CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 04, 2009

Perpisahan

Bukan mudah untuk berpisah antara suami dan isteri. Apatah lagi ada anak kecil. Cuba tanyakan kepada suami dan isteri yang duduk berasingan. Terutamanya yang berada di tempat orang (tiada keluarga terdekat yang duduk berhampiran). Tentu semuanya mengatakan perpisahan itu PERIT.

Aku telah melaluinya selama 6 bulan pada tahun 2008. Dan kalau aku boleh menjangka dan meminta untuk kehidupan yang seterusnya di dunia ini, aku tidak ingin lagi berpisah. Untuk seketika kalau ada sebarang kursus atau mesyuarat, tidak mengapa. Tapi bukan untuk masa yang lama.

Perit. Bila berjauhan, bukan rindu dan resah sahaja yang bersarang di jiwa. Bahkan sering diusik dengan salah sangka hingga membuahkan pertelingkahan kecil. Kalau ada di depan mata, sekali sekala terasa hati, tak sampai sehari dah terubat. Tapi bila berjauhan suasana semakin keruh dan kadang kala sukar dikawal. Mengambil masa yang lama untuk pulih (tekde lah sampai seminggu, tapi lebih dari 1 hari)

Dan aku tak mahu ia berulang lagi. Justeru itu aku tidak melapor diri apabila ditempatkan kali pertama untuk mengajar di Pasir Gudang, Johor. Jauh tu dari Triang. Kami ada beberapa perancangan untuk kewangan masa depan. Sekiranya seorang di Johor, seorang di Triang. Tak jadi kerja lah jawabnya bila hujung minggu dihabiskan di atas jalan raya. Sedangkan masa hujung minggu boleh digunakan untuk melaksanakan projek kami.

Kenangan DPLI

Aku antara yang lebih berusia daripada pelajar-pelajar lain,berumah tangga dan yang telah memiliki anak. Justeru, kelebihan ini membolehkan aku lebih dihormati dan menjadi perantara antara beberapa pihak. Kadang kala aku rasa mereka hormat aku secara berlebih-lebihan, sedangkan aku bukan sesiapa melainkan manusia biasa yang mempunyai pelbagai kekurangan dan kelebihan.

Bersama-sama rakan DPLI UIAM, aku berasa seronok untuk terus belajar. Aku tidak aktif menjadi ahlijawatankuasa dalam aktiviti PPU sebab jadual hujung minggu aku berada jauh dari UIAM. Di hari-hari biasa aku manfaatkan sebaik-baiknya untuk belajar dan membuat assignment. Walaupun sukar, aku usahakan juga. Hingga Marina (rakan sekelas aku kata) "Dah lah tu akak. Takut tengok akak ni. Pagi pagi dah bukak laptop". Bukan apa dik, komitmenku lebih banyak dari dirimu. Justeru, setiap masa mesti dimanfaatkan dengan lebih baik.

Kini, bersendirian di rumah, terkenangkan rakan-rakan sekelas yang telah 2 bulan mengajar. Ada yang telah dapat gaji pertama. Ada yang masih belum dapat. Dan aku... masih menunggu penempatan kali kedua.

1 comments:

ikhwanmuda said...

Sabo la hanifah. Ingat la semula camane siti hajar terpaksa berpisah dgn husbandnye yg juga seorang Nabi. survive sorang2 nak lahirkan anak. Allah yg buat 'peta' hidup kita...mungkin terasa 'jauh, payoh dan letih' jalannye. tap jgn lupe..."Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu. Barangkali kamu sukakan sesuatu sedangkan ia tidak baik bagimu" (rujuk al-quran).