Subhanallah... nikmat yang Allah beri kepada kita pada hari ini tidak terhitung banyaknya. Tapi berapa tinggi kesyukuran yang telah kita panjatkan kepada Allah? Takde langsung? Sedikit? Sudah memadai? atau takkan setanding dengan segala yang telah dikurniakan Allah kepada kita?
Luqman (31) ayat 12:
Maksudnya : "Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
Macam mane nak bersyukur?
1)JAGA KESIHATAN
Jaga kesihatan bukan bermakna diet je. Tapi kenalah jaga halal dan haram makanan tersebut. Banyak--banyak rumah terbuka ni, kenalah memilih juga. Pilih yang mana yang perlu dimasukkan ke dalam perut, dan ape yang tak perlu. Tak perlu le setiap tempat yang kita pegi, kita perlu makan satu pinggan penuh. Berpada-padalah makan tu. Makan bukan untuk memenuhi nafsu makan, tetapi untuk memenuhi keperluan bagi menjalani kehidupan seharian. Janganlah makan lebih-lebih. Ingatlah, setiap yang kita lakukan, yang kita makan, akan disoal kelak. Kenapa makan banyak? Kenapa makan makanan yang syubhah? Untuk apa kita makan? Menjaga kesihatan merupakan salah satu cara bersyukur. Bermakna kita menggunakan segala nikmat dan kurniaan Allah pada tempat yang betul. Yang selebihnya, Allah s.w.t yang berhak menentukan dan rancangkan untuk kita semua.
Ahh... sedap aku cakap. Aku buat tak? Moga segalanya buat peringatan diri sendiri.
2)MEMBAZIR
Perhatikan sekeliling kita bila kita pergi rumah terbuka. Cuba tengok dan nilai. Mana lebih banyak, yang masuk dalam mulut atau yang dibazirkan. Sayang, kita ni banyak rezeki. Tapi yang banyak itu, banyak juga dibazirkan. Kalau taknak makan, jangan ambil banyak. Masa ambil makanan, bukan main lagi ambil. Itu nak makan, ini nak makan. Bila makan, rasa tak berapa sedap, terus buang.
Kenapa agaknya Allah mengingatkan kita bahawa pembaziran itu merupakan amalan syaitan?
al-Isra' (17) ayat 27
Maksudnya : "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."
Kerana pembaziran itu terlalu banyak keburukannya :
1-Cubalah bayangkan kita di tempat orang yang mengeluarkan duit untuk membeli atau membuat makanan tersebut. Yang mengeluarkan duit untuk membeli makanan. Sedangkan duit tersebut diperolehi dari titik peluh, dan kerja kerasnya. Sudah tentu hatinya amat terusik bila melihat makanan tersebut dibuang. seolah-olah dia membuang duitnya sendiri. Dahlah makanan mahal sekarang.
2-Cubalah bayangkan kita di tempat orang yang membuat makanan tersebut. Punyalah susah nak memasak. Panas lagi. Nak kejar masa lagi. Anak-anak terbiar. Tetiba tengok, makanan yang dimasak dibuang begitu sahaja. Terasa sia-sia penat lelah memasak makanan. Apatah lagi kalau sendiri ajak orang makan, sendiri memasak, sendiri keluar duit. Lagilah terasa.
3-Cubalah bayangkan kita di tempat orang-orang yang hanya mampu makan bubur dan garam sahaja setiap hari kerana kesempitan wang. Atau yang berhari-hari tak makan. Tentunya bila lihat banyak makanan yang terbuang, mereka sanggup pergi ambil makanan tersebut bagi mengalas perut.
So, beringatlah ketikan menghadiri rumah terbuka. Makan secara berpada. Ambil makanan yang ingin dimakan sahaja. Ingatlah, lebih baik makanan yang selebihnya diberikan kepada yang memerlukan daripada membazir. Kerana lebih ramai yang memerlukan diluar sana.
2022 IN WORDS
1 year ago
0 comments:
Post a Comment