CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 16, 2008

Salam Untuk Semua

Sekarang dah pertengahan bulan 4. Bermakna sudah hampir empat bulan aku mengikuti kursus DPLI di UIAM ni. Banyak perkara yang berlaku di sekitar kehidupanku. Namun kesempatan untuk mencoret di dalam diari online ni begitu terhad. Kat kolej aku tiada disediakan perkhidmatan internet untuk persendirian. Kalau ade pun hanya di lab komputer yang sering penuh. Wireless kadang-kadang dapat, dan sering putus. Kesempatan untuk masuk lab komputer di fakulti tiada sebab kelas full sepanjang masa pejabat. Jadilah aku manusia yang jarang berinteraksi dengan internet walaupun sedar tentang banyak maklumat yang dapat diperolehi dari internet.

Aku baru lawati rakanku. Simpati dan empati dengan situasi ibu kepada 2 orang anak yang mendapati ciri-ciri penyakit autisme ada pada anaknya. Mungkin ia hanya tanda-tanda awal dan belum disahkan oleh doktor. Tapi aku faham perasaan seorang ibu. Aku sendiri, anak aku cirit-birit dan muntah-muntah tiga minggu lepas dah membuatkan aku hilang arah dan risau yang amat. Inikan pula bila mendapati anak menghidapi penyakit yang kronik atau yang sukar diubati. Setiap ibu bapa inginkan kesempurnaan pada anak-anak mereka. Bukan untuk berbangga dengan rakan, jiran dan saudara mara, tetapi baki memastikan dan melegakan hati agar anak-anak boleh menjalani kehidupan mereka apabila ibu bapa tiada kelak.

Pada Yani, aku doakan dia tabah dan anaknya dapat diubati. Anak-anak adalah anugerah Allah tidak kira bagaimana keadaan mereka. Sihat, sakit semua adalah ujian Allah. Sedih atas apa yang menimpa anak-anak memang merupakan fitrah dan perasaan semula jadi yang tidak boleh dihakis kerana ia merupakan kurniaan Allah yang amat istimewa kepada manusia. Bersedihlah, tetapi jangan berputus asa. Dalam dunia yang serba moden sekarang terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah kesihatan. Pilih dan berusahalah sedaya mungkin. Selebihnya berserah pada Allah. Aku rasa Yani kuat. Sejak dulu (masa sekolah menengah), Yani kelihatan lemah lembut tetapi sebenarnya memiliki pendirian yang teguh dan usaha yang gigih. InsyaAllah Allah akan membantu hamba-hambaNya yang sintiasa bergantung padaNya. Kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.

Subhanallah... Begitu hebat kekuasaan Allah pada kita semua. Kalu kita tak sedar lagi, tak tahulah...

0 comments: