aku 28 Sept. Bukan seperti yang dikira oleh misi kat poliklinik, 26 Sept. Sebab cara kira due date ni, tarikh first day akhir period plus 9 bulan plus 7 hari. Kalau 21 Disember, jawapan yang keluar akan jadi 28 Sept. Tarikh yang Dr. Syukri bagi tu kira tarikh maksimum (+ 10 hari ; masa tambahan) untuk aku bersalin. Ooohhh... baru aku tahu macam mane nak kira due date (^_^)

Hari ni aku rasa sihat. Hati aku pun tak rungsing. Tenang je. Mungkin sebab dok kat rumah sendiri. Pastu dekat dengan pakar. Tambahan pula bulan Ramadhan, banyak lagi baca Qur'an. Jadi, hati rasa lebih tenteram. Alhamdulillah... Aku dah empat hari berpuasa. Sama dengan umat Islam yang lain (yang tak puasa tak masuk group). Moga Ramadhan ni membuat aku lebih kuat dan lebih memudahkan aku bersalin.

Rasa sakit di bahagian pangkal peha memang dah jadi lumrah sejak sebulan lebih yang lalu. Mula-mula aku ingatkan aku tersalah gerak, terkehel, urat tersimpul. Bila jumpa bidan, tanya misi, diorang kate tu perkara biasa sebab kepala baby menekan bahagian bawah. Kengkadang rasa sakit yang amat, kengkadang hilang rasa sakit tu. Tapi memang sometimes ia mengganggu tidur. Bila nak bergerak pusing badan, alih kedudukan, mulalah terasa sakit. Tu yang tak berapa selesa dan membuatkan aku tak dapat tido senyenyak-nyenyaknya di malam hari. So, siang hari kira qada' tido ler... (^_^)

Monday, September 25, 2006

Dalam Dilema

Nak berpantang di rumah mak atau di rumah mertua?

Ikhlasnya, aku nak berpantang di rumah mak. Aku yakin wanita-wanita lain juga pasti lebih selesa berpantang di rumah yang dia dibesarkan, di rumah yang suasananya telah sebati dalam jiwa. Terutamanya selepas melahirkan anak sulung. Ye laaa... pengalaman pertama. Mesti nak guide dari mak kandung.

Tapi, kalau ikutkan ranking menurut Islam, mertua dah jadi lebih utama. Mertua aku cukup baik. Nasihat dan panduannya tak putus. Risaunya terhadap aku tak pernah henti. Kengkadang aku dilebihkan dari anak sendiri. Maklumlah, aku sorang je puteri yang menyinari hidup mereka buat masa ini. Ada tiga kekosongan lagi (tidak termasuk tempat tambahan) sebab 3 orang lagi adik abang belum kahwin. Mereka pernah utarakan agar aku berpantang di bawah jagaan mereka. Ini yang buat aku serba salah. Buat lidah aku kelu tak terkata.

Aku amat menghargai kasih sayang mertua terhadap aku. Tapi aku lebih selesa bersama keluarga sendiri. Aku takut keputusanku berpantang di Kota Bharu membuatkan ma dan ayah rasa terpinggir. Tak... bukan itu yang aku mahu. Namun bukan senang nak buat semua hati rasa berpuas hati. Aku amat berharap ma dan ayah memahami. Aku sayang mereka.

Aku serba salah...

Kota Bharu

Mak kata, hari ni kena buat kerja banyak-banyak supaya mudah bersalin.

Aku dah kat KB. Semalam gi buat check up kat HUSM dengan Dr. Syukri. Dia kata semua ok. Dia bagi due date baru, 7 Oktober. Katanya baby baru engage sikit. Tak engage sepenuhnya lagi. So, maybe aku bersalin lambat lagi. Ntah bilalah tu. Aku pasrah. Bila-bila pun takpe. Yang penting selamat.

Hari ni abang dok buat muka merayu. Nak beli hp baru. Hp yang sedia ada tu buat hal 2 hari lepas. Memory hilang. Kena install baru. Habis hilang nombor phone yang ade kat dalam hp. Tu yang abang bengang sangat, nak beli hp baru bernilai RM 500. Huuuu... makan pasir le jawabnya kalau beli hp baru. Aku dok pujuk abang. Sabar le sampai dapat bonus hujung tahun ni. Gunalah dulu apa yang ada. Lagipun dah lepas install, hp tu masih boleh digunakan.

Thursday, September 21, 2006

Doakan

Doakan aku selamat melahirkan baby. Aku semakin takut. Tambahan mendengar keta-kata doktor bahawa air ketuban dah berkurangan sedangkan aku masih takde tanda-tanda untuk bersalin. Esok nak balik KB. Ingat nak bersalin kat Hospital Temerloh je. Tapi, dengan keadaan aku yang tak menentu dan saranan dari seorang misi kat poliklinik yang aku selalu pegi buat check tu, aku dan abang buat keputusan untuk balik bersalin kat KB. Kat HUSM. Ade pak sepupu yang jadi pakar sakit puan kat sana. Hospital pun dekat ngan rumah. So, lebih mudah dan selamat. InsyaAllah

Aku sihat. Boleh mengemas rumah sampai berpeluh sebab ada orang nak baiki rumah. Baby kat dalam? Hopefully sihat jugak. Setakat ni, sentiasa aktif bergerak.

Doakan aku...

14 September 1981

Terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan serta mendidik honey hingga honey menjadi seperti honey pada hari ini. honey bangga mendapat mak seperti mak. I LOVE U sooo much.

Ya... aku akan lebih mengerti tentang kehidupan seorang ibu setelah aku melahirkan dan berpengalaman membesarkan anak dalam kandunganku. Moga aku diberi kekuatan, diberi petunjuk oleh Yang Esa untuk mendidik anak-anak menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik dari diri ini.

Rindu Untuk Mengandung

Entry ni sebenarnya aku dah create begitu lama. Tapi tak upload sebab dok dalam lap top abang. So, maybe ade maklumat yang ketinggalan zaman. Tapi takpe la… Buat tatapan dan bacaanku pada masa depan bagi mengimbas pengalaman mengandung yang pertama.

Ade sorang kawan pernah datang rumah aku. Masa tu kandungan aku baru mencecah 5 bulan. Anaknya baru berusia setahun bulan tujuh yang lalu. Tapi dia pernah suarakan yang dia ingin mengandung lagi dalam masa terdekat. Dia rindu nak mengandung. Terfikir jugak aku waktu tu, macam mane yek rasa rindu tu? Apalah yang nak dirindukan. Nak kata rindukan anak kecil, anaknya masih kecil belum pun boleh berlari.

Kini aku rasa aku tahu kenapa dia rindu untuk mengandung lagi. Gerakan baby dalam perut setiap hari memang sentiasa mencuit hatiku. Bila aku berbicara dengan baby, gerakan-gerakan aktif baby seolah-olah faham dengan setiap kata aku. Yang lucunya, bila ayahndanya menegur, baby berdiam diri. Kitorang selalu kata baby nakal. Selalu main ‘ciku-cak’ ngan ayahnda.

Ada sekali berlaku perkara yang tidak diduga masa aku cek kandungan kat poliklinik. Masa time nak dengar degupan jantung, berpeluh-peluh misi mencari bunyi jantung. Sampai tiga orang datang membantu. Tak dengar jugak bunyi jantung. Aku dah mula sangsi. Pagi tadi ok je baby gerak. Janganlah berlaku apa-apa pada baby aku. Bila nak panggil staff nurse, tiba-tiba bunyi jantung baby kedengaran dengan jelas. Wah! Pandai pulak baby ni main sorok-sorok ye… Nakal! (^_^)

Aku dapat rasakan gerakan-gerakan dalam kandunganku sejak baby berusia 5 bulan. Mula-mula perlahan dan kini semakin jelas. Babyku memang aktif. Macam bondanya kot (^_^) Kadang-kadang aku gelak sendiri, kegelian dengan gerakan yang kurasakan seolah-olah ikan berenang-renang.

Masa aku sibuk dan begitu cergas melakukan kerja-kerja membantu di kenduri kahwin sepupuku bulan 6 lepas, aku dapat rasa baby seolah-olah mengecilkan dirinya. Aku rasakan baby memberi aku peluang untuk aku bergerak cergas tanpa sebarang kepayahan. Sakit belakang tu biasalah. Aku memang berterima kasih kat baby sebab langsung tak memayahkan pergerakan aku walaupun kena membawa kandungan ke sana ke mari. Waktu tu orang dok kata perut aku kecil. Sampai satu tahap, aku naik risau sebab aku takut baby tak selesa untuk membesar dengan baik dalam kandunganku. Tapi aku cakap dengan baby ‘bonda tak kisah baby berbadan kecil. Yang penting baby membesar dengan sihat’. Betul tak??? Dan itulah doa aku tiap waktu.

Mak selalu cakap supaya sentiasa baca al-Qur’an. Aku cuba buat yang terbaik. Alhamdulillah, aku melazimkan diri aku baca Qur’an setiap hari walaupun sedikit. Tapi ade gak hari-hari yang ‘berlubang’. Hari yang aku baca Qur’an lebih banyak sikit tu kira jadi penampung lubang-lubang tu. Yang menariknya, masa aku baca al-Qur’an baby menyepi seolah-olah menghayati bacaanku. Sedangkan sebelum tu dok aktif bergerak bagi respon aku bercakap ngan dia. Seronoknya aku tak terkata (^_^) Baguslah baby camtu. Moga membesar menjadi hamba Allah yang lebih baik dari bonda dan ayahnda.

Kini, aku menanti saat-saat kelahiran baby. Gerakan baby semakin jelas. Aku amat suka melihat perut sendiri. Bila nampak gerakan baby, aku rasa seolah-olah aku sedang berinteraksi dengan baby secara live tanpa halangan perut. Tergambar gerakan tangan, kaki, senyuman baby yang pastinya memberi aku kebahagiaan dan rasa sayang yang tidak terhingga. Sekarang ni pun aku kengkadang tercuit hati melindungi baby bila abang terkeluar perkataan ‘apa yang baby buat sampai bonda sakit ni?’. Ayat abang tu mungkin bermaksud nak protect aku sebab sayangnya yang tak terkira padaku. Tapi aku sendiri rasa tersentuh bila ada orang yang menyalahkan baby hatta ayahndanya sendiri walaupun dalam hal sekecil itu. Inikah satu permulaan kasih sayang seorang insan bergelar bonda?

Aku akan terus belajar. Belajar menjadi bonda yang dapat mendidik anak menjadi insan soleh seimbang rohani, jasmani, spiritual dan intelektual.

Tuesday, August 22, 2006

Tahniah !!!

Alhamdulillah... Kak Dillah dah selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama 'biarlah rahsia' (^_^) Katanya tak confirm lagi. Dia bersalin dalam pool. Kat Malaysia dah ade ke cara bersalin camtu? Kalau ade, boleh aku cuba untuk baby yang seterusnya.

Hari demi hari tarikh due aku makin hampir. Kalau Kak Dillah dijangka bersalin 26 Ogos, tapi telah selamat melahirkan pada 15 Ogos, aku pulak??? Ntah akan cepat dari tarikh jangkaan atau lebih lambat. Tiga hari lepas aku ikut ma gi jumpa bidan. Alhamdulillah takde masalah ape-ape. Bidan kata bila-bila masa je akan bersalin. Mak pun kate camtu. Start dari waktu tu, aku jadi gemuruh. Dua hari ni aku rasa tak sedap badan, perut bergelodak.

Rasa takut, gerun. Rasa ntah ape-ape. Yelah... pengalaman pertama mengandung dan bersalin. Macam mane sakitnya ye? Tahan ke aku dengan sakit nak bersalin? Kengkadang rasa takut nak bangun sebab takut tiba-tiba rasa sakit. Bila baby gerak-gerak, aku jadi gerun. Ntah ape-ape je. Rasa cam lemah semangat. Takleh jadi camni. Perasaan ni buat aku rasa murung. Tak best giler. Mujur ade suami yang positif. Boleh gak dia bagi galakan kat aku walaupun dia sendiri tak tahu macam mane rasa sakit bersalin.

Boy or girl? Heee (^_^) Biarlah rahsia. Aku sendiri tak tahu. Ramai yang kate girl. Bidan pun jangka girl. Ma pun nak baby girl. Ade jugak yang kata boy. Tak tahu le. Apapun jantina baby, aku terima je. Persiapan dah buat dah serba sedikit.

Sekarang aku banyakkan berdoa dan solat hajat supaya baby sihat dan selamat dilahirkan. Moga Allah mempermudahkan kelahiran baby dan mengurangkan tanggungan kesakitan.

