CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 14, 2009

Di Sebalik Isu Palestin


Pernah tengok tak cerita di atas? Kalau belum, cubalah tengok dan hayati maksud yang tersirat di sebalik cerita tersebut. Ia bukan sekadar cerita aksi. Tetapi memaparkan juga 'sesuatu' di sebalik realiti kehidupan dunia yang kacau bilau. Dan mungkin banyak lagi cerita yang seumpamuanya. Cuma aku kebetulan tengok cerita ni je.

Apa kaitannya dengan Palestin???

Dalam cerita James Bond di atas, terdapat orang jahat yang mendalangi keputusan sesebuah negara atau seseorang pemimpin. Pemimpin tertinggi negara tersebut sebenarnya tunduk kepada kuasa si penjahat ini semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, hartanya, dan nafsu serakahnya. Semuanya kerana pentingkan diri sendiri.

Bila dah ada kerjasama dengan si penjahat (yang dilihat oleh dunia sebagai penyelamat @ wira), maka berlakulah peras ugut. "Kalau hang tak bagi apa yang aku nak, aku akan dedahkan keburukan hang. Aku akan buat rakyat hang menderita. Ha ha ha... segala tindak tanduk hang semuanya dalam tangan dan kuasa aku".

Begitulah Zionis di sebalik Amerika dan sekutu-kutunya. Dan lebih malang sekiranya negara Islam sendiri terlibat dengan si penjahat ini. Para penguasa dan pemerintah yang mempunyai kuasa terkunci kejap kerana kuasa mereka di dalangi oleh para zionis dan bukannya ditegakkan bagi menegakkan kalimah Allah dimuka bumi.

Maka terjadilah realiti sekarang. Tiada pemerintah negara Islam yang dapat bangkit berjihad menentang Israel. Tiada pemerintah Amerika dan sekutunya yang berani menghentikan tindakan Israel. Semuanya terikat dengan perjanjian, terikat dengan hubungan, terikat, terikat, terikat dengan penjahat Israel sendiri. Tiada lagi kekuatan ikatan aqidah. Semuanya musnah kerana mengikut hawa nafsu yang inginkan kuasa dan kekayaan sehingga sanggup menindas orang lain.

Yang tinggal hanya kita. Hanya rakyat biasa yang setiap hari melaungkan agar kekejaman Israel segera dihentikan. Yang sentiasa berdoa agar Allah memusnahkan Israel dan sekutunya. Takpe, takpe. Jangan dipandang enteng usaha ini. Teruskan.

Teruskan dengan memBOIKOT BARANGAN Amerika dan sekutunya. Dan BANGUNKAN PRODUK ISLAM!!!

(Beza antara cerita James Bond dengan realiti ialah penjahat dalam James Bond akhirnya mati, tetapi penjahat Israel tak mati-mati lagi. Liat sungguh nyawa diorang tu)

Saturday, January 10, 2009

Anda???

Dah baca pilihan 1 & pilihan 2? Belum? Ha... baca dulu yang tu. Lepas tu jawab soalan di bawah.

1) Apakah tujuan anda hidup anda?

2) Yang manakah yang anda ingin jadi - pilihan 1 @ pilihan 2 sekiranya anda seorang :

  • Ibu
  • Bapa
  • Anak lelaki
  • Anak perempuan
3) Mengapa anda ingin jadi sedemikian?

4) Sekarang, dimanakah situasi anda - pilihan 1 @ pilihan 2?

5) Bolehkah anda mengubah situasi itu menjadi lebih baik untuk mendapat redha Allah?

6) Bilakah anda ingin berubah? Mati sudah hampir dekat. Takut tak sempat.

Pilihan 2

~ Ibu bapa Julia melarang anaknya berkahwin selagi belum bekerja dan mempunyai simpanan. Bagi mereka, biarlah anak-anak ber'couple' asalkan mempunyai wang simpanan untuk kahwin. Mereka tidak kisah boyfriend Julia datang bertandang ke rumah atau Julia keluar berduan dengan boyfriendnya.

Bakal menantu mereka pun mestilah orang yang telah mempunyai pekerjaan tetap dan kewangan yang stabil. Kalau boleh, Julia cuma cuci kaki dan tangan je masuk rumah baru bila mereka dah berkahwin kelak. Semua dah siap - perabot lengkap, kereta tersedia. Tak kisahlah kalau semua tu disediakan dengan cara berhutang (loan peribadi).

~ Julia pula memang nak simpan duit sendiri untuk buat kenduri kahwin sebab nak buat yang grand. Tapi gelora hati muda tak boleh di tahan. Nak lepaskan rindu, Julia pun keluar berdua-duaan dengan si dia. Janji nak jaga diri. Mula-mula jalan dekat-dekat. Dah dekat, sekali sekala bergeseran jugak. Meremang bulu roma, dan berdebar-debar hati. Akal pun dah tak boleh fikir bila si dia pegang tangan. Normal lah, orang lain pun buat. Astaghfirullah. Tu dah jauh dari Allah. Syaitan dah mula masuk dalam jiwa. Hidayah dah semakin jauh. Na'uzubillah.

~ Majlis perkahwinan diadakan setelah cukup duit simpanan + loan. Memang grand lah. Buat kat dewan. Siapa pelamin, kompang, mercun, silat, menepung tawar, dan entah apa-apa lagi. Pakaian - takyah cakaplah. Untuk bergambar je dah lebih 5 pasang baju yang disewa. Tu belum masuk baju bersanding yang ketat dan menampakkan bentuk badan walaupun bertudung singkat. Upah juru gambar je dah RM1000 lebih. Tak membazir ke namanya tu? Kalau macam tu, macam mana nak dapat redha Allah?

Manusia... Manusia... dalam doa sebut - moga mendapat keredhaanMu, ya Allah - tapi majlisnya langsung takde usaha-usaha untuk menggapai redha Allah.

Pilihan 1

~ Ibu bapanya adalah seorang yang amat memahami dan mengamalkan cara hidup Islam. Mereka tidak suka anak mereka ber'couple'. Justeru apabila Maria telah memiliki pilihan hati, ibu bapanya segera mengahwinkan Maria dengan pilihan hatinya walaupun Maria belum bekerja dan memiliki simpanan sendiri. Ibu bapa Maria sedar bahawa tanggungjawab pengahwinkan anak-anak adalah tanggungjawab mereka.

Mereka menilai pegangan agama bakal menantu bukannya status kewangan. Rezeki boleh dicari dan diusahakan kerana semuanya Allah yang bagi. Jangan risau. Berserah pada Allah setelah berusaha. Kalau simpan banyak duit, tiba-tiba kena curi atau terbakar, bukankah itu namanya kehendak Allah? Justeru, berusaha dan bertawakkallah.

~ Maria, perempuan yang memiliki pegangan agama yang teguh, sudah pasti memilih lelaki yang beragama walaupun belum memiliki wang simpanan yang banyak dan mampu membeli rumah dan kenderaan yang berharga tinggi. Maria juga tidak suka ber'couple'. Baginya coupling akan menghitamkan hati dan menjauhkan diri dari hidayah Allah. almaklumlah, antara 2 orang yang bukan mahram, ketiganya ialah syaitan.

~ Majlis perkahwinan mereka dilakukan sekadarnya. Tanpa pelamin, kompang, mahupun adat-adat yang entah apa-apa. Yang penting sederhana tetapi dapat menghebahkan perkahwinan mereka (tujuan utama kenduri kahwin - bukan untuk tunjuk siapa yang hebat kendurinya). Dan paling utama tentulah untuk mendapat keberkatan dan redha Allah.

Thursday, January 08, 2009

Prinsip Perkahwinan

Bersegera & Dipermudahkan

Agungnya sebuah perkahwinan. Darinya bercambah kebaikan yang banyak dan manfaat yang diperlukan setiap insan, lebih-lebih lagi buat seorang Muslim yang mengharapkan redha Allah.

Dari perkahwinan :
  • Terpelihara kesucian diri
  • Terpelihara keturunan
  • Membunga keceriaan hidup
  • Makin bersemangat agama
  • Bertambah umat Muhammad
  • Membuah ketenangan jiwa
  • Meningkatkan kematangan diri
  • Terhubung silaturrahim
  • Terisi fitrah kejadian manusia pada jalan yang dibenarkan syara'
Lalu syariat mempermudahkan jalan menuju perkahwinan. Rasulullah s.a.w tercintalah orang yang paling giat menganjurkan perkahwinan.

Bersegeralah!
Permudahkanlah!

Firman Allah :

Maksudnya : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang di kalangan kamu, juga hamba lelaki dan perempuan kamu yang layak. Sekiranya mereka miskin, Allah akan mencukupkan keperluan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui."
(al-Nur : ayat 32)

Antara motivasi yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w ialah :

"Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah"
(Riwayat Abu Daud)

"Sebaik-baik mahar ialah yang paling ringan"
(Riwayat Hakim)

"Sesungguhnya antara tanda keberkatan seorang perempuan, mudahnya urusan pertunangannya, dan mudah pula urusan perkahwinannya."
(Riwayat Ahmad)

"Adakanlah walimah meskipun seekor kambing"
(Muttafaq 'alaih)

Justeru, saudara-saudara seIslam, bersegeralah, permudahkanlah urusan perkahwinan. Sesungguhnya itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w.

Hindari couple kerana ia mendekatkan diri dengan zina yang diharamkan Allah dan menjauhkan diri dari redha Ilahi. Sedangkan kita hidup di dunia, sekiranya tidak mendapat redha Ilahi, maka binasalah kita di akhirat kelak - tempat tujuan utama kita.