CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 29, 2004

Selamat Bercuti..

4 hari cuti, macam2 boleh buat. Best sekali, kalau dapat gi berjalan2 keluar dari situasi dan angin rumah. Esok, sepupu aku yang sebaya aku kat KL akan bernikah. Aku bila lagi? Heee :-D Persoalan yang tak boleh aku jawab. Bukan taknak, tapi tak dapat aku jawab. Rancangan awalnya, kami sekeluarga akan pergi bersama2 ke rumah pengantin. Dan setakat saat ini, rancangan ni tak berubah. Tapi, tak tahu le kalau last minit ade perubahan.

Apa pentingnya perancangan? Apabila merancang, pelbagai perkara dapat disediakan dengan baik. Contohnya nak kahwin pada umur 27. So, kene rancangkan masa tu dah ade rumah ke? kereta ke? peralatan rumah ke? duit simpanan untuk bekalan anak2 dah ada ke? dah tolong mak ayah ke? adik2 sendiri macam mana?adik dah umur berapa? pelajaran mereka macam mana? diri sendiri kena kerja apa? dapat gaji berapa?

Dengan adanya perancangan2 ni, penggunaan masa dapat dioptimumkan. Peluang muda, senang, lapang, hidup, sihat bukan peluang2 yang patut dibazirkan. Sedangkan tugas dan tanggungjawab begitu banyak tapi tak disedari kerana tiada perancangan.

Tapi, dalam keluarga aku, aku rasa hampir tiada perancangan. Mungkin ada di kalangan mak dan ayah. Tapi tidak antara mak ayah dan anak2. Aku pun tak mahu menunding jari menyatakan kelemahan orang lain. Tapi itulah yang berlaku dalam keluarga aku. Mak dan anak2 memang selalu berbincang dan merancang. Tapi, selalunya last minit akan berubah dengan satu kuasa veto. Dan selalunya sesuatu perkara berlaku tanpa perancangan awal. Contohnya, esok nak balik kampung, hari ni baru decide the dicision.

Kadang2 aku tak suka dengan keadaan macam ni. Sebab, mungkin aku ada rancangan lain, tapi bila last minit ade keputusan lain, terpaksa la aku ikut. Aku ni anak yang baik. Sentiasa ikut cakap mak dan ayah. Lama kelamaan, aku dah rasa lali dah dengan benda2 last minit dalam rumah aku. Jadi, diri aku dah bersedia dengan apa2 keputusan veto tanpa perancangan yang terperinci apatah lagi perbincangan. Walaupun kadang kala keputusan yang aku terima tu, sedih.

Didikan yang sebegini menyumbangkan sedikit sebanyak kepada pembentukan sikap aku pada hari ini. Aku tidak pandai mengambil sesuatu peluang dan merancangnya supaya memberi satu impak yang baik kepada diriku. Aku masuk universiti dan menamatkan pengajian tanpa perancangan untuk dapat berapa point setiap semester. Impian tu ada, tapi perancangannya amat sedikit.

Keluar universiti pun macam tu jugak. Aku masih lagi dengan sikap menjalani kehidupan seperti biasa dengan apa yang ada dan apa yang aku hadapi dalam hidup sehari-harian. Hanya menerima, tapi tak berusaha mencari.

Tapi, kalau aku duduk memikirkan dan merancang kehidupan aku, jangan main2. Aku akan detailkan perancangan aku. Tapi perlaksanaannya, aku rasa tak sampai 50%. Sebenarnya, aku boleh jadi seorang perancang yang baik. Masa sertai beberapa aktiviti kat universiti dulu, bab menetapkan tarikh dateline, memperincikan tugas memang aku pakar. Tapi bila sampai bab laksanakan, boleh le tahan banyaknya yang tak terlaksana. Teruk betul aku ni.

Ntah la. Kadang2 aku rasa bosan untuk merancang, sebab selalunya tak menjadi. Tapi, sepatutnya aku mesti terus berusaha merancang, melaksanakan perancangan. Mesti melakukannya walau setiap perancangan aku tertakluk pada perancangan Allah.

Bila la aku nak pandai merancangan ni?...

0 comments: