CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 29, 2004

Selamat Bercuti..

4 hari cuti, macam2 boleh buat. Best sekali, kalau dapat gi berjalan2 keluar dari situasi dan angin rumah. Esok, sepupu aku yang sebaya aku kat KL akan bernikah. Aku bila lagi? Heee :-D Persoalan yang tak boleh aku jawab. Bukan taknak, tapi tak dapat aku jawab. Rancangan awalnya, kami sekeluarga akan pergi bersama2 ke rumah pengantin. Dan setakat saat ini, rancangan ni tak berubah. Tapi, tak tahu le kalau last minit ade perubahan.

Apa pentingnya perancangan? Apabila merancang, pelbagai perkara dapat disediakan dengan baik. Contohnya nak kahwin pada umur 27. So, kene rancangkan masa tu dah ade rumah ke? kereta ke? peralatan rumah ke? duit simpanan untuk bekalan anak2 dah ada ke? dah tolong mak ayah ke? adik2 sendiri macam mana?adik dah umur berapa? pelajaran mereka macam mana? diri sendiri kena kerja apa? dapat gaji berapa?

Dengan adanya perancangan2 ni, penggunaan masa dapat dioptimumkan. Peluang muda, senang, lapang, hidup, sihat bukan peluang2 yang patut dibazirkan. Sedangkan tugas dan tanggungjawab begitu banyak tapi tak disedari kerana tiada perancangan.

Tapi, dalam keluarga aku, aku rasa hampir tiada perancangan. Mungkin ada di kalangan mak dan ayah. Tapi tidak antara mak ayah dan anak2. Aku pun tak mahu menunding jari menyatakan kelemahan orang lain. Tapi itulah yang berlaku dalam keluarga aku. Mak dan anak2 memang selalu berbincang dan merancang. Tapi, selalunya last minit akan berubah dengan satu kuasa veto. Dan selalunya sesuatu perkara berlaku tanpa perancangan awal. Contohnya, esok nak balik kampung, hari ni baru decide the dicision.

Kadang2 aku tak suka dengan keadaan macam ni. Sebab, mungkin aku ada rancangan lain, tapi bila last minit ade keputusan lain, terpaksa la aku ikut. Aku ni anak yang baik. Sentiasa ikut cakap mak dan ayah. Lama kelamaan, aku dah rasa lali dah dengan benda2 last minit dalam rumah aku. Jadi, diri aku dah bersedia dengan apa2 keputusan veto tanpa perancangan yang terperinci apatah lagi perbincangan. Walaupun kadang kala keputusan yang aku terima tu, sedih.

Didikan yang sebegini menyumbangkan sedikit sebanyak kepada pembentukan sikap aku pada hari ini. Aku tidak pandai mengambil sesuatu peluang dan merancangnya supaya memberi satu impak yang baik kepada diriku. Aku masuk universiti dan menamatkan pengajian tanpa perancangan untuk dapat berapa point setiap semester. Impian tu ada, tapi perancangannya amat sedikit.

Keluar universiti pun macam tu jugak. Aku masih lagi dengan sikap menjalani kehidupan seperti biasa dengan apa yang ada dan apa yang aku hadapi dalam hidup sehari-harian. Hanya menerima, tapi tak berusaha mencari.

Tapi, kalau aku duduk memikirkan dan merancang kehidupan aku, jangan main2. Aku akan detailkan perancangan aku. Tapi perlaksanaannya, aku rasa tak sampai 50%. Sebenarnya, aku boleh jadi seorang perancang yang baik. Masa sertai beberapa aktiviti kat universiti dulu, bab menetapkan tarikh dateline, memperincikan tugas memang aku pakar. Tapi bila sampai bab laksanakan, boleh le tahan banyaknya yang tak terlaksana. Teruk betul aku ni.

Ntah la. Kadang2 aku rasa bosan untuk merancang, sebab selalunya tak menjadi. Tapi, sepatutnya aku mesti terus berusaha merancang, melaksanakan perancangan. Mesti melakukannya walau setiap perancangan aku tertakluk pada perancangan Allah.

Bila la aku nak pandai merancangan ni?...

Wednesday, April 28, 2004

Life is go on seperti biasa..

Hahaha... :-D malam tadi terbongkar rahsia bahawasanya bukan aku sorang je dalam adik beradik yang menghadapi pemberontakan jiwa di alam remaja. Pecah tembelang adik2 aku. Ade yang hingga rasa nak lari dari rumah. Kih kih kih... Dasyat juga rupanya penangan jiwa remaja bila tidak dibatasi atau dikuasai dengan ilmu dan agama.

Tak hairanla bila akal kurniaan Allah tidak digunakan dengan sebaiknya untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu perkara, tiada landasan agama untuk berpegang, ramai remaja yang mempersia-siakan usia muda daripada beramal dan berbakti. Sebaliknya mereka lebih terpedaya dengan hasutan hawa nafsu yang sentiasa menyuruh meluahkan perasaan 'memberontak' tu.

***********************************

Aku paling suka mengajar Pendidikan Seni. Bukan sebab pelajaran tu paling mudah. Tapi, kerana aku amat suka melihat anak2 murid aku begitu excited bila time pend. seni. Diorang gembira sehingga melompat-lompat bila melihat kelibat aku. Aku pun dari jauh dah tersenyum lebar melihat gelagat mereka.

Kalau ikutkan, masa pendidikan seni, suara aku hampir hilang ditelan dek suara anak2 murid aku yang asyik bertanya. "Mu'allimah, buat mcm ni ke?" "Mu'allimah, tak reti la nak buat." Dari segenap penjuru kelas akan kedengaran laungan frasa2 tu. Macam mane nak reti buat. Aku tak dan lagi nak terangkan camne nak buat. Ataupun kekadang, aku dah berpuluh-puluh kali terang benda yang sama, diorang still tanya untuk dapatkan ke'konfidenan'.

Ada 3 kelas yang aku ajar pend. seni. Setiap kelas ada tahap kreativiti masing2. Aku suka melihat mereka meluahkan kretiviti masing-masing melalui cara melukis, mewarna, melakukan kerja2 seni yang aku suruh. Dan, mereka punya kreativiti kekadang lebih baik dari aku. Gelagat2 mereka membuatkan aku tersenyum sendirian. "Haa.. pandai pun." puji aku pada anak2 murid.

Kekadang datang persoalan di hati aku. Bagaimana cikgu2 lain boleh bertahan dengan kerenah murid kelas yang aku jaga terutamanya? Aku sendiri kadang2 rasa tak tahan. Kesian kat suara aku. Aku tak pernah le lagi rasa marah kat bebudak tu. Tapi aku rasa geram dengan diorang ni. Dah puas aku melaung supaya duduk diam, tahannya tak sampai lima minit. Aku ke yang tak pandai mengambil perhatian murid2 aku?

Antara sekolah menengah dan sekolah rendah, mana yang lebih susah untu dididik? Antara darjah satu dengan tingkatan satu, mana lebih susah untuk dididik? Aku bukan maksudkan pelajaran yang ada dalam sukatan. Tapi, menDIDIK dalam erti kata kemanusiaan.

Tuesday, April 27, 2004

Aku dan zaman awal remaja

Aku dulu boleh dikatakan anak yang paling banyak membawa kesedihan kepada mak aku terutamanya. Aku selalu membuat keputusan yang lebih memihak kepada rakan2. Aku selalu mengetepikan kata2 mak. Walaupun takle membantah atau menjawab arahan mak. Tapi, perbuatan aku sering kali menyesakkan hati mak.

Ketika itu, diri aku buta. Aku tak nampak hikmah yang tersimpan di sebalik larangan2 mak. Aku tak pandai menilai, tak tahu memikirkan rasionalnya setiap tindakan mak. Yang aku rasa ketika itu, mak seolah2 tak sayang aku. Mak lebih sayangkan adik2 berbanding aku. Perasaan aku, aku luahkan dalam diari. Tapi mak tahu juga ape yang aku tulis.

Bila usia aku dah menginjak ke 20 an, baru aku lihat, nilai kembali kehidupan2 zaman awal remaja dan zaman remaja aku. Aku kira satu persatu perbuatan aku yang telah aku perolahi balasannya di depan mata, tapi aku tak sedar waktu tu.

Aku melihat diri aku yang satu lagi di dalam merupakan seorang yang liar. Ada unsur2 memberontak. Tapi pemberontakan tu masih terkawal dan terpendam. Nilai2 agama yang mak dan ayah terapkan masih mampu mengawal diri aku.

Dan aku lihat banyak hikmahnya bila setiap tindakan mak dan ayah aku patuhi walaupun dalam keadaan terpaksa dan memberontak dalam hati. Kalau tak, aku pun tak tahu apa yang akan jadi dengan aku pada usia sekarang.

Aku duduk kat asrama dari form 1 hingga form 3. Masa tu aku rasa hanya kawan2 yang memahami diri aku. Aku amat sayangkan kawan2 sekolah menengah rendah. Sekali-sekala balik ke rumah, mak marah kalau aku buat tak betul, aku rasa mak tak sayangkan aku (masa tu le).

Masa tu juga aku rasa mak tak faham jiwa remaja aku. Kalau kawan2 minta tolong aku, senang je aku buat. Tapi kalau mak suruh, ade je alasan yang muncul dalam hati aku. Tapi tak terluah le. Aku ingin dipandang baik oleh kawan2.

Mula2 dulu, aku sebenarnya tak suka sangat masuk sekolah agama. Tapi aku turutkan juga kehendak mak dan ayah. Aku juga amat tak suka berpindah ke Kelantan lepas PMR. Pulak tu tak dapat masuk sekolah yang ada aliran sains. Padahal result PMR aku terbukti aku layak utk masuk kelas sains dan aku nak sangat amik aliran sains.

Dulu aku anti sesangat dengan Kelantan (mungkin terpengaruh dengan media). Walhal ayah aku orang Kelantan. Setiap kali balik kampung, raya, aku akan berbangga dengan ‘loghat luar’ aku dan mengatakan aku tidak akan sekali-kali ‘kecek Klate’. Tak sedar diri ada darah Kelantan.

Bila aku nilai balik, aku amat bersyukur aku dibesarkan begini. Kalau aku tak sekolah agama dan dibesarkan pula di bandar2 yang ‘tak sesuai’ dengan jiwa aku yang cenderung pada kawan2 pada ketika itu, pasti aku tak akan jadi seperti aku pada hari ini.

Allah sayangkan aku. Kerana itu Dia mengatur hidupku sebegini. Dia uji aku dengan kelemahan jiwa. Tapi, Dia beri aku kekuatan agama. Dia nak aku pandai mengimbangkan antara tuntutan nafsu dan iman.

Aku bersyukur, setakat ni aku tak pernah memberontak dengan perlakuan yang melampaui batas (atau mungkin aku tak sedar ade sikap aku yang melampau batas pada pandangan mak).

Itulah aku dulu. Jiwa kecil. Belum kenal dunia. Akhirat juga masih samar2. Orang lain jangan contohi aku.

Segala puji bagi Allah. Terima kasih mak. Maafkan aku…

Yea.. yea.. dah dapat gaji…

Haa.. ini le untungnye jadi guru ganti bukan di sekolah kerajaan. Tak le tertangguh gaji aku. Hee.. :-) aku pun tak tahu nak kata apa. First time aku terima gaji hasil dari kerja sendiri. Berapa? Oh.. tu rahsia. Aku pun bukan kisah sangat berapa2 yang aku dapat. Aku tak tahu cemne nak describe aku punye perasaan. Biasa je rasanya. Cuma yang berbezanya, aku dah kira2 camne nak habiskan duit ni. Heee… ;-)

Separuhnya aku nak bagi kat mak. Separuh lagi buat kegunaan aku. Aku ni kedekut sket. Jarang sangat le aku belanja adik2 aku. Tapi masa kat univ, kat sekolah dulu, aku ni dikira pemurah juga le. Tak berkira sangat. Senang nak kuar duit. Tapi bukan le pada tempat yang tak tentu arah.

Kalau belanja kawan, baru sorang. Berapa ringgit sangat le yang keluar. Aku pun tak berani nak belanja ramai2. Tapi, kalau belanja adik2, sekali belanja kene belanja untuk 7 kepala. Wah.. terus kopak duit aku. Sekelip mata keluar berpuluh2 ringgit. Tak sanggup lagi rasanya. Mungkin adik2 kene tunggu aku dapat gaji 4 angka.

Tunggu…

Monday, April 26, 2004

Aku nak mengadu..

Aku bengang betul kat sekolah tadi. Mula2 aku tak tahu nak luah kat sape ape yang terpendam dalam hati. Kalau ceritakan dekat cikgu sekolah, tak pasal2 kang jadi gosip pulak. Tapi geram dalam hati tak terkata. Tetiba teringat kat blog. Haaa... aku dah jumpa tempat unuk luah perasaan.

Pagi2 biasanya aku akan makan dulu sebelum sekolah bermula jam 7.30 pg. Tapi pagi tadi aku tak rasa lapar sangat. Aku ingat, beli nasi bungkus kat gerai depan sekolah, nanti ada masa free class 30 minit pukul 9 pg, aku akan makan pagi. Tapi nampaknya rancangan aku gagal. Aku makan pagi pukul 12 tghr. Mungkin perut lapar dan kepenatan berkejar ke sana ke mari menyebabkan emosi aku cepat terusik.

Pagi tadi ada operasi imunisasi krokol dan campak oleh kementerian kesihatan. Terkena pulak masa aku free class. So, sebagai guru kelas, aku kene la tengok anak2 murid aku. Awal2 lagi anak2 murid kelas aku dah disuruh guru HEM supaya beratur di luar kelas operasi dijalankan.

Aku rasa tak berapa betul sangat sistem tu. Sepatutnya lepas satu kelas demi satu kelas baru le tak buang masa. Ni semua pelajar darjah 1 yang ada 4 kelas disuruh beratur. Apa lagi, berterabur le diorang ni bila dah jumpa gu.

Ok, takpe la. Aku pun tak amik pusing sangat. Cuma sakit le sikit buat aku nak jaga murid2 kelas aku. Maklum le kelas akhir sekali. Nakalnya bukan main lagi. Suruh beratur elok2, tahan seminit. Lepas tu tak tahu ntah ke mana barisannya. Dua tiga kali aku suruh buat barisan, last sekali aku biarkan je. Asalkan diorang masih di bawah pemerhatian aku. Guru2 lain nak kate ape2 pun, lantak le. Haa.. cuba diorang yang jaga murid2 aku yang tak makan saman tu.

Murid2 kelas sebelah kelas aku keluar selepas murid2 aku keluar. Sepatutnya guru yang bertanggungjawab ialah guru yang mengajar pada waktu tersebut. Kebetulan aku free, takde kelas, so, aku pun tak care sekali le kelas aku.

Murid2 aku beratur di pintu belakang kelas. Guru mengajar yang bawa. Aku pun tak kisah le sebab aku tengok pintu depan penuh dengan pelajar darjah 2 beratur untuk dapatkan suntikan campak.

Yang aku bengangnye, murid2 kelas aku dah beratur awal lagi. Tetiba guru kelas sebelah dah bawa murid2nya yang sebelum tu beratur belakang murid2 aku ke pintu depan. Masya Allah... Bengangnye aku. Aku tahu le aku ni guru baru dan tak tahu saluran mana yang perlu guna untuk bawa anak murid aku. Guru senior yang mengajar kelas aku waktu tu pun, buat dek je, jadi aku ingat lepas ni dia akan handle le murid2 aku.

Aku tahu le aku ni budak baru belajar. Tapi jangan buat aku macam ni. Kalau orang korang dipotong ketika berbaris bayar bil pun tentu korang marah. Haaa... ni kene potong dek 30 orang. Aku kesian anak murid aku yang dah berpanasan. Aku pun dah tak boleh kawal supaya diorang duduk diam.

Kalau aku salah pintu, sepatutnya beritahu aku. Kalau dah tiba giliran kelas aku, tegur le aku. Aku tak berganjak sebab aku tengok kat jururawat2 tu masih ramai pelajar2 kelas lain. Kalau aku masuk juga kelas tu, akan menambahkan lagi keserabutan dalam kelas tu. Baik le aku bebaskan anak2 murid aku main kat luar dulu. Sekurang2nya perasaan takut nak kene suntik berkurangan.

Sebenarnya sejak awal masuk sekolah tu lagi aku dah tak boleh pegi ngan guru kelas sebelah tu (kak xxx). Aku selalu perasan kak xxx pandang selalu pandang aku semacam. Dia macam tak suka aku je. Dan selalu sindir aku seolah-olah aku tak pandai buat kerja. Ada ketikanya kalau aku bercakap dengan dia, dia buat tak tahu je.

Aku memang tak suka layan perasaan aku yang macam tu. Sebab aku tahu, selagi aku tak kenal dia, aku tak boleh menilai dia. Tapi tu le hati ni. Tak reti2 nak bersabar dengan kerenah manusia. Tu pun secara luarannya aku ni kira sabar le.

Tapi bila dah sampai tahap ni, aku rasa aku kene luahkan perasaan tak enak aku ni. Aku amat sedar yang aku ni tak pandai. Tapi kalau ada orang yang memperbodoh-bodohkan aku, aku cukup tak suka. Aku adalah seorang manusia yang terbuka, yang boleh terima sebarang teguran dan ajaran yang amat aku alu2kan.

Aku tak suka orang perlekehkan aku. 'Ala.. dia tu orang baru. Mana dia tahu.' Haa.. kalau dah tahu aku ni orang baru, ajar le aku, tegur le aku. Kadangkala aku juga tak nampak @ tak tahu apa yang aku tak tahu. Tapi selagi aku nak tanya, aku akan tanya.

Bagi aku, tak kira aku ni orang baru ke orang lama ke. Kalau sesuatu tugas tu adalah tanggungjawab aku, maka aku akan melakukannya sebaik mungkin. Tapi tentu le kena ada bimbingan, bantuan. Aku bukannya tahu segala-galanya.

Aku tak suka pada sikap memandang orang lain lekeh, tapi tak pernah nak tanya, nak bimbing, nak tegur orang tu terhadap kesilpan2nya dan tugas2nya.

Perlu ke aku pegi jumpa kak xxx secara berdepan untuk berbincang dengan dia apa yang dia tak setuju dengan aku, dan apa yang aku tak setuju dengan dia? Sebelum ni aku abaikan apa yang aku rasa sebab aku terima semua manusia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setiap manusia memiliki perangai tersendiri. Tapi aku taknak terus hidup dalam berperasangka. Sepatutnya aku dan dia boleh sentiasa berbincang. Kami sama2 guru kelas tahun 1.

Emosional ke aku ni? Bukan tu je yang berlaku kat sekolah tadi. Ade le dua tiga perkara lagi yang buat aku bengang. Bila dicampur2 jadi le aku seorang yang sabar. Perasaan bengang hanya dalam hati. Aku tak mengamuk pun. Cuma dalam hati aku ni pelbagai perbincangan sedang berlangsung.

Wow.. panjangnye entry aku kali ni. Ntah ape2 le yang aku luahkan kali ni. Lantak le...

Sunday, April 25, 2004

Diary to Blog

Dulu, masa aku kecik2, kalau tak silap antara 12 tahun ke 15 tahun usia aku, aku selalu menulis diari. Walaupun dalam satu tahun tak pernah sekali pun diari aku lengkap. Ade la lompang2nya. Aku luahkan perasaan aku ketika itu dalam diari. Ape yang aku tak puas hati dengan mak aku, aku tulis dalam diari. Apa yang bermain dalam hati aku, aku catatkan juga. Mak kate, aku ni 'semonel'. (aku tak faham maksud semonel tu ape. yang aku tahu ia lebih kurang macam manja gitu. aku ingatkan bahasa terengganu kot. sebab mak aku org t'ganu. hingga one day, aku terjumpa perkataan ni juga digunakan oleh mak andeh masa dia tulis komen kat blog kak wynn. oooo... rupa2nya semonel tu maksudnya : sensitif + emosional. baru le aku faham)

Sekarang aku dah berenti tulis diari. Lama dah sebenarnya aku tak tulis diari. Sejak aku tahu rumah aku takde tempat yang selamat utk simpan diari @ barang2 rahsia, melainkan bilik mak. Ish.. takkan le aku nak simpan diari aku kat bilik mak. Tempat lain semuanya akan digeledah. Ala.. diorang bukan beritahu aku diorang baca diari aku. Tapi aku tahu le bila kain baju aku berubah kedudukan - kalau aku simpan diari kat dalam almari baju -, ada sindiran2 diorang yang aku - macam aku tahu je ayat ni -. Sebab tu, kat dalam rumah aku takde rahsia. Ape2 hal pun, akhirnya akan terbongkar juga. Yang bezanya cepat dan lambat je.

Bila aku suarakan aku nak tulis blog, mak terus bagi galakan. Sebab mak aku tahu aku boleh menulis. (ye ke???) Berbanding adik2 aku yang lain le. (ye ke??? dulu adik yang bawah aku ade jurnal sendiri. tp sekarang dah tutup) So, aku pun mulalah menulis blog. Tapi, sudah tentu cara tulis blog ngan tulis diari lain. Mungkin juga ada sedikit persamaan. Tengok le dulu, mcm mane aku karang ayat2 yang aku tulis.

Anak murid.. oh anak murid..

Hari ni ada anak murid aku yang bergaduh. Sebenarnya biasa la tu. Tiap2 hari aku dengar aduan dari anak2 murid aku tentang pergaduhan mereka. Kalau yang kecil2 tu aku buat dono je. Kalau dilayan terus, boleh jadi tak betul aku. Setiap minit ade je yang cakap, 'mu'allimah, (di sekolah setiap guru dipanggil mu'allimah kecuali teacher) dia pukul saya', 'mu'allimah, dia curi pensel saya', 'mu'allimah, dia tak nak baik dengan saya'. Kekadang tu aku rasa nak marah balik je pada yang mengadu tu. Tapi, sabar je la.

Kalau pergaduhan sehingga melibatkan tangisan, atau waktu aku rasa nak layan aduan2 anak2 murid aku tu, aku akan panggil kedua2 yang bergaduh ke depan. Aku akan suruh pelajar lain tengok kawan diorang yang bergaduh tu. Then, aku akan tanya pelajar2 lain.

Aku: Allah sayang kamu semua tak?
Anak2 murid : Sayang
Aku : Macam mana Dia sayang?
Anak2 murid : Dia bagi mata, telinga, hidung .... bla.. bla.. bla..
Aku : Pandai semua. Kamu semua sayang Allah tak?
Anak2 murid : Sayang
Aku : Kalau sayang Allah kene buat macam mane?
Anak2 murid : Kene jadi baik
Aku : Ok, kat depan kamu semua ni contoh yang baik ke?
Anak2 murid : Tak
Aku : Kamu semua nak contoh dua orang ni ke?
Anak2 murid : Taknak

Aku cakap pada dua orang kat depan tu 'Awak dua orang suka jadi macam ni?' Dengan kepala yang tertunduk, mereka menggeleng kepala. (Haa.. tahu pun takut kat aku.. heee ;-)) Kemudian aku akan tanya siapa yang salah, siapa yang buat dulu. Biasanya diorang tak jawab, tp, kawan diorang yang duduk kat tempat masing2 yang sibuk memberitahu aku. Kalau yang mulakan dulu, aku akan nasihatkan perbuatannya tu tak baik. Yang kene pula aku nasihatkan supaya bersabar. 'Kan masa akhlak tadi mu'allimah dah ajar, akhlak Rasulullah ialah sabar. Kita mesti mencontohi Rasulullah'. Kalau yang menangis lelaki, aku akan katakan 'Lelaki kuat, mana boleh nangis'.

Dah bagi ceramah dua tiga patah kata, aku pun denda ketuk ketampi. Dua2 kena. (aku sebenarnya takde idea nak denda apa) Lepas tu aku akan suruh dua orang ni bersalaman sambil kata 'Maafkan saya' 'Saya maafkan awak'. Lepas salam kena peluk. Aku tak tahu sejauh mana mesej yang aku nak sampaikan supaya mereka berbaik sesama manusia jatuh meresap ke dalam hati diorang.

Aku masih ingat masa aku kecil2 dulu. Setiap kali aku gaduh ngan adik aku, mak akan ikat kami berdua di tangga, (rumah aku 2 tingkat) sehingga aku dan adik senyap. (dari menangis sbb gaduh sampai tarik rambut, menangis) Lepas tu mak aku suruh kami berjanji supaya tak buat lagi. Mak akan suruh kami salam, minta maaf, maafkan, dan peluk. Dan itu jugalah aku cuba praktikkan kepada anak2 murid aku. Aku taknak hanya menghukum tetapi tidak dapat memberi mereka pengajaran di sebalik hukuman yang aku berikan. Aku nak aku buat denda yang rasional dan mereka tahu mengapa mereka didenda. Tapi aku tahu, apa yang aku buat tak mungkin akan dapat hasilnya dalam sebulan dua. Yang pastinya aku akan terus sabar dan berusaha. Kata kawan aku, aku akan sayang pada anak2 murid aku suatu hari nanti.

Selepas kawan mereka didenda, aku lihat muka anak2 murid aku secara keseluruhan. Nampak mereka boleh menerima apa yang aku lakukan, dan mereka tahu mereka tak boleh main2 dengan guru mereka yang sorang ni. Dan aku pun melangkah ke pintu keluar setelah memberi salam.

....."Mu'allimah, dia tak nak baik dengan saya"..... (Ya Allah... aku tak dan lagi keluar kelas. Tak makan saman rupanya budak2 ni. Ieee... )

Saturday, April 24, 2004

Cita-citaku sebenar…

Aku sebenarnya nak sangat jadi pensyarah. Itu cita-citaku sejak di bangku sekolah. Sehingga kini ia tak pernah berubah. Kenapa nak jadi lecturer? Maybe ikut jejak langkah mak aku kot. Dalam diri aku sendiri, aku sebenarnya tak berapa suka @ pandai layan budak2. So, aku tak tahu sangat diorang punya feel dan kehendak.

Tapi masa kat universiti dulu, aku amat suka kalau rakan2 menjadikan aku sebagai tempat diorang mengadu, tempat luah perasaan, dan aku akan ceritakan pengalaman2 aku pada diorang sebagai nasihat (walaupun aku ni bukan le baik sangat & pandai sangat untuk nasihatkan orang). Aku rasa aku dekat dengan golongan remaja. Tapi tak tahu le ape pandangan orang pada aku.

Aku rasa aku lebih dapat menjiwai masalah dan perasaan remaja. Mungkin sebab masa aku remaja, aku tahu dan dapat rasa perasaan aku sendiri. Berbanding masa aku kanak2, aku manelah ingat perasaan aku masa tu. Dan mungkin disebabkan jiwa aku yang sebegini, aku lebih cenderung untuk menjadi seorang pensyarah.

Now, aku jadi guru. Hari-hari yang berlalu aku cuba menyelami sedikit demi sedikit perasaan budak-budak. Kerenah mereka yang suka mengadu. Yang masih belum tahu macam mane nak beradab dengan guru. Alhamdulillah, takde anak2 murid aku, darjah 1 & 2 yang tendang aku ke, tengking aku ke, biadap terhadap aku.

Aku rasa masa nilah masa yang paling sesuai untuk aku memberi input yang baik2 kepada budak2 tu. Supaya besar nanti, mereka pandai menghormati kemanusiaan. Dan inilah tugas aku yang mencabar. Macam mane aku nak sampaikan kat anak2 murid aku tentang ketuhanan, akhlak2 mulia?

Mak kata, aku kena kreatif supaya setiap masa yang terluang tidak dibazirkan begitu sahaja. Maklum le, kat sekolah berapa jam sangat yang ada..

Fasa pertama..

Alhamdulillah, akhirnya aku selesai melakukan sedikit perubahan untuk fasa pertama. Guest book dah ade. Tag board pun dah disediakan. So, sesape yang tersinggah kat sini. Sila-silalah sign guest book aku. Kalau ade sebarang komentar, sebarang tunjuk ajar buat aku yang baru belajar ni, sila-silalah tulis. Jangan malu-malu.

First time jadi guru..

Baru 2 minggu aku menjadi seorang guru ganti. Inilah first time aku menjadi seorang guru secara formal. Kalau guru tak formal pada adik2 aku tu dah lame dah (lama tak lama pun baru 3 bulan jer). Tapi aku tak tahan jadi guru kat adik aku. Payah nak disiplin kan diorang. Aku dah buatkan jadual pun bukannye ikut. Buat letih aku dok mengejar diorang study tiap kali sampai waktu yang sepatutnye diorang study.

Sampai satu tahap aku terpaksa bawa diorang gi library untuk buat kerje sekolah. Bukan ape, semata2 nak bawak diorang keluar dari suasana rumah. Kat rumah diorang asyik nak main. Haa.. rasakan bile aku bawak gi library. Terpakse le diorang dok tegak kat kerusi. Senyap buat kerje sekolah.

Ok… berbalik pada pengalaman aku jadi guru untuk tempoh 2 minggu. Actually, this is my first job. Aku tak pernah kerje ape2 pun sebelum ni. Tetiba aku kene pule berdepan dengan budak darjah 1. Aarrgghh.. aku ni bukan le jenis sabar dan pandai layan budak. Kat rumah pun aku tak rajin sangat layan adik2 aku yang kecik2 tu. Mak aku pun cakap aku takde talent jadi guru tadika.

First day aku kat sekolah, aku tak tahu nak senyum ke nak buat garang. Nak buat garang, kat rumah pun aku tak le garang sangat. Malah adik2 ade je yang ketawa tengok muka aku walaupun time tu diorang tengah marah. Camne ye nak buat garang? Mak, adik2 kate aku kene tegas. Tapi, tegas tu macam mane ye? Serba salah aku dibuatnya.

Ok, takpe le, hari pertama. Alhamdulillah takde ape2 yang teruk berlaku. Cuma suara aku yang kuat ni teruji lah jugak. Selama ni, aku boleh berbangga tergolong dalam orang yang boleh keluarkan suara kuat. Haa.. sekarang tercabar aku. Mana taknye, aku ganti guru kelas darjah satu yang akhir sekali. Perit tekak aku bagi arahan berpuluh2 kali sehari supaya anak2 murid aku diam dan duduk kat tempat duduk masing2.

Bila aku cakap ngan guru2 senior kat sekolah tu. Depa kata fisrt day kene tegas. Bebudak tuh nak uji sejauh mana diorang boleh mempermainkan guru baru. Kira ok le aku ni. Walaupun first time, anak2 murid aku nampak mcm susah sangat nak kawal, bila masuk hari kedua aku dah mula boleh kawal diorang. Dan diorang ni tak le menyusahkan aku sangat. Cabaran kerja tu biasa le. Kat mane2 pun kene berusaha menyesuaikan diri ngan kerja.

Hari pertama lagi ada yang dah kene rotan ngan aku. Aku suruh diorang duduk diam dan jangan berlari dalam kelas. Kalau berlari, aku pukul kaki dengan rotan. So, aku cakap, aku kene lah buat.

Kesian anak2 murid aku, first day dah kene rotan..


Thursday, April 22, 2004

Ishk.. macam mane nie

Ini le kerenah budak baru belajor. Macam mane yek nak buat guest book. Apesal le asyik tak jadi je. Ke aku yang memang salah buat.


honey744

kenapa aku pilih honey 744? Sebenarnye ada sesuatu yang nak aku kenangkan di sebalik nama ini. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga kembangan yang cukup harmoni. Aku amat gembira berada dalam keluarga 744. Kenapa 744? Haa.. ini le sejarah keluarga kembangan aku.

Ia bermula dari sebuah rumah kampung yang bernombor 744. Di sini emak aku dan adik beradiknya dibesarkan. Di sini juga emak aku diijabkabulkan dengan ayah. Di sini aku mula mengenal emak saudara, ayah saudara, sepupu sepapat. Di rumah inilah juga aku pernah melihat adik beradik mak aku bertekak mempertahankan pendapat masing-masing. Di sini aku mengenal erti kekeluargaan yang sangat besar maknanya. Di sini aku mula menilai kehidupan.

Mak2 dan ayah2 saudara aku, aku klasifikasikan sebagai orang2 yang berfikiran terbuka. Setiap kesalahan dimaafkan dan sentiasa digalakkan untuk memperbaiki kesilapan. Aku gembira, walaupun aku tak mampu menjadi rakan-rakan baik sepupu2ku kerana jarak memisahkan, tapi mereka menerima aku dengan baik.

Di entry yang seterusnya. Akan kuceritakan peristiwa2 yang memberikan aku kegembiraan sepanjang hidupku dalam keluarga 744..


Assalamualaikum wr wbt..

Kali pertama aku cuba membuka blog sendiri. Aku pun tak tahu sejauh mana keberjayaan blog aku. Cuma niat aku hendak meluahkan ape yang terbuku di hati dalam bentuk penulisan. Mungkin sekadar melepaskan perasaan, mengeluarkan ilmu yang ada. Mungkin juga boleh dikongsi bersama pengunjung. Entah.. Aku pun tak pasti. Yang pastinya, aku tertarik untuk menulis setelah sentiasa membaca blog mak andeh walaupun aku tak pernah sign guest book dia.