TAHNIAH Kak Dillah! Moga kehadiran si kecil memeriahkan lagi hidup kalian sekeluarga. Comelnya si 'fahum' tu. (^_^)

Friday, August 04, 2006

Master

Apa jadi dengan master aku? Mane terbangnye semangat masa mula-mula nak amik dulu. Haa... korang jangan risau. Semester lepas memang aku cuti, sebab tu takde khabar berita langsung tentang master. Sem ni, aku dah mula kembali dengan beberapa langkah yang aku kira akan kuteruskan dengan bersemangat dan support yang kuat dari abang. Bulan lepas, aku duduk berjauhan seminggu dari abang, kat KL nun untuk siapkan proposal dan telah pun dihantar kepada penyelia. Urusan awal pendaftaran untuk sem ni pun dah selesai. Tunggu nak bayar je. Takdak pitih lagi buat masa la ni. InsyaAllah akan settle dalam masa terdekat.

Next week aku akan pergi KL lagi untuk dapatkan feedback dari penyelia tentang proposal aku. Kalau ok, aku boleh terus mulakan untuk bab 2 (bab 1 adaptasi dari proposal). InsyaAllah, seminggu jugak kat KL. Aku pun dah pergi ke salah sebuah pusat pendidikan pra sekolah kat Triang ni yang akan dijadikan sample kajian.

Bila gi jumpa penyelia nanti, dapat surat sokongan calon postgrad, boleh le aku mulakan penjelajahan dan kajian aku ke pusat-pusat pendidikan pra sekolah yang terpilih tu. Dan aku sedar, aku kena memaksimumkan masa sebelum akhir september untuk menyelesaikan kajian lapangan kat pusat-pusat pendidikan tersebut. Kalau tak, maknanya tahun depan aku kena sambung balik kajian lapangan tu. Kalau boleh, aku nak selesaikan tahun ni jugak. Kajian perpustakaan takpe lambat sket. Sebab tak terlibat dengan cuti sekolah. Bila-bila masa pun boleh gi cari bahan.

Penyakit Ape Nie???

Aku kena tangguhkan pemergian ke KL next Monday sebab kena cek gula dalam darah. Kencing manis??? Oh, no!!!

Isnin lepas, aku pergi appointment kat poliklinik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Masa ambil timbangan berat badan, HAH!!! Terperanjat gila aku. Misi pun terkejut. Naik 5 kilo lebih hanya dalam masa 2 minggu. Beberapa jenis timbang digunakan, bacaan tetap sama. Aku risau.

Lepas tu, misi cek degupan jantung baby seperti selalu. Berpeluh-peluh misi tu cuba cari bacaan degup jantung, tapi tak dapat jugak. Aku rasa mahu lebih dari 10 minit aku dok terbaring atas katil tu. Tiga orang misi cuba, tapi tak dengar jugak bunyi jantung. Aku pun dah naik cemas. Pelbagai soalan diajukan kepada aku. Baby ade gerak ke hari ni? Gerak aktif tak? Ah sudah. Ape yang berlaku ni? Bila datang staff nurse, barulah degup jantung baby kedengaran begitu jelas. Fuuuhhh... lega. Alhamdulillah. OOhhh... baby main 'ciku cak' ngan bonda dan misi yer. (^_^)

Aku kena jumpa doktor sebab kenaikan berat badan yang mendadak. Tapi doktor tu relas je. Katanya, biasalah anak sulung. Relax dan ada masa banyak untuk makan. Nanti bila dah 2,3 orang anak, nak makan pun tak sempat. Tapi, yang aku agak risau, (walaupun doktor relax je) masa scan, doktor kate kandungan aku sedikit songsang. Kepala tak berada betul-betul kat bawah. Possibility lahir secara ceasarean agak besar. Waaa... taknak. Aku nak melahirkan secara normal. Tapi, aku tetap percaya, masih awal untuk jangkaan tersebut. Saat akhir pun kedudukan bayi boleh berubah. Apapun, aku sentiasa doakan baby lahir dengan selamat.

Aku dah mula beli barang baby. Gumbira hati tak terkata. (^_^) Adakalanya, aku peluk baju baby dengan hati yang berbunga indah. Tak sabar rasanya menatap wajah cute yang selama ni dok bergerak dan menendang dalam perut aku.

Thursday, June 15, 2006

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru buat dua orang sepupuku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 3 Jun di PJ dan 9 Jun di Penang yang lepas. Aku tak hadir majlis di Penang sebab kekangan masa.

Cuti sekolah baru ni memang cuti yang amat bermakna. Setiap masa diperuntukkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga. Aku gembira. Walau penat menguasai diri, tapi hati cukup riang. Awal cuti abang ade kelas tambahan dan tugasan di sekolah. So, kitorang takleh balik kampung awal. Masa tu perasaan aku dah bercampur baur. Sedih. Jadi tak lalu nak makan.

Hari Rabu ke Selangor. Berjumpa keluarga aku di Shah Alam dan attend kenduri kahwin sepupu pada 3 dan 4 Jun. Haa.... ini ler part yang paling menyeronokkan. Ia dapat dirasai oleh seluruh ahli keluarga 744 family. Masa nilah peluang untuk bertemu muka dengan saudara mara. Walaupun penat kerana saling bantu membantu, tapi kesan kemesraan ini begitu terpahat di dalam jiwa. Aku memang suka sangat bila ade kenduri yang melibatkan 744 family keseluruhannya. Syoknyaaa...

5 Jun balik ke KB. Tidur semalaman kat KB, balik ke Jerteh. Bersama keluarga di Jerteh, sempat buat tahlil dan makan2 dalam keluarga. Tolong ma buat nasi minyak. Aku potong bawang salah cara. Ha ha ha... (^_^) Ini le akibat orang yang tak pandai masak. Walaupun ma anak tunggal dan kitorang takde sepupu, tapi bukan mudah nak kumpul adik beradik bila semua dah besar, bekerja dan belajar di merata tempat. Suka aku tengok bila adik beradik abang yang semuanya lelaki berkumpul. Keluar potong rambut sama-sama. Macam-macam kerenah bila time nak gi solat Jumaat. Hmm... kegembiraan bekerluarga memang tiada tolok bandingnya.

10 & 11 Jun pulak pegi hari keluarga batch abang kat Bentong. Seronok juga. Sebab batch abang ngan batch aku selang setahun je. So, ramai le kawan abang yang aku kenal. Takle aku jadi kera sumbang. Orang lain masuk 'survivor', aku pun nak ikut gak. Abang larang, aku buat lentok. Abang pun bagi dengan berat hati. Akibatnya, aku menangis tengah malam sebab sakit tak terkira dari pinggang sampai hujung kaki. Tu ler... lain kali dengar cakap suami (^_^)

Buka cuti sekolah, aku sakit-sakit badan, abang keletihan. Apapun, cuti kali ni memang menyeronokkan.

(Aku memang cuti tiap-tiap hari. Tapi, itu tak kira la. Sebab dok rumah sorang diri. Langsung tak best)

Monday, May 08, 2006

Jalan-jalan

Aku sihat Alhamdulillah sekarang. Bertenaga. Walau kengkadang cepat rasa letih.

Aku kat pejabat mak sekarang. Balik KB. Cuti? Tak eh... Abang mohon cuti konvo dua hari. Tapi dia tak gi konvo pun. Balik kampung. Pahtu hari yang selebihnya adalah cuti umum dua hari (hari HOL Pahang & hari Wesak) dan cuti tambahan yang dicipta sendiri, satu hari. Jumlah keseluruhan selama seminggu digunakan untuk balik kampung.

Sekarang, aku suka sangat gi jalan-jalan. Dah tiga minggu berturut-turut aku menghabiskan hujung minggu dengan bersiar-siar. Dua minggu lepas, aku gi Melaka. Tidur di rumah mak sedara kat Alor Gajah. Sempat gak aku gi makan seafood segar kat Serkam. Perrgghhh... sedap gila. Aku makan udang celup tepung, macam tak ingat dunia. Orang lain merasa sikit je udang tu. Lepas makan tu, rasa macam lepas satu beban keinginan yang tinggi dalam diri. Alhamdulillah.

Minggu lepas, aku ngan abang ke Kuantan. Tidur di rumah mak sedara kat Balok. Seharian round Kuantan (tempat aku pernah dibesarkan selama lima tahun). Pagi Isnin sempat pergi mandi laut. Kejap je. Sebab tak syok mandi sengsorang. Abang takleh join sebab tak bawak baju spare.

Minggu ni pulak balik Kelantan. Semalam pegi berendam kat La Hot Spring, Jerteh. Tak pernah pergi kolam air panas. Itu yang pertama kali. Panasnya, tak tahan aku dibuatnya. Dari nak celup hujung kaki hingga ke paras dada tu, berpuluh kali duduk bangun dalam air. Selama ni aku ingatkan air kat kolam air panas cuma suam-suam kuku jer. Rupanya, nampak wap naik berkepul kepul. Apapun, memang best. Ringan rasa tubuh lepas berendam untuk beberapa minit.

Berat aku dah naik ke 53 kg. Kengkadang rasa cam dah gemuk. Tapi normal lah dalam waktu mengandung ni. Aku sentiasa doakan diriku dan kandunganku sihat.

Bye... Nak balik rumah dulu.

Saturday, April 08, 2006

Betul ke?

Aku dapat ni dari blog sepupu aku. Hhhmmm... menarik jugak.


Your Power Color Is Blue
Relationships and feelngs are the most important things to you.You are empathetic and accepting - and good at avoiding conflict.If someone close to you is in pain, it makes you hurt as well.You try to heal the ones you love with your kind and open heart.



Your Life Path Number is 6
Your purpose in life is to help others
You are very compassionate, and you offer comfort to those around you.It pains you to see other people hurting, and you do all in your power to help them.You take on responsibility, and don't mind personal sacrifice. You are the ultimate giver.
In love, you offer warmth and protection to your partner.
You often give too much of yourself, and you rarely put your own needs first.Emotions tend to rule your decisions too much, especially when it comes to love.And while taking care of people is great, make sure to give them room to grow on their own.
What Is Your Life Path Number?



Tapi, betul ke aku macam ni? Rasa cam terlalu emosilah pulak.


You're Confident...Sometimes

You can seem confident when the occasion calls for it
But inside you may be experiencing a bit of self doubt
A little more inner confidence could take you far...
And convince others that you're as confident as you try to seem

Ujian Keteguhan Cinta

Dalam teguh, ada sendu. Dalam kejam, ada lembut. Cuba teka, apa tu?

Itulah perasaan. Ada tikanya wajah yang kelihatan teguh menempuh segala ujian, sendu menangisi kekosongan jiwa. Aaaahhh... ape yang aku merepek ni. Tapi, itulah hakikat hidup. Sebab fitrahnya kita dilahirkan dengan pelbagai lantunan emosi.

Buat abang,
Honey akan sentiasa di sisi abang. Kerana di situlah letaknya seorang isteri. Suka duka hidup ini biar kita tempuhi bersama. Kerana perpisahan itu, kelak amat menyakitkan.

Kenyang Perut...

Kenyang perut, hati senang, mata pun mengantuk. Hari ni aku tak memasak. Jarang sekali tak memasak. Hujung minggu aku amik kesempatan untuk ajak abang makan di luar. (Opss... sebenarnya hari ni abang yang ajak aku) Bukannya selalu. Lagipun aku dah jumpa port menarik yang memenuhi citarasa selera aku. Abang pun akui. Tapi hari ni gi makan tengahari lambat sket. Lauk kebanyakannya dah habis. Abang kata dia tak puas hati sangat sebab takleh buat pilihan lauk. Mujur juga. Duit dalam dompet abang tak sampai pun tiga puluh. Aku kata, kalau ade ikan bakar, mahunya abang ambil. Hah... takut tak cukup duit pulak nak bayar makan tengahari. Tak pasal-pasal kena gadai tenaga, buat basuh pinggan.

Minggu ni aku riang, suka, gembira. Alhamdulillah. Aku pernah cerita tentang pengalaman aku mengajar di KPM. Selama hampir 5 bulan aku menunggu upah / gaji aku untuk 2 bulan terakhir mengajar di KPM, akhirnya minggu ni, penantian aku berakhir. Syukur yang tidak terhingga. Terima kasih yang tak terhingga atas bantuan dari rakan seperjuangan di universiti, juga sebagai rakan seperjawatan ketika di KPM - pzy.

Dengan upah yang diperolehi, aku gunakan sedikit untuk membeli tv, meja tv, dan subscribe astro. Waahh... nampak macam mewah je. Takdelah. Astro memang diperlukan di sini. Kalau tak, alamatnye tengok tv tanpa gambar le jawabnya. Dengan adanya tv tu, taklah aku kesunyian sangat bila abang takde kat rumah. Abang sekarang pun makin sibuk. Dulu, abang pernah bersuara andainya cita-citaku untuk menjadi seorang pensyarah tercapai suatu hari nanti, tentu abang akan keseorangan di rumah setelah tamat waktu persekolahan. Aku katakan, "Abang baru kerja tiga bulan ni pun dok sibuk memanjang dari pagi hingga malam. Apatah lagi bila dah bekerja 3 tahun. Tentu makin sibuk."

Sekarang ni pun abang sibuk dengan tusyen, latihan catur, latihan sukan, makmal komputer dan pelbagai lagi tanggungjawab guru. Aku tak kisah, sebab aku tahu semua itu merupakan sebahagian dari usaha untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berguna. Walaupun, ade ketikanya aku rasa amat sunyi bila abang sibuk di sekolah, balik rumah, tidur bagi melepaskan penat. Tinggallah aku terkelip-kelip seorang diri.

Apapun, aku gembira, bahagia dengan kehidupan sekarang. Honey sayang abang...

Tuesday, March 28, 2006

Perkahwinan

Sebuah perkahwinan merupakan penyatuan dua jiwa dari asas keluarga yang berlainan. Jiwa aku kini bukan milikku seorang. Sebelum berkahwin, aku tidak dapat membayangkan kesusahan dan kekeliruan jiwa yang dihadapi dalam alam rumah tangga. Tanggapanku, setiap masalah dapat diselesaikan dengan persefahaman dari kedua belah pihak.

Kini, setelah lima bulan mengharungi sebuah perkahwinan, aku dapat menilai sedikit sebanyak keperitan dalam menserasikan dua jiwa yang memiliki pelbagai perbezaan. Apa yang aku suka lakukan, abang tak suka. Dan ada perkara yang abang sentiasa lakukan, tapi aku tak suka. Dan aku akan rasa terlalu perit kalau abang tak suka dengan sikap aku yang mengguris hatinya. Abang akan diam, tidak berkata apa-apa. Namun aku faham dia tak suka. Diamnya itu membuat perasaan aku perit, pedih, sedih. Teruknya sikap aku hingga mengguris hati abang. Aku kena pujuk, didik diri aku supaya sikap yang negatif itu aku kikis perlahan-lahan dari diriku. Tapi, tak tahu le jadi ke tak setakat ini.

Sebenarnya, asas perhibungan sesama individu telah digariskan dalam Islam. Sabar, muhasabah, berubah kepada yang lebih baik, hormat menghormati, mengetahui dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, saling bertolak ansur, dan banyak lagi telah digariskan oleh Islam. Malah ia sepatutnya dipraktikkan terhadap semua individu. Dan ia amat penting diadaptasikan dalam sebuah rumah tangga kerana di sini bermulanya pendidikan asas individu. Kalau suami isteri tak mengamalkannya, bagaimanakah anak-anak kelak boleh mempraktikkannya???

So, sama-samalah kita mengamalkan akhlak Islam terutama dengan pasangan kita dan umumnya dengan masyarakat sekeliling. Peringatan ini ditujukan khas untuk diri sendiri.

Buat tiga orang sepupuku yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing sekitar bulan 6&7 ni, InsyaAllah honey akan memenuhi jemputan semua. Dan sediakanlah diri kalian dengan ilmu rumahtangga, emosi dan spiritual yang mencukupi. Doakau, semoga rumahtangga kita semua akan kekal hingga ke akhir hayat. InsyaAllah ditemukan pula di syurga kelak.

Kembali Bersua

Lama betul tak menulis. Kekadang tu, jenguk jugak blog ni. Tapi tak berkesempatan nak update, sama ada masa yang singkat atau takde mood nak mengarang.

Alhamdulillah, sekarang keadaan aku stabil. Aku punya selera makan dah bertambah. Makan sikit-sikit. Tapi cepat betul rasa lapar. Kembung perut tu biasa. Seksa jugak. Tak makan, lapar. Makan pulak, rasa sebu perut.

Dalam post yang terdahulu, aku ade kata aku nak bekerja. Tapi, nampaknya hasrat aku masih terkubur. Dan aku terus menjadi penanti setia di rumah. Pengurusan sekolah tak amik guru ganti. Takpe lah... Cuma yang aku takut, kehidupan aku memanjang di rumah akan menyebabkan aku menjadi seorang yang pasif, tak aktif, malas. Malah setakat ni, semangat aku untuk menulis disertasi master merudum. Baca dua tiga muka buku, berhenti tengah jalan. Bilalah aku nak siapkan master aku ni???