~ Ibu bapa Julia melarang anaknya berkahwin selagi belum bekerja dan mempunyai simpanan. Bagi mereka, biarlah anak-anak ber'couple' asalkan mempunyai wang simpanan untuk kahwin. Mereka tidak kisah boyfriend Julia datang bertandang ke rumah atau Julia keluar berduan dengan boyfriendnya.
Bakal menantu mereka pun mestilah orang yang telah mempunyai pekerjaan tetap dan kewangan yang stabil. Kalau boleh, Julia cuma cuci kaki dan tangan je masuk rumah baru bila mereka dah berkahwin kelak. Semua dah siap - perabot lengkap, kereta tersedia. Tak kisahlah kalau semua tu disediakan dengan cara berhutang (loan peribadi).
~ Julia pula memang nak simpan duit sendiri untuk buat kenduri kahwin sebab nak buat yang grand. Tapi gelora hati muda tak boleh di tahan. Nak lepaskan rindu, Julia pun keluar berdua-duaan dengan si dia. Janji nak jaga diri. Mula-mula jalan dekat-dekat. Dah dekat, sekali sekala bergeseran jugak. Meremang bulu roma, dan berdebar-debar hati. Akal pun dah tak boleh fikir bila si dia pegang tangan. Normal lah, orang lain pun buat. Astaghfirullah. Tu dah jauh dari Allah. Syaitan dah mula masuk dalam jiwa. Hidayah dah semakin jauh. Na'uzubillah.
~ Majlis perkahwinan diadakan setelah cukup duit simpanan + loan. Memang grand lah. Buat kat dewan. Siapa pelamin, kompang, mercun, silat, menepung tawar, dan entah apa-apa lagi. Pakaian - takyah cakaplah. Untuk bergambar je dah lebih 5 pasang baju yang disewa. Tu belum masuk baju bersanding yang ketat dan menampakkan bentuk badan walaupun bertudung singkat. Upah juru gambar je dah RM1000 lebih. Tak membazir ke namanya tu? Kalau macam tu, macam mana nak dapat redha Allah?
Manusia... Manusia... dalam doa sebut - moga mendapat keredhaanMu, ya Allah - tapi majlisnya langsung takde usaha-usaha untuk menggapai redha Allah.
2022 IN WORDS
1 year ago
1 comments:
Upah jurugambar RM1000 tu kira budgetlah zaman sekarang. Nak murah lagi, ambil gambar sendiri-lah.
Hormat sikit kat jurugambar. Average budget utk foto perkahwinan antara RM 1200 hingga RM 2000. Ini termasuk photobook yang berkualiti.
Kalau golongan anak Datuk/Datin/TanSri, budget celebrity photographer sekitar RM 5000 hingga RM 20000! Itu lain-lah. Tapi mereka ada duit, biarlah mereka gerakkan ekonomi...
Haiiishh.....
Post a Comment