CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 19, 2006

Sujud syukur

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan pada Allah Yang Maha Esa. Nikmat yang Dia berikan terlalu besar dan tiada terkira. Segala kebahagiaan dan keindahan serta setiap dugaan hidup ini merupakan nikmat dariNya yang takkan dapat kita nilai dan selidik hikmahnya. Melainkan perlunya kepada kesyukuran yang tidak terhingga.

Pagi tadi aku pergi scan sekali lagi. Alhamdulillah, figure dalam komputer menunjukkan janinku sihat. Jantungnya berdegup dengan baik. Kedudukannya juga di tempat yang sepatutnya. Aku tak dapat tengok dengan jelas degupan jantung 'si kecil', almaklumlah rabun jauh. Tapi abang nampak. Abang kata gembira sangat bila nampak jantung tu bergdegup. Alhamdulillah.

Seperti kata-kata Kak Dillah yang dipetik dari website rakannya tentang proses pelekatan janin dengan dinding rahim, ma pun pernah cerita perkara yang sama pada aku. Doktor pun kata bleeding tu satu perkara yang normal. So, aku tak perlu risau sangat. Yang perlu aku lakukan adalah menjaga kandungan ini sebaik mungkin supaya 'dia' berpeluang meneruskan kehidupan di dunia hingga akhir hayat.

Mulai bulan tiga ni, aku nak kerja. Jadi guru ganti di sekolah abang. Orang lain, masa 3 bulan pertama ni ada yang sampai ambil cuti. Aku pulak nak bekerja. Itupun sebenarnya setelah aku mempertimbangkan aspek kesihatanku yang aku rasa berada di tahap yang terkawal. Rasa loya tu biasa. Tapi, taklah muntah 10 kali sehari. Setakat ni cuma sekali pagi dan sekali di awal malam. Alhamdulillah, ia tidaklah membuatkan aku lembik macam kain buruk. Lagipun kerja satu sekolah dengan abang. Kalau ade ape-ape, abang dekat dengan aku.

Terima kasih Kak Dillah atas saranan-saranan yang bermanfaat. Sekarang ni honey dok makan kuew teow tom yam kat kedai. Takdelah rasa mual sangat. Tapi takleh makan banyak-banyak. Terima kasih atas ucapan Kak Jah. Majlis tu buat kat rumah ke kat hotel? InsyaAllah honey akan datang. Kak Dillah balik sekali tak masa tu?

Terima kasih yang tak terhingga juga buat suamiku tercinta. Yang begitu mengambil berat tentang diriku, walau adakalanya kerenahku menguji kesabarannya. Honey sayang abang.

0 comments: