~ Ibu bapanya adalah seorang yang amat memahami dan mengamalkan cara hidup Islam. Mereka tidak suka anak mereka ber'couple'. Justeru apabila Maria telah memiliki pilihan hati, ibu bapanya segera mengahwinkan Maria dengan pilihan hatinya walaupun Maria belum bekerja dan memiliki simpanan sendiri. Ibu bapa Maria sedar bahawa tanggungjawab pengahwinkan anak-anak adalah tanggungjawab mereka.
Mereka menilai pegangan agama bakal menantu bukannya status kewangan. Rezeki boleh dicari dan diusahakan kerana semuanya Allah yang bagi. Jangan risau. Berserah pada Allah setelah berusaha. Kalau simpan banyak duit, tiba-tiba kena curi atau terbakar, bukankah itu namanya kehendak Allah? Justeru, berusaha dan bertawakkallah.
~ Maria, perempuan yang memiliki pegangan agama yang teguh, sudah pasti memilih lelaki yang beragama walaupun belum memiliki wang simpanan yang banyak dan mampu membeli rumah dan kenderaan yang berharga tinggi. Maria juga tidak suka ber'couple'. Baginya coupling akan menghitamkan hati dan menjauhkan diri dari hidayah Allah. almaklumlah, antara 2 orang yang bukan mahram, ketiganya ialah syaitan.
~ Majlis perkahwinan mereka dilakukan sekadarnya. Tanpa pelamin, kompang, mahupun adat-adat yang entah apa-apa. Yang penting sederhana tetapi dapat menghebahkan perkahwinan mereka (tujuan utama kenduri kahwin - bukan untuk tunjuk siapa yang hebat kendurinya). Dan paling utama tentulah untuk mendapat keberkatan dan redha Allah.
2022 IN WORDS
1 year ago
0 comments:
Post a Comment