CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 19, 2006

Sujud syukur

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan pada Allah Yang Maha Esa. Nikmat yang Dia berikan terlalu besar dan tiada terkira. Segala kebahagiaan dan keindahan serta setiap dugaan hidup ini merupakan nikmat dariNya yang takkan dapat kita nilai dan selidik hikmahnya. Melainkan perlunya kepada kesyukuran yang tidak terhingga.

Pagi tadi aku pergi scan sekali lagi. Alhamdulillah, figure dalam komputer menunjukkan janinku sihat. Jantungnya berdegup dengan baik. Kedudukannya juga di tempat yang sepatutnya. Aku tak dapat tengok dengan jelas degupan jantung 'si kecil', almaklumlah rabun jauh. Tapi abang nampak. Abang kata gembira sangat bila nampak jantung tu bergdegup. Alhamdulillah.

Seperti kata-kata Kak Dillah yang dipetik dari website rakannya tentang proses pelekatan janin dengan dinding rahim, ma pun pernah cerita perkara yang sama pada aku. Doktor pun kata bleeding tu satu perkara yang normal. So, aku tak perlu risau sangat. Yang perlu aku lakukan adalah menjaga kandungan ini sebaik mungkin supaya 'dia' berpeluang meneruskan kehidupan di dunia hingga akhir hayat.

Mulai bulan tiga ni, aku nak kerja. Jadi guru ganti di sekolah abang. Orang lain, masa 3 bulan pertama ni ada yang sampai ambil cuti. Aku pulak nak bekerja. Itupun sebenarnya setelah aku mempertimbangkan aspek kesihatanku yang aku rasa berada di tahap yang terkawal. Rasa loya tu biasa. Tapi, taklah muntah 10 kali sehari. Setakat ni cuma sekali pagi dan sekali di awal malam. Alhamdulillah, ia tidaklah membuatkan aku lembik macam kain buruk. Lagipun kerja satu sekolah dengan abang. Kalau ade ape-ape, abang dekat dengan aku.

Terima kasih Kak Dillah atas saranan-saranan yang bermanfaat. Sekarang ni honey dok makan kuew teow tom yam kat kedai. Takdelah rasa mual sangat. Tapi takleh makan banyak-banyak. Terima kasih atas ucapan Kak Jah. Majlis tu buat kat rumah ke kat hotel? InsyaAllah honey akan datang. Kak Dillah balik sekali tak masa tu?

Terima kasih yang tak terhingga juga buat suamiku tercinta. Yang begitu mengambil berat tentang diriku, walau adakalanya kerenahku menguji kesabarannya. Honey sayang abang.

Friday, February 17, 2006

Rindunya

Rindu.... rindu sangat dengan blog ni. Biarlah mungkin tiada yang membaca, tapi aku rindu untuk menulis rentetan kisah hidupku. Suka... Duka... Moga suatu hari nanti, bila tua memperlihatkan diri, aku masih bisa membaca kembali kenangan-kenangan yang tertulis di dalam blog ini. Catatan ini buat diri sendiri jua pada siapa yang sudi membaca.

28 Januari 2006

28 Januari yang lepas, aku pergi Klinik Nik kat KB setelah period aku lambat seminggu. Alhamdulillah... Berita gembira yang amat sangat menguasai jiwaku bila aku disahkan mengandung sebulan. Masa dapat berita tu, aku gembira yang amat sangat. Sampai rasa tak tahu macam mana nak berhadapan dengan keluarga untuk mengkhabarkan kehadiran 'si kecil'. Haaa... itulah aku. Sedih suka simpan sendiri. Gembira pun tak terluah dek kata.

Beberapa hari selepas itu, kesukaan aku bercampur baur dengan keresahan dan ketakutan. Bukan resah dan takut untuk merasai kesakitan melahirkan 'si kecil'. Tapi ketakutan bagaimana kelak 'dia' membesar. Mampukah aku? Berjayakah aku mendidik 'dia' menjadi anak yang soleh dan solehah di dalam menongkah arus hidup yang semakin menghimpit jiwa? Takutnya aku, andai 'dia' mewarisi sikap-sikap aku yang negatif, yang kelak akan menyusahkan diri'nya' dunia dan akhirat. Takutnya aku!!! Dalam diam, munajatku pada Yang Esa, agar Dia mengurniakan aku kekuatan dan kemampuan untuk mendidik 'si kecil' kelak. Doaku moga 'si kecil' menjadi insan yang lebih mulia dari ayahanda dan bondanya.

4 Febuari 2006

4 Febuari menjelang. Aku dan abang telahpun kembali ke Triang setelah menghabiskan sisa cuti di KB dan Jerteh. Sekejap rasanya cuti kali ni. Rasa tak puas lagi melepaskan rindu dengan keluarga dan makan masakan mak sepuas-puasnya. Yelah, mungkin dulu, seminggu cuti hanya dihabiskan dengan keluarga di KB je. Kini, kenalah bahagi dua.

4 Febuari yang kusambut dengan ceria pegi itu bertukar mendung bila aku bleeding pada jam 10 pagi, lebih kurang. Aku panik. Abang pun panik. Aku terus baring tak bergerak. Abang ajak aku pegi klinik. Tapi aku taknak lagi. Tunggu sampai tengahari. Kalau takde darah dah, tak payah pegi. Bila petang, darah masih ada. Abang bawa aku pegi poliklinik. Dah tutup. Yang ada cuma pembantu perubatan. Dia qol doktor. Doktor kata takde apa-apa. Cuma rehat dan jangan buat kerja-kerja berat. Kalau hari Isnin still bleeding, barulah datang jumpa doktor. Alhamdulillah. Lega rasanya.

6 Febuari 2006

6 Febuari, aku tak pergi pun jumpa doktor kat poliklinik tu. Abang bawa aku pegi Klinik Rakyat. Doktor kata, berdasarkan jangkaan, kandungan aku dah masuk minggu ke 7. Dah boleh scan. Lepas scan, kata-kata doktor buat aku terpengong. Kata doktor, janin aku terlalu kecil (sarung ade, tapi tak nampak isi dan degupan jantung) untuk membuat sebarang keputusan. Macam 5 minggu je. So, ade kemungkinan dah gugur atau memang baru 5 minggu. Dia suruh datang 2 minggu lagi untuk scan sekali lagi.

Masa tu aku hanya senyap. Menahan sebak di dada. Tak tahu nak cakap apa. Abang pun tak cakap apa-apa dengan aku. Dia cuma menyampuk sikit sebanyak apa yang doktor cakap. Masuk je dalam kereta, bila abang start buka mulut dengan perkataan 'sabarlah...', air mata jatuh dari pipiku tanpa boleh ditahan. Hingga malam hibaku tidak tertahan. Bukan aku tak boleh terima kenyataan sekiranya aku keguguran, tapi semuanya ibarat menanti bom yang akan meletup. Tak tahu bila nak meletup. Dan tak tahu sama ada ia meletup atau tidak. Alhamdulillah, esoknya semangatku semakin pulih. Tiada lagi air mata yang menghiasi pipi.

Tunggulah aku 2 minggu. InsyaAllah, 19 Febuari ni aku pegi klinik sekali lagi. Alhamdulillah, aku ok sepanjang tempoh ini. Walaupun still bleeding sampai hari ni, tapi kuantitinya tak banyak dan takde sebarang kesakitan. Cuma rasa loya bertambah. Dah tiga hari berturut-turut aku muntah pagi dan awal malam. Semua makanan aku rasa tak sedap. Apatah lagi masakan sendiri. Bayangkan pun dah rasa mual. Tadi, makan nasi goreng tak sampai separuh, semua dah dimuntahkan balik. Tinggallah biskut yang jadi peneman. Cuma dua makanan yang tergambar di mindaku setiap hari. 1) Daging kicap yang mak masak. 2) Solok lada yang ma buat. Rasa tak sabar nak tunggu cuti sekolah bulan tiga ni.

Doakan agar segalanya selamat...