Anak murid.. oh anak murid..
Hari ni ada anak murid aku yang bergaduh. Sebenarnya biasa la tu. Tiap2 hari aku dengar aduan dari anak2 murid aku tentang pergaduhan mereka. Kalau yang kecil2 tu aku buat dono je. Kalau dilayan terus, boleh jadi tak betul aku. Setiap minit ade je yang cakap, 'mu'allimah, (di sekolah setiap guru dipanggil mu'allimah kecuali teacher) dia pukul saya', 'mu'allimah, dia curi pensel saya', 'mu'allimah, dia tak nak baik dengan saya'. Kekadang tu aku rasa nak marah balik je pada yang mengadu tu. Tapi, sabar je la.
Kalau pergaduhan sehingga melibatkan tangisan, atau waktu aku rasa nak layan aduan2 anak2 murid aku tu, aku akan panggil kedua2 yang bergaduh ke depan. Aku akan suruh pelajar lain tengok kawan diorang yang bergaduh tu. Then, aku akan tanya pelajar2 lain.
Aku: Allah sayang kamu semua tak?
Anak2 murid : Sayang
Aku : Macam mana Dia sayang?
Anak2 murid : Dia bagi mata, telinga, hidung .... bla.. bla.. bla..
Aku : Pandai semua. Kamu semua sayang Allah tak?
Anak2 murid : Sayang
Aku : Kalau sayang Allah kene buat macam mane?
Anak2 murid : Kene jadi baik
Aku : Ok, kat depan kamu semua ni contoh yang baik ke?
Anak2 murid : Tak
Aku : Kamu semua nak contoh dua orang ni ke?
Anak2 murid : Taknak
Aku cakap pada dua orang kat depan tu 'Awak dua orang suka jadi macam ni?' Dengan kepala yang tertunduk, mereka menggeleng kepala. (Haa.. tahu pun takut kat aku.. heee ;-)) Kemudian aku akan tanya siapa yang salah, siapa yang buat dulu. Biasanya diorang tak jawab, tp, kawan diorang yang duduk kat tempat masing2 yang sibuk memberitahu aku. Kalau yang mulakan dulu, aku akan nasihatkan perbuatannya tu tak baik. Yang kene pula aku nasihatkan supaya bersabar. 'Kan masa akhlak tadi mu'allimah dah ajar, akhlak Rasulullah ialah sabar. Kita mesti mencontohi Rasulullah'. Kalau yang menangis lelaki, aku akan katakan 'Lelaki kuat, mana boleh nangis'.
Dah bagi ceramah dua tiga patah kata, aku pun denda ketuk ketampi. Dua2 kena. (aku sebenarnya takde idea nak denda apa) Lepas tu aku akan suruh dua orang ni bersalaman sambil kata 'Maafkan saya' 'Saya maafkan awak'. Lepas salam kena peluk. Aku tak tahu sejauh mana mesej yang aku nak sampaikan supaya mereka berbaik sesama manusia jatuh meresap ke dalam hati diorang.
Aku masih ingat masa aku kecil2 dulu. Setiap kali aku gaduh ngan adik aku, mak akan ikat kami berdua di tangga, (rumah aku 2 tingkat) sehingga aku dan adik senyap. (dari menangis sbb gaduh sampai tarik rambut, menangis) Lepas tu mak aku suruh kami berjanji supaya tak buat lagi. Mak akan suruh kami salam, minta maaf, maafkan, dan peluk. Dan itu jugalah aku cuba praktikkan kepada anak2 murid aku. Aku taknak hanya menghukum tetapi tidak dapat memberi mereka pengajaran di sebalik hukuman yang aku berikan. Aku nak aku buat denda yang rasional dan mereka tahu mengapa mereka didenda. Tapi aku tahu, apa yang aku buat tak mungkin akan dapat hasilnya dalam sebulan dua. Yang pastinya aku akan terus sabar dan berusaha. Kata kawan aku, aku akan sayang pada anak2 murid aku suatu hari nanti.
Selepas kawan mereka didenda, aku lihat muka anak2 murid aku secara keseluruhan. Nampak mereka boleh menerima apa yang aku lakukan, dan mereka tahu mereka tak boleh main2 dengan guru mereka yang sorang ni. Dan aku pun melangkah ke pintu keluar setelah memberi salam.
....."Mu'allimah, dia tak nak baik dengan saya"..... (Ya Allah... aku tak dan lagi keluar kelas. Tak makan saman rupanya budak2 ni. Ieee... )
2022 IN WORDS
1 year ago
0 comments:
Post a Comment