CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 10, 2008

Takbir

Selama tiga hari Aidil Adha, berapa kali anda semua bertakbir? Berapa kali pula anda benar-benar menghayati maksud takbir? Berapa kali pula anda merasakan tusukan penghayatan takbir dalam diri anda?

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan hanya kepadanya segala puji-pujian.

Membesarkan Allah bukan bermakna dari sudut fizikalnya, tetapi mengandungi maksud tersirat yang amat dalam. Ia bermakna kita mendahulukanNya melebihi segala sesuatu pun di dunia ini. Puji-pujian kepada Allah bukan seperti kita memuji manusia, tetapi merangkumi satu makna kekaguman, ketakutan dan pengharapan yang besar terhadap segala kurnianNya.

Tapi kita yang sering lalai dan leka, mengucapkan syukur tetapi mengabaikan perintahNya. Mengharapkan ampunan dan kasih sayangNya tetapi tidak taat kepada setiap suruhanNya. Ahhh... kalau hendak dihitung, besarnya dosa kita tak tertanggung azabnya. Tapi Dia Maha Besar, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat.

Allah Maha Besar...

Insaflah diri ini yang banyak berdosa kepada Allah dan manusia.

Monday, December 08, 2008

Pengorbanan




Cuba kita sama-sama fikirkan. Yang mana satu yang betul dan baik menurut Islam bagi seorang isteri. Diulangi, sebagai seorang isteri yang tanggungjawab utamanya ialah melayan suami. Mengorbankan keluarga bagi memenuhi tuntutan kerja atau mengorbankan kerja bagi memenuhi tuntutan keluarga??? Siapa nak bagi pendapat?

Arrggghhh... buka sekolah ni bermulalah satu episod pengorbanan bagi kami sekeluarga. Hidup memang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Tapi biarlah segalanya demi Islam.

Sunday, December 07, 2008

Perjalanan Hidup

23 November 2008 (Ahad)
- Turun dari Cameron Highland, balik ke KB. Sampai Kuala Krai, ma call kata Syikin (anak sedara ma) masuk HUSM, kemalangan. Ma minta tolong kami sediakan peralatan untuk ma jaga Syikin sebab ma dalam keadaan sehelai sepinggang.
- 10.30 malam, ke HUSM hantar peralatan untuk ma.

25 November 2008 (Selasa)
- Balik Jerteh

26 November 2008 (Rabu)
- Dapat call dari UM, minta bentang proposal MA pada hari Jumaat 27 hb.
- Petang, balik KB semula

27 November 2008 (Khamis)
- Tinggal 'Aqilah kat KB.
- Aku dan abang bertolak ke Shah Alam, bas jam 9.00 malam.

28 November 2008 (Jumaat)
- Pembentangan proposal MA di Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, APIUM jam 10.00 pagi. Penyelia minta siapkan segala pembetulan dalam masa 1 bulan.
- Appoinment dengan Kak Long di Kg. Tunku jam 3.30 ptg.

29 November 2008 (Sabtu)
- Lepas Maghrib hadiri tahlil di rumah Mama, Kg. Tunku.

30 November 2008 (Ahad)
- Lepas Maghrib hadiri kenduri kahwin di Putrajaya.

1 Disember 2008 (Isnin)
- Jam 8.30 mlm, naik bas bertolak ke KB

2 Disember 2008 (Selasa)
- Dapat SMS dari kawan DPLI mengatakan ada yang telah dapat panggilan dari KPM bahawa mereka ditempatkan mengajar di Sabah @ Sarawak.

3 Disember 2008 (Rabu)
- Ke Perpustakaan Az-Zahra untuk buat rujukan bagi melengkapkan disertasi MA.
- Membuat panggilan ke INSTED, UIAM untuk bertanyakan tentang posting. Johor - hati jadi rawan. Buku yang dibaca tidak diketahui isi kandungan.

4 Disember 2008 (Khamis)
- Bersiar-siar bersama abang mengurangkan kekusutan jiwa.
- Balik ke Jerteh

7 Disember 2008 (Ahad)
- Membuat panggilan ke pegawai JAPIM, PPD Bera bertanyakan tentang kekosongan Pendidikan Islam di daerah Bera. Tiada - nampaknya semakin pudar harapan untuk merayu ke Pahang.

Letih, memang meletihkan memikirkan kehidupan yang pelbagai ragam. Hidup kita bukan keseorangan. Tika kita dalam kerungsingan, mungkin ramai yang hendak membantu. Namun, kadang kala bantuan itu menambahkan lagi kesulitan dan keserabutan.

Monday, December 01, 2008

Ubah Lagi

Asyik ubah je tamplet blog ni. Bukan ape. Yang warna purple hari tu, susah nak baca tulisannya. Aku naik tension. Dah banyak kali tukar warna font pun, still memeningkan mata memandang.

Disertasi aku pun ada beberapa perkara yang perlu diubah supaya ia menjadi bertambah baik. Aku tak mengharapkan untuk dapat master dengan tahap yang cemerlang. Sebab aku tahu usaha aku pun tak seberapa. InsyaAllah by d end of this year aku akan submit disertasi aku sepenuhnya.

Insya Allah next year aku naik pentas konvo 2 kali.
1) Master of Usuluddin - UM
2) Diploma Pendidikan Lepas Ijazah - UIAM

Seronok belajar ni. Tak dapat apa-apa sijil pun sebenarnya takpa. Tapi bila kita ambil yang ada sijil ni, kita akan tekankan diri kita untuk belajar dan terus belajar. Kalau takde sijil, kadang-kadang rasa malas nak baca buku atau pergi kelas, tak kisah pun. Lastly, niat untuk belajar tu pun terkubur.

(Tu bagi orang yang disiplinnya di tahap sederhana - macam aku - Kalau yang berdisiplin tinggi dan sentiasa perlu belajar untuk mengajar orang lain, insyaAllah tak perlu kepada tekanan atau daya tarikan sijil).

Banyak lagi benda kat dunia ni yang kita tak tahu dan sentiasa berubah-rubah.
Belajarlah dari buku
Belajarlah dari orang lain
Belajarlah dari pengalaman
Belajarlah dari kehidupan
Belajarlah berfikir