CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 27, 2004

Aku dan zaman awal remaja

Aku dulu boleh dikatakan anak yang paling banyak membawa kesedihan kepada mak aku terutamanya. Aku selalu membuat keputusan yang lebih memihak kepada rakan2. Aku selalu mengetepikan kata2 mak. Walaupun takle membantah atau menjawab arahan mak. Tapi, perbuatan aku sering kali menyesakkan hati mak.

Ketika itu, diri aku buta. Aku tak nampak hikmah yang tersimpan di sebalik larangan2 mak. Aku tak pandai menilai, tak tahu memikirkan rasionalnya setiap tindakan mak. Yang aku rasa ketika itu, mak seolah2 tak sayang aku. Mak lebih sayangkan adik2 berbanding aku. Perasaan aku, aku luahkan dalam diari. Tapi mak tahu juga ape yang aku tulis.

Bila usia aku dah menginjak ke 20 an, baru aku lihat, nilai kembali kehidupan2 zaman awal remaja dan zaman remaja aku. Aku kira satu persatu perbuatan aku yang telah aku perolahi balasannya di depan mata, tapi aku tak sedar waktu tu.

Aku melihat diri aku yang satu lagi di dalam merupakan seorang yang liar. Ada unsur2 memberontak. Tapi pemberontakan tu masih terkawal dan terpendam. Nilai2 agama yang mak dan ayah terapkan masih mampu mengawal diri aku.

Dan aku lihat banyak hikmahnya bila setiap tindakan mak dan ayah aku patuhi walaupun dalam keadaan terpaksa dan memberontak dalam hati. Kalau tak, aku pun tak tahu apa yang akan jadi dengan aku pada usia sekarang.

Aku duduk kat asrama dari form 1 hingga form 3. Masa tu aku rasa hanya kawan2 yang memahami diri aku. Aku amat sayangkan kawan2 sekolah menengah rendah. Sekali-sekala balik ke rumah, mak marah kalau aku buat tak betul, aku rasa mak tak sayangkan aku (masa tu le).

Masa tu juga aku rasa mak tak faham jiwa remaja aku. Kalau kawan2 minta tolong aku, senang je aku buat. Tapi kalau mak suruh, ade je alasan yang muncul dalam hati aku. Tapi tak terluah le. Aku ingin dipandang baik oleh kawan2.

Mula2 dulu, aku sebenarnya tak suka sangat masuk sekolah agama. Tapi aku turutkan juga kehendak mak dan ayah. Aku juga amat tak suka berpindah ke Kelantan lepas PMR. Pulak tu tak dapat masuk sekolah yang ada aliran sains. Padahal result PMR aku terbukti aku layak utk masuk kelas sains dan aku nak sangat amik aliran sains.

Dulu aku anti sesangat dengan Kelantan (mungkin terpengaruh dengan media). Walhal ayah aku orang Kelantan. Setiap kali balik kampung, raya, aku akan berbangga dengan ‘loghat luar’ aku dan mengatakan aku tidak akan sekali-kali ‘kecek Klate’. Tak sedar diri ada darah Kelantan.

Bila aku nilai balik, aku amat bersyukur aku dibesarkan begini. Kalau aku tak sekolah agama dan dibesarkan pula di bandar2 yang ‘tak sesuai’ dengan jiwa aku yang cenderung pada kawan2 pada ketika itu, pasti aku tak akan jadi seperti aku pada hari ini.

Allah sayangkan aku. Kerana itu Dia mengatur hidupku sebegini. Dia uji aku dengan kelemahan jiwa. Tapi, Dia beri aku kekuatan agama. Dia nak aku pandai mengimbangkan antara tuntutan nafsu dan iman.

Aku bersyukur, setakat ni aku tak pernah memberontak dengan perlakuan yang melampaui batas (atau mungkin aku tak sedar ade sikap aku yang melampau batas pada pandangan mak).

Itulah aku dulu. Jiwa kecil. Belum kenal dunia. Akhirat juga masih samar2. Orang lain jangan contohi aku.

Segala puji bagi Allah. Terima kasih mak. Maafkan aku…

0 comments: