CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 10, 2008

Takbir

Selama tiga hari Aidil Adha, berapa kali anda semua bertakbir? Berapa kali pula anda benar-benar menghayati maksud takbir? Berapa kali pula anda merasakan tusukan penghayatan takbir dalam diri anda?

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan hanya kepadanya segala puji-pujian.

Membesarkan Allah bukan bermakna dari sudut fizikalnya, tetapi mengandungi maksud tersirat yang amat dalam. Ia bermakna kita mendahulukanNya melebihi segala sesuatu pun di dunia ini. Puji-pujian kepada Allah bukan seperti kita memuji manusia, tetapi merangkumi satu makna kekaguman, ketakutan dan pengharapan yang besar terhadap segala kurnianNya.

Tapi kita yang sering lalai dan leka, mengucapkan syukur tetapi mengabaikan perintahNya. Mengharapkan ampunan dan kasih sayangNya tetapi tidak taat kepada setiap suruhanNya. Ahhh... kalau hendak dihitung, besarnya dosa kita tak tertanggung azabnya. Tapi Dia Maha Besar, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Penerima Taubat.

Allah Maha Besar...

Insaflah diri ini yang banyak berdosa kepada Allah dan manusia.

Monday, December 08, 2008

Pengorbanan




Cuba kita sama-sama fikirkan. Yang mana satu yang betul dan baik menurut Islam bagi seorang isteri. Diulangi, sebagai seorang isteri yang tanggungjawab utamanya ialah melayan suami. Mengorbankan keluarga bagi memenuhi tuntutan kerja atau mengorbankan kerja bagi memenuhi tuntutan keluarga??? Siapa nak bagi pendapat?

Arrggghhh... buka sekolah ni bermulalah satu episod pengorbanan bagi kami sekeluarga. Hidup memang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Tapi biarlah segalanya demi Islam.

Sunday, December 07, 2008

Perjalanan Hidup

23 November 2008 (Ahad)
- Turun dari Cameron Highland, balik ke KB. Sampai Kuala Krai, ma call kata Syikin (anak sedara ma) masuk HUSM, kemalangan. Ma minta tolong kami sediakan peralatan untuk ma jaga Syikin sebab ma dalam keadaan sehelai sepinggang.
- 10.30 malam, ke HUSM hantar peralatan untuk ma.

25 November 2008 (Selasa)
- Balik Jerteh

26 November 2008 (Rabu)
- Dapat call dari UM, minta bentang proposal MA pada hari Jumaat 27 hb.
- Petang, balik KB semula

27 November 2008 (Khamis)
- Tinggal 'Aqilah kat KB.
- Aku dan abang bertolak ke Shah Alam, bas jam 9.00 malam.

28 November 2008 (Jumaat)
- Pembentangan proposal MA di Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, APIUM jam 10.00 pagi. Penyelia minta siapkan segala pembetulan dalam masa 1 bulan.
- Appoinment dengan Kak Long di Kg. Tunku jam 3.30 ptg.

29 November 2008 (Sabtu)
- Lepas Maghrib hadiri tahlil di rumah Mama, Kg. Tunku.

30 November 2008 (Ahad)
- Lepas Maghrib hadiri kenduri kahwin di Putrajaya.

1 Disember 2008 (Isnin)
- Jam 8.30 mlm, naik bas bertolak ke KB

2 Disember 2008 (Selasa)
- Dapat SMS dari kawan DPLI mengatakan ada yang telah dapat panggilan dari KPM bahawa mereka ditempatkan mengajar di Sabah @ Sarawak.

3 Disember 2008 (Rabu)
- Ke Perpustakaan Az-Zahra untuk buat rujukan bagi melengkapkan disertasi MA.
- Membuat panggilan ke INSTED, UIAM untuk bertanyakan tentang posting. Johor - hati jadi rawan. Buku yang dibaca tidak diketahui isi kandungan.

4 Disember 2008 (Khamis)
- Bersiar-siar bersama abang mengurangkan kekusutan jiwa.
- Balik ke Jerteh

7 Disember 2008 (Ahad)
- Membuat panggilan ke pegawai JAPIM, PPD Bera bertanyakan tentang kekosongan Pendidikan Islam di daerah Bera. Tiada - nampaknya semakin pudar harapan untuk merayu ke Pahang.

Letih, memang meletihkan memikirkan kehidupan yang pelbagai ragam. Hidup kita bukan keseorangan. Tika kita dalam kerungsingan, mungkin ramai yang hendak membantu. Namun, kadang kala bantuan itu menambahkan lagi kesulitan dan keserabutan.

Monday, December 01, 2008

Ubah Lagi

Asyik ubah je tamplet blog ni. Bukan ape. Yang warna purple hari tu, susah nak baca tulisannya. Aku naik tension. Dah banyak kali tukar warna font pun, still memeningkan mata memandang.

Disertasi aku pun ada beberapa perkara yang perlu diubah supaya ia menjadi bertambah baik. Aku tak mengharapkan untuk dapat master dengan tahap yang cemerlang. Sebab aku tahu usaha aku pun tak seberapa. InsyaAllah by d end of this year aku akan submit disertasi aku sepenuhnya.

Insya Allah next year aku naik pentas konvo 2 kali.
1) Master of Usuluddin - UM
2) Diploma Pendidikan Lepas Ijazah - UIAM

Seronok belajar ni. Tak dapat apa-apa sijil pun sebenarnya takpa. Tapi bila kita ambil yang ada sijil ni, kita akan tekankan diri kita untuk belajar dan terus belajar. Kalau takde sijil, kadang-kadang rasa malas nak baca buku atau pergi kelas, tak kisah pun. Lastly, niat untuk belajar tu pun terkubur.

(Tu bagi orang yang disiplinnya di tahap sederhana - macam aku - Kalau yang berdisiplin tinggi dan sentiasa perlu belajar untuk mengajar orang lain, insyaAllah tak perlu kepada tekanan atau daya tarikan sijil).

Banyak lagi benda kat dunia ni yang kita tak tahu dan sentiasa berubah-rubah.
Belajarlah dari buku
Belajarlah dari orang lain
Belajarlah dari pengalaman
Belajarlah dari kehidupan
Belajarlah berfikir

Thursday, November 13, 2008

Rumah Tangga Bahagia


Aku bukanlah orang yang bertauliah untuk menasihati orang lain. Usia perkahwinan kami baru menjangkau 3 tahun pada 3 November lepas. Tapi, aku rasa ada perkara yang boleh aku kongsi dengan orang lain tentang kebahagiaan rumah tangga. Aku bahagia? Off course... aku bahagia.

Bahagia terletak di mana sebenarnya? Pada wang ringgit? Pada hubungan intim? Pada suasana romantik? atau pada ramainya anak?

Bahagia bagiku letaknya pada keberkatan hidup. Kalau wang banyak, tak berkat, tak bahagia jugak. Hari-hari melakukan hubungan intim, tapi hidup tak berkat, tak bahagia jugak. Suami isteri punyalah romantik, tapi hidup tak berkat, tak bahagia jugak.

So, firstly, hidup mestilah ada keberkatan. Macam mana nak dapatkan keberkatan? Kenalah hidup dengan mengamalkan Islam. Apa itu Islam? Islam ialah hidup kita. Cari rezeki halal cara Islam, pergaulan harian cara Islam, tingkah laku cara Islam.

Pendek dan panjang kata ; setiap helaan nafas kita mesti ikut cara Islam. Kami juga sedang berusaha untuk memantapkan cara hidup Islam dalam diri kami sekeluarga. Banyak lagi kekurangan kita semua. Sama-samalah kita perbaiki.


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya (keberkatan), dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya" (al-Baqarah :2: 155-157)


Secondly, dalam perhubungan mesti ada komunikasi yang betul. Aku banyak dengar dan tengok kisah rumah tangga yang berantakan berpunca dari komunikasi yang tak betul atau rosak. Isteri, dengar dulu penjelasan suami. Suami, dengar dulu penjelasan isteri. Sama-sama mesti ikhlas mendengar.

Jangan le dengar je, tapi hati dah tetapkan hukuman bahawa pasangan kita bersalah. Dan kedua-duanya, suami dan isteri, mestilah berkata benar. Kalau tak jujur dan ada prasangka, alamatnya hilanglah keberkatan hidup, dan mudahlah sebuah ikatan pernikahan terlerai.

Thirdly, bersambung dikeluaran lain...

Sunday, October 19, 2008

Rumah Terbuka, Kesihatan, Pembaziran

Subhanallah... nikmat yang Allah beri kepada kita pada hari ini tidak terhitung banyaknya. Tapi berapa tinggi kesyukuran yang telah kita panjatkan kepada Allah? Takde langsung? Sedikit? Sudah memadai? atau takkan setanding dengan segala yang telah dikurniakan Allah kepada kita?

Luqman (31) ayat 12:
Maksudnya : "Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

Macam mane nak bersyukur?

1)JAGA KESIHATAN
Jaga kesihatan bukan bermakna diet je. Tapi kenalah jaga halal dan haram makanan tersebut. Banyak--banyak rumah terbuka ni, kenalah memilih juga. Pilih yang mana yang perlu dimasukkan ke dalam perut, dan ape yang tak perlu. Tak perlu le setiap tempat yang kita pegi, kita perlu makan satu pinggan penuh. Berpada-padalah makan tu. Makan bukan untuk memenuhi nafsu makan, tetapi untuk memenuhi keperluan bagi menjalani kehidupan seharian. Janganlah makan lebih-lebih. Ingatlah, setiap yang kita lakukan, yang kita makan, akan disoal kelak. Kenapa makan banyak? Kenapa makan makanan yang syubhah? Untuk apa kita makan? Menjaga kesihatan merupakan salah satu cara bersyukur. Bermakna kita menggunakan segala nikmat dan kurniaan Allah pada tempat yang betul. Yang selebihnya, Allah s.w.t yang berhak menentukan dan rancangkan untuk kita semua.

Ahh... sedap aku cakap. Aku buat tak? Moga segalanya buat peringatan diri sendiri.

2)MEMBAZIR
Perhatikan sekeliling kita bila kita pergi rumah terbuka. Cuba tengok dan nilai. Mana lebih banyak, yang masuk dalam mulut atau yang dibazirkan. Sayang, kita ni banyak rezeki. Tapi yang banyak itu, banyak juga dibazirkan. Kalau taknak makan, jangan ambil banyak. Masa ambil makanan, bukan main lagi ambil. Itu nak makan, ini nak makan. Bila makan, rasa tak berapa sedap, terus buang.

Kenapa agaknya Allah mengingatkan kita bahawa pembaziran itu merupakan amalan syaitan?

al-Isra' (17) ayat 27
Maksudnya : "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."

Kerana pembaziran itu terlalu banyak keburukannya :

1-Cubalah bayangkan kita di tempat orang yang mengeluarkan duit untuk membeli atau membuat makanan tersebut. Yang mengeluarkan duit untuk membeli makanan. Sedangkan duit tersebut diperolehi dari titik peluh, dan kerja kerasnya. Sudah tentu hatinya amat terusik bila melihat makanan tersebut dibuang. seolah-olah dia membuang duitnya sendiri. Dahlah makanan mahal sekarang.

2-Cubalah bayangkan kita di tempat orang yang membuat makanan tersebut. Punyalah susah nak memasak. Panas lagi. Nak kejar masa lagi. Anak-anak terbiar. Tetiba tengok, makanan yang dimasak dibuang begitu sahaja. Terasa sia-sia penat lelah memasak makanan. Apatah lagi kalau sendiri ajak orang makan, sendiri memasak, sendiri keluar duit. Lagilah terasa.

3-Cubalah bayangkan kita di tempat orang-orang yang hanya mampu makan bubur dan garam sahaja setiap hari kerana kesempitan wang. Atau yang berhari-hari tak makan. Tentunya bila lihat banyak makanan yang terbuang, mereka sanggup pergi ambil makanan tersebut bagi mengalas perut.

So, beringatlah ketikan menghadiri rumah terbuka. Makan secara berpada. Ambil makanan yang ingin dimakan sahaja. Ingatlah, lebih baik makanan yang selebihnya diberikan kepada yang memerlukan daripada membazir. Kerana lebih ramai yang memerlukan diluar sana.

Wednesday, September 03, 2008

al-Qur'an & Kehidupan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Basket Of Water

Why do we read Qur an, even if we can 't understand a single Arabic word???? This is a beautiful story An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson.

Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home.

Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur' an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.

Tuesday, September 02, 2008

Salam Ramadhan Buat Semua...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




More RAMADHAN graphics

Saturday, August 16, 2008

1st Time

Malam ni kali pertama Aqilah naik kenderaan awam untuk balik ke kampung. Dan pertama kali juga Aqilah balik kampung di Kota Bharu tanpa bonda dan ayah. Macam manalah agaknya Aqilah kat atas keretapi tu...

Aku tak risau sangat sebab :-
1) Yang bawa Aqilah tu, mak sedaranya jugak (adik aku)
2) Tiket adalah bahagian tempat tido
3) Waktu pulak malam - masa untuk Aqilah tido. Takdelah susah sangat nak jaga. Sebab dia tu tak boleh duduk diam.

Masa aku hantar dia naik keretapi tadi pon, bukan main galak lagi kat KL Sentrel tu. Dah naik keretapi pun, dok ke hulu, ke hilir. Kudoakan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi. Ya Allah permudahkanlah perjalanan dan sampaikannlah adikku dan anakku yang amat disayangi ke destinasi yang ditujui.

Wednesday, August 13, 2008

Sekolah... oh... sekolah




Mengapa agaknya pelajar sekarang, ada yang sukar menerima teguran, nasihat guru, ibu bapa? Mengapa agaknya ramai guru yang mengeluh bahawa pelajar sekarang berlainan dengan pelajar dulu?

Firstly, tengok hal pemakanan. Kalau dulu, pemakanan tak seluas macam sekarang. Kerja pun tak sebanyak macam sekarang. Insya Allah, segala makanan yang dimasukkan ke dalam mulut, mengalir ke dalam perut dan menjadi darah daging adalah makanan dan minuman yang halal. Kalau kita tengok sekarang, makanan yang macam-macam ade. Pelbagai sumber. Memang bagus untuk ekonomi. Tetapi mungkin ada makanan yang yang dimakan mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Lagi-lagi mak dan ayah bekerja. Makanan sentiasa beli di kedai. Bahan dalam makanan tersebut kita pun tak kaji sama ada halal atau tidak. So, mungkin banyak bahan campuran untuk menyedapkan makanan, untuk mengimulsi makanan, yang tidak halal. Maka jadilah darah daging kita, hati kita keras. Susah menerima kebenaran. Susah nak dengar nasihat.

Apatah lagi ada ibu bapa yang nak cepat kaya, masuk skim yang tak tentu halal atau haram. Lagi teruk kalau kerja atau skim yang memang nyata haram. Nak kaya punya pasal, main belasah je ambil duit dari sumber yang tidak tentu hala. Duit tu pulak buat beli makanan, minuman. Jadilah makanan dan minuman tu tak halal. Macam manalah Allah nak terima doa kita.

So, solution nya. Kembalilah pada tradisi kita yang memang baik, iaitu masak dan makan di rumah. Di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan, mengikat perut suami dan anak-anak, makan di rumah juga menjamin kebersihan serta kehalalan makanan yang kita makan yang akan menjadi darah daging kita. Yang paling utama, bila nak dapatkan duit tu, pastikan dari sumber yang betul-betul halal. Kalau ade yang tak jelas kehalalannya tu, jauhkanlah. Semua ni untuk anak-anak kita jugak. Jangan kerana usaha kita yang tak betul, mangsanya anak menjadi degil, sukar untuk dididik.

Cayok... betulkan segera cara pemakanan kita. Demi generasi akan datang!!!


Yang kedua, peranan media massa. Aku memang kutuk betul dengan media massa yang banyak menghancurkan generasi kini. Dalam media massa, berapa kerat je yang mengenakan pakaian menutup aurat, yang menonjolkan pergaulan yang betul antara lelaki dan perempuan? Yang banyaknya semua terdedah sana sini. Pergaulan bebas. Semuanya dah ditepukan dalam pemikiran kita. Macam mana anak-anak tak terpengaruh? Sampai mereka pun malu nak menutup aurat, nak ikut Islam. Apa ni???

Memang betul le karangan yang aku buat dulu masa sekolah rendah. Antara faktor yang paling utama membawa kepada kehancuran generasi muda dengan gejala sosial sekarang ialah MEDIA MASSA. Please lah. Sesiapa yang bekerja di media massa, tolonglah perbaiki iklan-iklan yang menjolok mata, yang mengetengahkan pergaulan bebas. Ubah, gantikan dengan pergaulan yang betul, cara berpakaian yang betul. Bukan tak boleh. Mesti boleh. Usaha dah dimulakan di TV 9 dan Astro Oasis. Tapi kena perluaskan lagi ke stesyen TV lain.

Ini semua untuk genersi akan datang. Kalau kita buat sesuatu yang merosakkan mereka. Mereka akan semakin rosak. Dan jangan salahkan mereka kerana semua itu hasil usaha kita. BERUBAHLAH UNTUK ANAK DAN CUCU KITA.

Cuba bayangkan bila anak kita besar, selamatkah mereka dari gejala sosial yang merebak kerana media massa mengemukakan perkara yang tidak senonoh???

Wednesday, April 16, 2008

Salam Untuk Semua

Sekarang dah pertengahan bulan 4. Bermakna sudah hampir empat bulan aku mengikuti kursus DPLI di UIAM ni. Banyak perkara yang berlaku di sekitar kehidupanku. Namun kesempatan untuk mencoret di dalam diari online ni begitu terhad. Kat kolej aku tiada disediakan perkhidmatan internet untuk persendirian. Kalau ade pun hanya di lab komputer yang sering penuh. Wireless kadang-kadang dapat, dan sering putus. Kesempatan untuk masuk lab komputer di fakulti tiada sebab kelas full sepanjang masa pejabat. Jadilah aku manusia yang jarang berinteraksi dengan internet walaupun sedar tentang banyak maklumat yang dapat diperolehi dari internet.

Aku baru lawati rakanku. Simpati dan empati dengan situasi ibu kepada 2 orang anak yang mendapati ciri-ciri penyakit autisme ada pada anaknya. Mungkin ia hanya tanda-tanda awal dan belum disahkan oleh doktor. Tapi aku faham perasaan seorang ibu. Aku sendiri, anak aku cirit-birit dan muntah-muntah tiga minggu lepas dah membuatkan aku hilang arah dan risau yang amat. Inikan pula bila mendapati anak menghidapi penyakit yang kronik atau yang sukar diubati. Setiap ibu bapa inginkan kesempurnaan pada anak-anak mereka. Bukan untuk berbangga dengan rakan, jiran dan saudara mara, tetapi baki memastikan dan melegakan hati agar anak-anak boleh menjalani kehidupan mereka apabila ibu bapa tiada kelak.

Pada Yani, aku doakan dia tabah dan anaknya dapat diubati. Anak-anak adalah anugerah Allah tidak kira bagaimana keadaan mereka. Sihat, sakit semua adalah ujian Allah. Sedih atas apa yang menimpa anak-anak memang merupakan fitrah dan perasaan semula jadi yang tidak boleh dihakis kerana ia merupakan kurniaan Allah yang amat istimewa kepada manusia. Bersedihlah, tetapi jangan berputus asa. Dalam dunia yang serba moden sekarang terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah kesihatan. Pilih dan berusahalah sedaya mungkin. Selebihnya berserah pada Allah. Aku rasa Yani kuat. Sejak dulu (masa sekolah menengah), Yani kelihatan lemah lembut tetapi sebenarnya memiliki pendirian yang teguh dan usaha yang gigih. InsyaAllah Allah akan membantu hamba-hambaNya yang sintiasa bergantung padaNya. Kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.

Subhanallah... Begitu hebat kekuasaan Allah pada kita semua. Kalu kita tak sedar lagi, tak tahulah...