CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 14, 2004

Pagi yang mendamaikan, mengingatkan aku pada...

Suasana pagi begitu nyaman. Udara pagi yang sejuk menmbusi tingkap bilik membuat aku terasa segar. Otakku terpanggil2 untuk mengarang, menyusun ayat, menulis blog. Aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis. Semuanya lahir begitu saja tanpa paksaan. Di kala ini, masih ada yang berbungkus selimut. Kenyamanan pagi membuatkan kemalasan untuk meninggalkan selimut semakin menular ke dalam diri manusia2 yang masih tidur waktu ini.

Siang telah Allah jadikan untuk manusia bekerja, berusaha. Malam Allah telah beri ruang kerehatan. Awal pagi, Allah menggalakkan hamba-hambaNya tunduk sujud kepadaNya. Indahnya aturan yang telah Allah tetapkan. Orang yang pandai menghargai aturan masa yang Allah tetapkan ini, pastinya merasakan kehidupan yang teratur. Tidak bersungut 'tidak cukup masa'.

Aku... hm.. masih begini. Tidak pandai menghargai semua yang Allah berikan kepadaku. 2 hari lepas, aku tidur selepas Asar. Sedangkan Allah menggalakkan waktu itu digunakan untuk berzikir mengingatiNya setelah seharian sibuk dengan urusan dunia. Natijahnya, kepala aku 'senget'. Sebab tu aku tak dapat mengarang dengan baik. Kehidupan malam ku jd berterabur. Emosi aku tak stabil. Kesimpulannya, memang betul le tidur petang mewarisi ciri2 kegilaan.

Suasana damai dengan kicauan burung begini mengingatkan aku pada diri aku 7 bulan lepas. Ketika aku di semester akhir universiti. Aku yang dulu rajin bangun solat awal pagi. Rajin bermunajat kepadaNya. Rajin melakukan amalan2 sunat walaupun tak banyak. Tapi, aku kini terasa begitu jauh darinya. Mana pergi dini hari yang aku persembahkan buatNya? Mana hilangnya amalan sunatku untuk menampung amalan2 wajib? Terlalu jauh aku kini denganNya biarpun aku masih berpegang pada taliNya. Kenapa jadi begini? Kalau nyawaku ditarik kini, bersediakah aku dengan amalan2 yang begitu nipis?

Ibadah tak semestinya dengan sujud kepadaNya. Setiap perlakuan, pekerjaan kita yang niat kerana Allah dikira ibadah. Ya... Aku amat2 bersetuju dengan perkara ni. Kalau tak kerja, camne umat Islam nak mengalahkan si laknatuLlah? Tapi, bila aku koreksi diri kembali, aku tertanya.

Adakah aku tanam niat pegi kerja untuk menegakkan agama Allah? Adakah aku niatkan didik budak2 tu, untuk melhirkan generasi Islam yang menjunjung al-Quran dan Sunnah sepenuhnya? Adakah aku pasakkan dalam diriku, segala perbuatan yang aku lakukan adalah perbuatan yang disukai Allah? Atau aku hanya lakukan segalanya kerana ia rutin hidupku semata-mata? Cukupkah amalan2 aku yang sedikit dicampur dengan kehidupanku yang tidak disandarkan kepada Allah, sebagai bekalan untuk aku melangkah ke alam sana?

Masya Allah, lemahnya aku dalam pengabdian ini.

1 comments:

honey744 said...

Terima kasih Abrar. Komen yang membina. Betul Abrar cakap tu. Tapi, itulah akak. Iman sentiasa turun naik. Akak taknak jadi camni. Nak naik semula, payah jugak. Itu le mujahadah dalam diri yang paling sukar. Seperti yang Rasulullah pernah bersabda ketika balik dari satu peperangan, yang mafhumnya, bahawa peperangan yang mereka lalui tu kecil je, mereka akan berhadapan dengan perang yang lebih besar iaitu, nafsu sendiri.