CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 08, 2009

Prinsip Perkahwinan

Bersegera & Dipermudahkan

Agungnya sebuah perkahwinan. Darinya bercambah kebaikan yang banyak dan manfaat yang diperlukan setiap insan, lebih-lebih lagi buat seorang Muslim yang mengharapkan redha Allah.

Dari perkahwinan :
  • Terpelihara kesucian diri
  • Terpelihara keturunan
  • Membunga keceriaan hidup
  • Makin bersemangat agama
  • Bertambah umat Muhammad
  • Membuah ketenangan jiwa
  • Meningkatkan kematangan diri
  • Terhubung silaturrahim
  • Terisi fitrah kejadian manusia pada jalan yang dibenarkan syara'
Lalu syariat mempermudahkan jalan menuju perkahwinan. Rasulullah s.a.w tercintalah orang yang paling giat menganjurkan perkahwinan.

Bersegeralah!
Permudahkanlah!

Firman Allah :

Maksudnya : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang di kalangan kamu, juga hamba lelaki dan perempuan kamu yang layak. Sekiranya mereka miskin, Allah akan mencukupkan keperluan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui."
(al-Nur : ayat 32)

Antara motivasi yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w ialah :

"Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah"
(Riwayat Abu Daud)

"Sebaik-baik mahar ialah yang paling ringan"
(Riwayat Hakim)

"Sesungguhnya antara tanda keberkatan seorang perempuan, mudahnya urusan pertunangannya, dan mudah pula urusan perkahwinannya."
(Riwayat Ahmad)

"Adakanlah walimah meskipun seekor kambing"
(Muttafaq 'alaih)

Justeru, saudara-saudara seIslam, bersegeralah, permudahkanlah urusan perkahwinan. Sesungguhnya itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Hindari couple kerana ia mendekatkan diri dengan zina yang diharamkan Allah dan menjauhkan diri dari redha Ilahi. Sedangkan kita hidup di dunia, sekiranya tidak mendapat redha Ilahi, maka binasalah kita di akhirat kelak - tempat tujuan utama kita.

0 comments: