CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 31, 2004

Psikologi kanak-kanak

Fuuhh.. macam hebat je tajuk entry kali ni. Sebenarnye aku bukan tahu sangat bab kanak-kanak ni, apatah lagi pakar dalam bidang psikologi kanak-kanak. Aku pun masih bujang dan tentunya belum memiliki anak sendiri. Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dan perbincangan bersama emak.

Adik aku yang kedua bongsu, kini berusia 10 tahun. Dia adalah seorang yang bermasalah untuk membuat kerja sekolah, terutamanya yang melibatkan pembacaan dan penulisan yang banyak. Terutama karangan dan yang melibatkan bahasa asing spt BI dan BA. Bukan dia takleh buat tapi, malas. Di rumah, dia mesti diperhatikan sepanjang masa dia membuat kerja sekolah. (letih le kita yg kena jadi penunggu ni)

Di sekolah, dia hanya takut pada guru Bahasa Arabnya sahaja. Itu pun setelah dibantai oleh guru tersebut sehingga menangis. Setiap hari, guru tu berpesan, bawa buku, buat kerja sekolah. Dah selalu kena piat telinga. Tapi, tak serik. Bila dah masuk bulan ke empat. Guru dia rasa dah takleh bagi muka. Dimarahnya adik aku, hingga menangis. (Adik aku yg sorang ni, kebal dari menangis. Kalau menangis, maknanya dia betul2 sakit) Sejak dari tu, adik aku sentiasa siapkan kerja sekolah Bahasa Arab. Tulisan pun boleh jadi better than sebelumnya.

Tapi, time guru tu cuti bersalin, datang guru ganti, adik aku mula buat perangai lama. Di rumah bukannya tak suruh dia buat kerja sekolah. Mulut kakak2 ni, dah lenguh dok suruh dia buat kerja sekolah. Nak tunggu dia buat kerja sekolah, nak cek beg dia tiap2 hari, naik boring jugak. Sebelum aku kerja, boleh juga la aku tengok2kan utk beberapa minggu. Bila dah start kerja, mood aku utk jaga dia punye kerja sekolah dah langsung takde.

Aku bincang dengan mak, camne le dengan adik yang sorang ni. Si adik sebenarnya ade sikap mencabar. Di sekolah, dia mencabar guru. Dia ingin melihat sejauh mana guru tegas dengan kata2 mereka dan sejauh mana guru akan lakukan sehingga dia betul2 buat kerja sekolah. Bila guru BA dia buat camtu, dia rasa dia tak boleh main2 dengan guru tersebut. Tapi, bila datang guru lain yang buat endah tak endah, dia mula perangai balik. (alaa.. cikgu bukannye kisah pun kalau tak siap kerja sekolah)

Pernah satu kejadian berlaku. Salah seorang guru geram dan mengancam untuk memotong telinganya kalau dia tak dengar cakap. Dia boleh menjawab "Kalau mu'allim tak potong telinga saya, saya potong telinga mu'allim". Huuu... haru.. haru.. mesti bengang punye guru tu. Haa.. sape yg nak disalahkan. Guru yang mengancam dengan perkara yang tak realistik, atau murid yang tahu, guru takkan buat macam tu.

Kat rumah, kami gunakan teknik memuji. Memuji kelebihannya, dah pasti dia merasakan dirinya penting. Dan dia akan sedikit demi sedikit melaksanakan kerjanya.

Perbincangan dengan mak, mengingatkan aku perangai2 anak2 murid aku. Apa yang aku lakukan hari ini untuk mendenda mereka, aku tak boleh menggunakannya pada esok hari. Sebab esok hari mereka dah tak rasa takut dengan denda yang aku kenakan. Yee laa.. takkan aku nak pukul anak orang hingga jadi kes dera. Aku pun ade rasa belas kasihan jugak. Sebagai guru, aku sendiri kena kreatif untuk menarik minat pelajar belajar dalam masa yang sama berdisiplin dengan pelajaran masing2. Dan setakat ni, nyata aku belum berjaya.

Dari pengalaman aku yang tak seberapa ni, aku dapati ada dua sikap yang ade pada kanak2(mungkin tak semua), iaitu mencabar orang2 tua, dan kreatif dalam tindakan mereka. Kita pun boleh jadi tergamam dengan kanak2 yang tak disangka2 boleh cakap macam2 yang pastinya menguji kita @ memberi kelucuan pada si pendengar.

Kesimpulan yang aku dapat:
* Kanak2 akan menguji ibubapa, guru2, kakak2, abang2 @ siapa yang besar dari mereka untuk melepaskan diri @ mendapat sesuatu.
* Kalau orang2 tua ni mengalah, mereka akan menggunakan teknik tersebut yang boleh mengalahkan orang2 tua ni.
* Orang2 tu kena kreatif untuk menyampaikan yang baik dan buruk kepada kanak kanak dan mesti tegas dengan pendirian mereka.(pandai pandai le nak mempertahankan ape yg nak bg kat budak tu dan ape yg taknak bagi)

Saturday, May 29, 2004


sahabatku... Posted by Hello


Nilai persahabatan

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tapi pada ingatan seseorang pada saudaranya dalam doanya" -al Ghazali-

Aku dapat kata2 ni melalui SMS yg diberikan oleh adik angkat aku. Aku fikir... Fikir tentang nilai persahabatan dan kawan2.

Bagi aku, aku ramai kawan walaupun takde kawan rapat. Semua yg aku kenal aku anggap sebagai kawan walaupun mungkin org tu anggap aku sebagai musuh (aku dpt cara baru baru berkawan melalui blog. walaupun tak kenal, tetap jadi kawan). Aku tak kisahlah ape org lain punya anggapan pada aku. Yang aku tahu, aku taknak cari musuh. Aku takde kawan rapat yg ke sana ke mari bersama. Aku takde kawan yang di mana aku ada dia pun ada, di mana dia ada aku pun ade. Masa kat U, aku lebih suka jalan sorang2. Keluar bandar sorang. Balik kampung sorang. Pegi library sorang. Pegi kuliah sorang. (kecuali kalau ade org nak temankan aku) Tapi, aku akan tegur org yang aku kenal kalau terserempak tengah jalan. Sombong ke aku?

Aku cuma ade seorang je sahabat baik (perempuan ye.. lelaki belum jumpa lagi). Ya... bagi aku, aku iktiraf sorang je yg jadi sahabat baik aku. Aku dan dia berkawan sejak di sekolah menengah. Kami jarang contact, apatah lagi berjumpa. Masa kat U dulu, ade la 1 sem sekali jumpa. Yang sekali satu sem ni, aku manfaatkan sepenuhnya. Tidur, makan, gelak tawa dan menangis bersama. Yang membolehkan aku iktiraf dia sebagai sahabat baik aku, sebab dia menegur kesilapan aku.

Susah utk aku cari kawan rapat yg sudi menegur kesilapan kita. Ade yg berkata di belakang, ade yang buat senyap je. Tapi, yang sorang ni, dia dpt rasakan aku ni ade buat silap dan jauh dari Allah, walaupun dia tak tahu ape yang aku lakukan dlm kehidupan seharian aku. Malah dia dapat tegur aku hingga membuatkan aku teresak mengingati kembali kesilapan2 aku. Dan tegurannya aku boleh terima dengan baik. Teguran dan nasihat dia bahkan membuatkan kami semakin rapat. Ada tali yang mengikat hati kami.

Mungkin inilah dia 'kasih dan cinta kerana Allah, benci jua kerana Allah'...

Friday, May 28, 2004

Kelemahan

Ape dah jadi dengan aku punye blog? Kenapa template tak terpapar? Kenapa gambar takde? Sever utk image source down ke? Hu.. tak lawa le aku punye blog untuk hari ni. Ntah berapa lama lagi ia akan berterusan.

Itu le kelemahan manusia. Setiap ape yang manusia cipta pasti ade kelemahan. Kita kekadang marah dengan apa yang berlaku atas komputer kita, marah dengan kenderaan yang tiba2 rosak, marah dengan air cond kat pejabat rosak, dan banyak lagi yang kita marah dengan apa2 yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Tapi, pernahkan kita berfikir sejenak, pernahkah kita menilai kembali, setiap kerosakan yang berlaku adalah dari kelemahan kita sebagai manusia? Manusia yang ciptakan air cond, komputer, kenderaan dan setiap satu darinya pasti ada kerosakan. Betapa lemahnya kita manusia.

Tapi, kenapa masih ada yang angkuh? Angkuh dengan kebolehan diri. Angkuh dengan harta yang dimiliki. Bangga dengan pangkat. Bangga dengan keturunan. Sedangkan siapa yang memberi semua itu selain daripada Allah? Allah bagi kita berfikir untuk mencipta keperluan2 dan kesenangan2 dalam kehidupan. Allah bagi kita kekuatan untuk berusaha dengan tangan, kaki dan segala yang kita miliki untuk memperolehi harta yang juga untuk kesenangan kita.

Tapi, kenapa kita sering melupakannya bila senang, dan ada yang menganggap Dia tidak adil kepada kita?

Aku yang sering alpa, lalai dan leka. Bangkitlah aku menyedarkan diri sendiri betapa aku seorang manusia yang amat lemah. Aku adalah hambaNya. Aku mengaku aku hambaNya. Tapi, mengapa hatiku masih belum tunduk sepenuhnya sebagai seorang hamba?

Thursday, May 27, 2004

Tak tahu nak letak tajuk ape

Dok asyik menjengah ke blog2 lain, walaupun tak tinggal jejak, sedar tak sedar, dah dua jam dok depan komputer tanpa mengupdate blog sendiri.

Aku seronok hari ni. Seronok dengan sambutan hari guru kat sekolah, seronok nengok anak2 murid aku yang baik2 dan dengar kata pada hari terakhir aku bersama mereka.

Aku main rebut kerusi dan netball kat sekolah, pagi tadi. Lawan ngan murid2 tahap dua. Lepas main, rasa macam tak cukup oksigen. Pandangan mata berpusing. Dada rasa sekak. Mana taknye. Takde warming up langsung, terus je ke tengah padang. Masa main memang tak ingat ape. Yang tahunye, nak kejar bola yg satu tu je. Pulak tu, lawan aku budak yang tinggi dari aku. Lelah jugak le aku menjaga si GK yang langkah panjang tu. Seronok betul aku dapt main netball yang telah aku tinggalkan lebih kurang 4 tahun lepas. Tu pasal jd tak cukup oksigen. Nasib baik tak pitam. Aku pun dah lame tak bersenam. Erobik yg aku buat sndiri kat rumah berdasar cd, cuma hangat2 tahi ayam, dah aku tinggalkan 4 bulan lepas. So, memang badan takde stamina langsung.

Sebelum aktiviti permainan dijalankan, diadakan dulu pertunjukan pentas. Aku terharu. Air mata dah bergenang, cuma tak menitis je (sebab cepat2 aku kesat). Sajak2 yg murid2 deklamasikan, menyentuh hatiku, yang baru je berpengalaman menjadi guru selama tak sampai 2 bulan. Aku imbau balik betapa aku di sini, kini, hasil dari didikan guru. Kenapa bila dah ade pengalaman jd guru baru aku rasa sebak camni? Agaknye gitulah kot, bila dah jadi ibu, baru le faham kenapa ibu perlu dihormati, dikasihi dengan sepenuh hati.

Aku dah jatuh kasih dengan murid2 aku. Walaupun nakal, tapi, gelagat mereka memang menyeronokkan aku. Geram tu memang le, tapi, pastu akan dtg rasa sayang. Pilu pulak rasa hati nak tinggalkan diorang. Masa jamuan makan kat kelas, murid2 semua dengar kata. Mula2 aku takut diorang berebut2 nak amik makanan. Tengok2, semuanya tertib. Makan pun tak banyak cakap. Takde yang gaduh2. Sejuk hati aku melihat. Cikgu lain yang masuk kelas aku pon pelik kejap. Apsal le kelas ni jadi baik ni? Time bersihkan kelas pun, semua bagi kerjasama. Masa nak balik tekde berebut2. Memang seronok le aku tengok. Bertambah terharu hati aku.

Saat bersalaman dengan guru, ade yang mengharapkan aku masih diberi peluang teruskan kerjaya di sekolah tu. WalLahu'alam. Hanya Allah yang tahu di mana aku pada hari esok. Aku sekadar berusaha pada hari ini. Allah jua yang menentukan hidup dan matiku.

Aku semakin sukakan dunia pendidikan.

Wednesday, May 26, 2004

Persediaan...

Yeaa.. yeaa.. esok ade sambutan hari guru kat sekolah. Suka ati aku tak yah mengajo. Heee ;-D Esok aku sertai persembahan guru. Nasyid dan dikir barat. Huuuwaaa... kena berdikir le aku esok. Aku sendiri bile dengar org @ lagu dikir barat, aku dah tahan perut nak tergelak. Ntah le, aku rasa lucu dengar loghat kelate ni, lebih2 lg bila dinyanyikan dlm dikir barat. Tadi, masa latihan kat sekolah, aku dah gelak2 nak berdikir dlm loghat Kelantan. Aku sendiri rasa lucu bila aku nyanyikan lagu dikir tuh.

Balik sekolah, konon nak practice le. Huh.. kene gelak dek adik2 aku pulok. Diorang kate, aku punye sleng cam org siam. Tu le. Biasanya keluarga aku cakap luar (bahasa BM biasa). Tup.. aku kene kecek klate pulok. Haru.. haru.. Tapi, seronok gak. Pengalaman baru.

DIKIR NASIHAT GURU

Murid muri ku semuo
Dengalah pesane dari ambo
Dari ambo cik gu demo
Harap dapa' denga semo
Untuk maso depe demo

Maso guru ngaja berilah perhatie
Jange duduk koya atau pun usik kawe
(2x)

Murid2 yang ku saye
Kade kade hati jadi gere
Bui kijo dia tok buak
Nok pulok raso sie
Dale hati dok pende

Jadike pelajare perkaro ye utamo
Sebagai bekale utk maso depe demo
(2x)

Murid2 ku semuo
Jange malah buat kijo skoloh
Kalu dapat markah rendoh
Nanti ibu bapo maroh
Hati kito jadi susoh

Bilo mok pok maroh dia pun mari skoloh
Cik gu serbo saloh semuonyo jadi leloh
(2x)

Mari pagi pule pete
Nok beri ilmu pada anok bangso
Demi murid yang tersaye
Semugo demo berjaya
Agar tidok putih mato

Hormatlah guru demo pada setiap maso
Semoga berkat ilmu sapa bilo2
(2x)

Murid2 ku semuo
Hanyo ini pesane ambo
Harap jange saloh sangko
Buke ambo nok ngato
Tapi harap berwaspado

Hanyo ini sajo yang dapat disembahke
Maaflah kironyo tersilap perkatae
(2x)


Heee :-D Angkat tangan siapa yang tak faham. Huihh... ramainya. ;-D

Aku pon sebenarnye rasa sedih. Esok juga kiranya perpisahan secara tak langsung aku dengan murid2 aku. Sebab bila diorang buka sekolah, perkhidmatan aku sebagai guru ganti dah tamat. Huuu... aku akan rindukan kerenah nakal anak2 murid aku. Tak puas lagi rasanya aku mencipta kreativiti utk mengajar anak2 murid aku. Aku akan rindukan keriangan mereka belajar dan rintihan penat mereka waktu mewarna masa mata pelajaran pendidikan seni.

Dan aku akan terus merindui zaman persekolahan yang telah aku tinggalkan...

Tuesday, May 25, 2004

Nak tenangkan hati...

Aku tak de mood sebenarnya nak menulis. Mungkin kerana 'sakit perut' yg datang sebulan sekali. Aku nak tenangkan hati yg sedang menggelegak. Sakit hati, sakit hati, sakit hati. Kat sape yek? Hmm.. kalian rasa boleh tak kalau aku sakit hati kat adik aku sndiri?

Aku nak tenangkan hati dgn membaca blog2 org lain...

Monday, May 24, 2004

Uih.. banyak kerja

Huk... huk... huk... tak sangka aku dpt banyak kerja hari ni. Aku ingatkan dua minggu ni, aku relex je. Rancangan pelajaran aku dah siapkan awal2 lagi. Selepas beberapa minggu lepas sibuk dengan ujian bulanan, hari sukan, analisis keputusan markah dan lain2 aktiviti guru. Aku rasakan perjalanan kerja di sekolah agak releks. Cuma tumpukan pada mengajar je.

Tetiba, hari ni, aku diberi tahu oleh ketua panitia matapelajaran Akhlak, aku kena buat soalan peperiksaan pertengahan tahun untuk Akhlak darjah 1 & 2. Huh.. aku takde pengalaman da. Hantam saje la labu... Dateline hujung minggu ni. Waa.. camne ni.

Aku dah tengok jadual buat soalan. Memang ade nama guru yang aku ganti dalam jadual tu, sebagai pembuat soalan matapelajaran Akhlak tahun 1 & 2. Tapi, aku tak sangka pulak yang tanggungjawab tu turut diamanahkan kepada aku. Kira aku ni ganti 100% le. Oooo... gini rupanya jadi guru ganti. Pengalaman.. pengalaman..

Aku juga diamanahkan untuk buat persembahan power point untuk Kem Teknik Menjawab Soalan tahun enam masa cuti sekolah nanti. Cuti sekolah nnti, aku terlibat dalam Kem Latih Tubi UPSRI (untuk tahun 6 sekolah rendah agama Islam, sekolah aku le), selama 2 hari. Kemudian Kem Teknik Menjawab Soalan 2 hari. Aku ganti guru tahun 1 & 2, diamanahkan juga untuk menyelia tahun 6. Haa.. ape maknanya tu?

Aku melihat diriku. Mengkoreksi kembali kelemahan dan kelebihan aku. Aku menilai pandangan orang terhadap diriku. Mengkaji kepercayaan orang kepada aku. Aku insafi. Aku insafi dengan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku. Andai tiada kepercayaan, mana mungkin aku diberi amanah sebesar itu. Bagaimana harus aku jagai kepercayaan mereka? Apakah dapat aku terus membajainya agar kepercayaan itu tidak layu menyembah bumi? Apakah kelemahan yang aku ada dapat ditampung oleh kelebihanku untuk terus meraih kepercayaan itu?

Aku tidak gentar dengan apa sahaja yang kulakukan selagi tidak bercanggahan dengan syariatNya. Tapi, aku cukup gentar andai aku mengulangi kesilapan2 lampau. Aku cuma insan biasa yang punya kelemahan dan kelebihan. Terimalah aku seadanya. Segala yang dipertanggungjawabkan akan kulaksanakan sebaik mungkin bersesuaian dengan kemampuanku. Tapi, aku tidak berdaya memenuhi kehendak dan kemahuan semua orang. Cukuplah aku sebagai seorang aku. Yang sentiasa perlukan bimbingan dan dorongan.

Sunday, May 23, 2004

Bahaya

Apadia masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan? Itu teka teki budak2 yang jawapannya mungkin banyak. Cuma satu jawpan je yang tak berubah iaitu api.

Kat sekolah tadi kecoh. Kecoh tentang cerita kebakaran. Rumah seorang guru (kak Z) hampir musnah dijilat api sekiranya tidak disedari dan tiada tindakan pantas. Segala-galanya berpunca dari ubat nyamuk yang menjadi bahan mainan budak2 baru belajar pasang ubat nyamuk.

Menurut kak z, suaminya bekerja di luar. Sebelum pergi, si suami telah berkali2 pesan tentang ubat nyamuk. Kak Z jawab dengan endah tak endah je. "InsyaAllah tak de ape2 nye." Lebih kurang pukul 4 pagi tadi, kak Z dikejutkan dengan suara tangisan anaknya yang amat kuat beserta batuk kerana kelemasan dalam asap yang telah memenuhi ruang bilik. Kak Z yang tidur bersama anak2 terkejut besar bila tengok api di bawah kakinya. Kakinya telah merasai bahang panas api.

Panik. Memang panik. Alhamdulillah, rasional masih muncul dalam diri. Kak Z terus mengambil bantal yg ade api menyala2 dan dibawa ke bilik air. Terus dijirus dengan air. Kain kak Z yg terkena sedikit api, turut dijirus air. Kemudian, kak Z mengangkat sebaldi air dan disimbah ke atas tilam dan satu bantal lagi yang masih menyalakan bunga2 api di dalam bilik.

Kak Z kata, api tu berpunca dari ubat nyamuk. Ntah le, aku pun tak faham dengan kebiasaan org kelantan yang memakai ubat nyamuk lingkaran, mereka menggunakan tudung periuk ataupun periuk untuk letak ubat nyamuk. Sedangkan, kalau tak silap aku, kalau beli ubat nyamuk dalam tin, dah siap disediakan bekas khas utk ubat nyamuk. Bukannye mahal sangat. Tapi, mungkin ia dah jadi satu tradisi yg sukar utk diubah walaupun dah tahu bahayanya.

Bantal yg digunakan oleh anak kak Z tertimpa uabat nyamuk yg terdedah kerana hanya diletak di atas tudung periuk. Ape lagi, makin lama, bara api ubat nyamuk tu makin membesar le. Syukur, letaknya bukan di tepi langsir. Andai api tu memakan langsir, walLahu'allam apakah akhirnya. Itu peringatan besar buat kak Z dan juga kita semua.

Moral :
1) Pakailah ubat nyamuk elektrik. Kalau tak mampu pun, pakai bekas yang telah disediakan utk ubat nyamuk lingkaran.
2) Jangan ambil mudah ape yang suami peringatkan. Ada hikmah yang tersembunyi dalam kata2 suami seperti mana kata2 kedua ibu bapa.

Saturday, May 22, 2004


Selamat Hari Lahir Adikku... Posted by Hello

Anak lelaki tempatnya di sisi kedua ibubapa. Tanggungjawab kepada kedua ibubapa terpikul dibahunya sehingga akhir hayat. Anak perempuan pula, apabila telah bersuami, suami telah mengambil alih kedudukan ibubapa. Kerana itu, tugas seorang suami berat. Seperti ibubapa menjaga seorang anak perempuan, seperti itu jugalah suami mesti menjalankan tanggungjawabnya.

Tapi, aku anak perempuan sulung. Adik lelaki sulung baru je melangkah ke usia 12 tahun semalam. Ini bermakna, sebelum dia menanggung tanggungjawab sepenuhnya kepada keluargaku, akulah kakak yang mesti memikul tanggungjawab ini.

Harapan mak bukan kecil. Tanggungjawab aku bukan ringan. Akulah kakak yang mesti memikirkan masa depan keluarga. Aku nak enjoy zaman muda. Aku nak bersama kawan2 menjelajah Malaysia. Aku ingin bersama kawan2 try itu ini selagi tidak melanggar syara'.

Arrggghhh... itu semua jiwa mudaku. Jiwa yang melihat kepada keseronokan dunia. Jiwa yang tak ingin memikirkan tanggungjawab. Jiwa yang menganggap hidup ini satu keseronokan. Aku bangkit. Bangkit melawan nafsu muda. Bangun untuk menggenggam tanggungjawab kepada keluarga. Hadirku di dunia bukan keseronokan semata-mata. Hidupku adalah amanah yang akan dipersoalkan kelak.

Bangkit... Bangun... Teruslah mempertahankan keluarga...


Indahnya Alam ciptaan Yang Esa Posted by Hello

Friday, May 21, 2004

Pengajaran di atas Dunia

Apa sahaja yang aku lakukan kini, aku akan pastikan mendapat restu dan kebenaran dari emak ataupun ayah. Mungkin aku ni pemikir orgnya. Atau sememangnya aku telah diberi peringatan oleh Allah sejak aku di dunia yang fana ini lagi.

Aku koreksi diri. Aku nampak aku memang seorang yang amat lemah. Seringkali terpedaya dengan nafsu. Ade duit banyak sket, nampak tu, nampak ni, mulalah tangan gatal nak keluarkan duit. Begitu juga bila syaitan menggoda nafsuku supaya melayan lelaki dengan lemah lembut. Ha... mulalah aku terikut2. Dan mungkin kerana lemahnya aku, Allah memberi aku kekuatan dengan memberi peringatan di atas kesilapan2ku. Tapi, aku bukanlah org Islam yang betul2 baik kerana seringkali aku lakukan kesalahan berulangkali walaupun aku tahu natijahnya kelak bagaimana.

Aku ingat masa aku darjah 4, sekolah agama petang kat seksyen 4, Shah Alam. Pertengahan tahun aku dapat nombor 3. Bangga wooo... Kalau akhir tahun dpt no. 3, aku boleh naik pentas dpt hadiah. Dan mungkin kerana kebanggaan ni, aku alpa. Sekali, ustazah tegur aku bercakap masa dia mengajar. Akhir tahun aku dapt no. 4. Tersentak aku masa tu. Aku dpt no. 4 bukan kerana aku tak berusaha, tapi kerana aku telah mengusik hati cikgu yg mengajar.

Masa tingkatan 3 pun camtu. Aku sokmo tido masa subjek geografi dan bahasa Inggeris. Hasilnya, kedua2 subjek ni aku tak dpt A. Bukan aku tak pandai, tak berusaha, atau tak berdoa. Tapi kerana perlakuan aku. Aku dpt nampak impaknya bila aku singgung hati cikgu walaupun sikit.

Naik tingkatan 4,5 aku mula insaf. Walau macam mana sekalipun tak bestnya cikgu yang mengajar, aku tanamkan semangat untuk ikhlaskan diri belajar. SPM aku dpt 7A1 1A2. Aku tak sangka. Memang tak sangka. Aku rasa usaha aku tak seberapa mana pun. Tak berbaloi rasanya dengan keputusan yg aku dpt. Agaknya inilah barakahnya bila aku betul2 hormati guru. Tapi, BM dapat 4. Heee :-D So, agregat aku 9 je. Tak dpt jd best student gak. Hikmahnya, aku tak dpt le nak bangga diri lebih2. Syukur dengan segala kurniaan Allah.

Memang aku tak pernah naik pentas untuk dpt hadiah akademik. Biasanya aku berada di tahap satu tangga selepas yang terbaik. Bila aku muhasabah balik, Allah memang taknak aku capai yang terbaik, sebab Dia maha mengetahui yang aku ni mudah sangat digoda syaitan dengan sifat2 mazmumah. Tak pasal2 kang aku bangga lebih2 pulak.

Tapi, kat universiti aku buat hal balik. Subjek yang aku kurang memberi tumpuan ketika lecturer mengajar atau aku sokmo ponteng kelas, subjek tu lah yang aku dapat rendah. Padahal, aku study sama je.

Camtu jugak dengan restu mak, ayah. Aku ingat lagi. Masa tu aku baru je dapt lesen. Memang tak cekap lagi le. Nak guna cermin sisi pon tsk berapa pandai lagi. Parking sisi, memang aku elakkan. Satu hari, aku nak pergi rumah kawan aku. Aku minta kebenaran mak. Dari gaya mak cakap, aku tahu mak tak bagi. Tapi, aku ikutkan jiwa remaja aku, aku pergi juga. Tengah jalan aku eksiden. Kecik je. Kenderaan pon tak kemek. Tapi, hati aku memang berdebar kuat. Aku tahu, ni sebenarnya peringatan dari Allah.

Sampai sekarang ni, kalau aku kena apa2 dan hatiku berdebar kencang. Pastinya ada kesalahan yang aku lakukan. Mungkin pada emak, guru, ataupun pada Yang maha esa. Atau mungkin juga pada sesiapa sahaja.

Thursday, May 20, 2004

Kelu...

Ape yek nak tulis hari ni? Aku pun tak de idea. Sebenarnye malas nak mengarang. Minggu ni je, 2hari dah balik petang, pukul 5.30 baru sampai rumah. Keletihan menguasai diri. Syukur, kat rumah ni ade adik2 yang uruskan rumah. Kalau aku dah berkeluarga, terpaksa le aku menguruskan segala keperluan hidup.

Murid2 sekarang ni, kalau yang mulut pot pet pot pet tu, ade je idea diorang nak menjawab cakap2 guru. Diorang ni kreatif. Sampai guru pun tak terfikir camne nak create sesuatu yang baru setiap hari untuk mendisiplinkan murid2. Aku suka murid2 camni. Sebab aku tahu diorang kreatif. Dan aku tahu masa bila diorang ni tumpukan pada pelajaran dan waktu bila murid2 ni dah start boring. Kalau yang senyap, tak cakap ape, aku tak tahu diorang faham ke, atau tengah melamun ntah ke mana. Aku tak rasa marah atau nak lawan kalau murid2 aku menjawab ape yang aku cakap (bukan tanya ek). Aku buat dek je. Kalau dilayan, aku tahu, ia akan menjadi lebih melarat2 hingga aku akan terheret kepada jawapan2 yang bodoh. Baik le aku biar je diorang.

Tapi, aku terfikir juga. Apabila sikap menjawab ni terus menjalar dalam diri murid2 ni hingga mereka meningkat remaja, aku khuatir ia menjadi satu sikap 'kurang ajar' pulak. Bila aku cakap kat mak. Mak kata, itu tandanya budak tu kreatif. Yang penting, ajar dan kawal supaya mereka menjawab pada perkara yang patut dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

Peristiwa...

Aku ade terdengar guru bercerita @ mengadu. Cikgu D masuk ke kelas aku untuk gantikan cikgu E yg tak dtg. Murid2 tak dapat dikawal.

Cikgu D: Eh. Kamu semua ni kan tak faham Bahasa Melayu ke?
Murid F: Tak faham. Saya Faham Bahasa Cina je.
(Punye bengang cikgu tu)

Cikgu D: Kamu semua takde kerja dah ke?
Murid F: Ada. Main bola.
(Sekali lagi darah menyirap ke kepala)

Moral: Nak tangani budak2, tak boleh guna ayat yang sama yg sentiasa didengarinya. Fikirlah cara kreatif untuk mendisiplinkan budak2.

Macam aku le. 3 hari aku denda budak2 dengan denda yg sama, aku ingatkan diorang naik gerun. Rupa2nya bila hari keempat aku nak gunakan denda yang sama, diorang dah mula main2kan aku. So, aku kena ubah cara.

Wednesday, May 19, 2004

Hangat

Aku hangat hati hari ni. Hangat dengan perangai anak2 murid aku yang ntah ape2 hari ni. Aku rasa dah habis cara aku buat untuk tarik perhatian budak2 tu supaya dapat belajar dengan baik. Aku dah berjaya kawal kelas supaya tak berjalan2 waktu aku mengajar. Biasanya, anak murid aku dengar cakap aku. Tapi, hari ni pelik sikit. Aku cam tunggul kat depan kelas. Aku mengajar kat depan, diorang mengajar kat belakang. Ade yang berangan2 ntah ke mana. Kalau sorang dua boleh le tahan. Ni, hampir satu kelas. Nak denda pun, dah habis cara dah. Bukan diorang gerun, malah berebut2 nak kena denda. Punya hangat hati aku. Sabar je la...

Kalau sekumpulan lelaki dan perempuan dihimpun dalam satu perbincangan. Kemudian diberi satu topik berkisar tentang kekeluargaan. Korang rasakan, apakah topik yang paling HANGAT?

Beberapa hari lepas. Secara tak sengaja, aku terperangkap dalam satu perbincangan hangat guru2 yang sedang melepak kat bilik guru. Sebenarnye lebih pada perkongsian pengalaman. Aku sekadar mendengar. Tak masuk campur. Maklum le, cerita orang2 dah kawin. Aku ni single lagi. Takdak pengalaman. So, takleh le nak komen benda yang kita tak tahu realitinya.

Rupa-rupanya Kak X bermadu. Aku ingat nak dok kejap je kat bilik guru tu. Terdengar topik yang menarik, terus aku melekat. Bukan ape, sekadar mencedok pengalaman orang lain.

Kak X kata, dia boleh layan mesra suami dia sekarang kerana dia dah maafkan suami dia. Ape yang dah berlaku lama dulu (aku pun tak tahu berapa lama dah dia kena madu), dia anggap sebagai satu kesilapan suami dia. Bagi kak X, setiap manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Dan itu adalah kesilapan suaminya. Dia sebagai manusia biasa, memaafkan kesilapan orang lain dan menerimanya dengan redha sebagi ujian dan dugaan dari Allah.

Tak sakit hati? Oh, no. Sape yang tak sakit hati. Jauh dilubuk hatinya, luka lama masih ada parutnya. Ada kalanya nafsu membisikkan dalam hatinya untuk memiliki semula suaminya sepenuhnya. Tapi, itu bukan doa. Sekadar bisikan syaitan.

Kak X selalu berfikir. Sekiranya dia bercerai, dan ditakdirkan berkahwin lain, dia belum tahu suaminya kelak adakah sebaik suaminya kini. Daripada jatuh ke tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab, baginya lebih baik dia kekal bersama suami, yang aku sendiri klasifikasikan sangat baik, walaupun terpaksa hidup bermadu.

Kak X sebenarnya bertuah. Aku doakan dia mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah. Menurut cerita kak X, suami dia seorang yang penyabar, sayang padanya dan anak2. Tak pernah tinggi suara pada kak X, apatah lagi mengasarinya. Kalau kak X marah2, suami dia hanya mendiamkan diri. Suami dia memahami dia. Berjiwa lembut. Anak2 diberi perhatian dan kasih sayang. Dan anak2 pun sayang pada ayah mereka. Sejak berkahwin lain, suami kak X tak pernah abaikan tanggungjawabnya. Kak X diberi pembantu rumah.

Kalau suami kak X balik ke rumah, dia akan bawa kak X jalan2. Dia tak benarkan kak X masak. Kak X pun memang malas masak. Tapi, kak X kata, sesekali suami dia balik rumah, nak juga dia menghidang masakan dari air tangan dia. Tapi, nak buat camne. Si suami nak jaga hati isteri, dibawanya isteri makan angin.

Ade guru tanya. Kak X tak pernah ke buat kerja bodoh? Ye laa.. ade sesetengah org tu, bila sakit hati mengatasi akal dan iman, ade yang sampai nak bunuh diri. Kak X kate, satu je yang dia buat, yang dia rasakan paling bodoh. Kak X undur kereta, suami dia dalam kereta kat belakang. Dia sedar suami dia ada. Suami dia pun tekan hon berkali2. Tapi, dia dengan sengaja langgar kereta si suami. Masa tu dia hanya rasa nak lepas kan geram yang amat sangat. Suami dia, tak cakap ape2, baiki kereta yang rosak teruk la jugak.

Kak X jugak bertuah dapat madu yang sekadar NAK BERSUAMI, BUKAN nak SUAMINYA. Dan rupa-rupanya, si suami dah pergi memohon petunjuk dari Allah di depan Kaabah sebelum membuat keputusan berkahwin satu lagi.

Last sekali, kak X berpesan, kalau suami nak kawin lain, kena keras dan tegas sikit. Bukan sebab hati semata2. Tapi, kerana kehidupan bukan semudah yang di sangka.

Monday, May 17, 2004

Nak beritahu

Aku sakit kepala. Berdiri rasa cam nak jatuh, berpusing-pusing. Kepala bengang. Berat rasanya. Tapi, aku tetap nak menulis juga. Biasak le... Bila dah menaip, ape yang berlaku kat sekeliling, maleh dah nak cara.

Balik je dr sekolah petang tadi, adik aku terus bagi aku surat. Tengok ade cop sebuah universiti tempatan. Yeeaa.. yeaaa.. ni mesti surat tawaran buat Master. Aku dah tak sabar dah nak belajar balik. Dulu tak ngaji molek2. Rasa tak puas lagi belajar. Rasa nak tebus semula kesilapan aku, tak belajar bersungguh-sungguh.

Tu le, lecturer, senior, selalu pesan supaya kutiplah mutiara2 ilmu yg cukup berharga dari prof2 kat universiti smentara ada peluang. Tapi, aku malas. Nak mengadap muka pensyarah pun, hanya dalam bilik kuliah. Aku nak gi jumpa lecturer selalu, huh, lambat le lagi. Bila dah semester akhir, baru le terhegeh2 ketuk pintu bilik lecturer. Haa... baru le aku tahu, betapa bernilainya kalau selalu jumpa lecturer. Kan dah nyesal. Tapi, tak guna dah. Masa tidak sekali2 akan berundur ke belakang semula.

Buka je surat yang aku terima. Yesss!!! Tersengih aku. Aku kena gi dengar taklimat pada 16/6/2004 untuk Master of Library and Information Science (MLIS) dan pada 17/6/2004 untuk Master of Usuluddin. Haaa... satu hal pulak nak memilih. Hari tu, gatal sangat nak mohon dua2 sekali. Sekarang kena fikir elok2 pulak untuk pilih masa depan sendiri.

Aku ada degree dalam Usuluddin. Pengkhususan, Sejarah dan Tamadun Islam. Sekiranya dilihat dari prospek kerjaya, peluang memang kecil. Nak jadi pegawai Syari'ah, aku bukan tahu sangat hukum2 fiqh secara mendalam, melainkan ape yang aku belajar kat sekolah. Tapi, aku percaya pada ketetapan rezeki yang Allah bagi pada kita. Yang aku ngaji kat universiti, hanya tentang Sejarah dan Tamadun Islam. Tu pun, banyaknya, ilmu dlm buku, bukan di dada. Ishk... teruk betul aku ni. Kalau orang dengar aku dpt degree Usuluddin, mesti orang nak tanya aku itu ini tentang Islam. Tapi aku, habuk pun tarak. Malu kat semua orang.

Itu le sekarang ni. Ilmu agama pun dibahagi2kan. Macam mane nak jadi ulama' kalau dah tahu sebahagian, tak tahu sebahagian yang lain? (Aku la tu) Tu belum masuk ilmu2 kemajuan dunia lagi. Tu la yang berlaku amal Islam separuh separuh.

Sebab tu, aku mohon MLIS jugak. Tu kira untuk kerjaya le tu. Hajat aku, dah kerja, kumpul duit, aku nak buat Master dalam pengajian Islam pulak. Belajar dan terus belajar seumur hidup. Rezeki, Allah yang tentukan.

So, any suggestion or opinion?

(Sakit kepala aku dah beransur pergi. Magic jugak ngadap komp. ni)

Sunday, May 16, 2004

Selamat Hari Guru

Waaaaa... sedihnye. kenape takde sorang pun ucapkan selamat hari guru kat den. Sadis, sadis.

Walau apapun, Selamat Hari Guru kepada semua guru2 tak kira di mana jua anda berada. Hari pekerja semua pekerja cuti. Hari guru, kenapa semua guru tak cuti ek? Heee... ;-) baru mengajar sebulan lebih, ada hati nak cuti banyak pulak daa. Cuma satu je kesian. Hari pensyarah takde laa.

Aku terharu. Sangat terharu. Aku dapat beberapa hadiah dari anak2 murid aku. First hadiah yang aku terima membuatkan aku terkedu seketika. Tak sangka. Memang tak sangka akan dpt hadiah sempena hari guru (walaupun sebenarnya sekolah aku buat sambutan Hari Guru pada 27hb nanti). Ibu bapa yang sediakan, anak2 tolong menyampaikan. Tapi, ia adalah satu cara untuk ibubapa mendidik anak2 menghargai guru2 mereka. Bagus juga.

Aku ingat lagi dulu. Cara nak tahu guru mana yang disukai ramai, tak kirala dari sudut mengajar ke, pakaian ke, wajah ke, tengok le masa hari guru. Caranya, siapa yg dpt hadiah banyak sekali, haa... ye la tu. Dia tu lah yang paling disukai.

Bila aku dapat hadiah, aku mula teringat kembali guru2 yang telah mengajarku. Aku insafi tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Aku rasa, aku sendiri maih belum mencapai tahap guru yang sepatutnya menjadi contoh terbaik buat murid2 di sekolah. Terlalu banyak kelemahan. Bagi aku, tanggungjawab seorang guru bukan hanya menyampaikan, lebih besar adalah mendidik.

Sekadar mengajar, menyampaikan, kemudian nak anak2 murid cemerlang. Itu hanyalah sbahagian kecil tugas guru. Yang lainnya, bagaimana seorang guru memberi kesedaran kepada pelajarnya tentang akhlak, tentang kehidupan. Bukan menjadi manusia yang cemerlang namanya sekiranya cemerlang dlm pelajaran tetapi kecundang dalam akhlak. Cuma satu perkara yang aku kira agak menyekat pendidikan yang sempurna (maksud aku berjaya dalam pelajaran dan akhlak) berlaku di sekolah iaitu peperiksaan.

Aku sendiri kadang2 rasa tertekan dengan exam. Aku terasa seolah2 dikejar oleh silibus untuk peperiksaan. Sedangkan kelas aku yang akhir sekali masih merangkak2. Yang kelas pertama memang le dah advance. Pening aku memikirkan cara untuk mengajar dengan baik supaya budak2 tu reti.

Ade tak guru yang menyelitkan akhlak dlm pelajaran sains, matematik, english, bahasa melayu, ataupun ia sekadar di sentuh kerana memang dah ade dlm silibus. Haa.. ape? Tak sempat? Tu le, aku dah kate. Nak kejar, nak kejar exam. Pastu murid pun terus disuap dengan pelbagai mata pelajaran. Guru sendiri akhlak tunggang langgang. Dah tu, mana le murid2 nak jadi betul. 'Jangan jadi seperti bapa ketam mengajar anaknya berjalan'

Aku tak tahu le, apa yang aku tulis ni, ade relevennya atau tak. Sendiri2 le menilai.

Saturday, May 15, 2004

744 Family (ii)

Petang tadi aku pegi hospital melawat bapa saudaraku yang di tahan wad kerana pelbagai penyakit. Dia masuk spital asalnya sebab paru-paru. Tapi, biasa le. Dan kena tahan kat wad, macam2 le penyakit yang timbul. Darah tinggi le, kencing manis le. Ha, tu le penyakit2 orang Malaysia.

Berjalan melintasi beberapa wad, naik lif, mencari-cari pesakit, mengingatkan aku pada masa2 lalu ketika menjaga arwah nenek. Aku lebih arif tentang hospital Kuala Terengganu dan Pusat Perubatan UM dari Hospital KB. Dua hospital tu lah aku selalu panjat (eh… bukan, selalunya naik lif kecuali masa electricity terputus) untuk menjaga arwah nenek sehingga akhir hayatnya.

Ketika dia menghembus nafas terakhir, aku taknak nangis, sebab aku tahu, aku dah jaga dia berbulan2. Menyuap makanan, minuman, mengurut2 apabila dia mengerang sekali sekala, menukar lampinnya. Tapi, air mata tetap melimpah. Dadaku sebak, aku tak boleh berkata2. Kolam air mataku akan pecah sekiranya mulut meluah kata. Lebih2 untuk menyampaikan salam kepadanya dari anak2nya yang jauh di rantau.

Aku insaf menilai balik apa yang telah aku curahkan padanya. Aku tak tahu apakah arwah selesa dengan setiap layananku? Apakah arwah redha dengan apa yang telah aku lakukan kepadanya? Adakah tindakan2 aku yang telah menyakitinya? Aku khuatir andai ada aku terkasar bahasa, perbuatan yang menyebabkan arwah terasa. Maklum le, aku yg sihat ni dok lame2 kat spital, ada masanya datang keboringan dan kemalasan.

Inilah pertama kali aku melihat insan berada di penghujung kehidupan di dunia. Ini juga pengalaman pertama aku sama2 menguruskan jenazah. Siapa lagi yang sepatutnya memberi khidmat sebelum jasad di usung ke liang lahad, melainkan anak cucu sendiri.

Dadaku sebak kembali mengingati detik waktu sewaktu menjaganya, saat dia meninggalkan kami semua. Inilah sahaja peluang aku untuk berbakti kepada peneraju keluarga 744, sekaligus memberi bantuan kepada keluarga 744.

Sejak detik perginya arwah nenek, kesunyian merajai rumah 744 di Kuala Terengganu. Aku rindu. Rindu pada keriuhan rumah itu. Rindu pada perkumpulan semua keluarga di rumah yang penuh sejarah itu. Rindu pada kasih sayang arwah nenek walaupun dia tak pernah tunjuk.

Kerana itu, aku ingin mengabadikan 744 dalam hati aku. Kenangan manis mahupun pahit, aku nak biar ia terus mekar dalam diri aku. Walau suatu hari nanti, rumah itu hanya jadi sebutan di kalangan kami, aku tetap mahu generasi2 aku kelak mengetahuinya. Kerana di sini aku belajar erti kekeluargaan. Di sini aku belajar tolong menolong. Di sini aku belajar erti pengorbanan.

Air mataku menitis kembali…

Friday, May 14, 2004

Ape yek...

Yeaa.. yeaa.. my favourite writer besides mak andeh dah bukak blognya sendiri. nak tahu sape kena la gi lawat sendiri blognya.

Aku suka penulisannya. Kenapa ek? Ntah la. Dalam penulisan yang penuh puitis. Terselit seribu pengalaman, pengajaran. Ia bukan cerita kehidupan biasa. Tapi tulisannya ada pengajaran.

Aku sendiri tidak tahu adakah blog yang aku create ni memberi apa2 input yang berguna kepada pembaca. Yang aku tahu, aku akan terus menulis selagi aku mampu. Siapalah aku yang masih mentah dengan pengalaman hidup. Yang terlalu jahil dengan selok belok dunia. Yang ilmu tidak sedalam mana.

Pagi yang mendamaikan, mengingatkan aku pada...

Suasana pagi begitu nyaman. Udara pagi yang sejuk menmbusi tingkap bilik membuat aku terasa segar. Otakku terpanggil2 untuk mengarang, menyusun ayat, menulis blog. Aku pun tak tahu apa yang aku nak tulis. Semuanya lahir begitu saja tanpa paksaan. Di kala ini, masih ada yang berbungkus selimut. Kenyamanan pagi membuatkan kemalasan untuk meninggalkan selimut semakin menular ke dalam diri manusia2 yang masih tidur waktu ini.

Siang telah Allah jadikan untuk manusia bekerja, berusaha. Malam Allah telah beri ruang kerehatan. Awal pagi, Allah menggalakkan hamba-hambaNya tunduk sujud kepadaNya. Indahnya aturan yang telah Allah tetapkan. Orang yang pandai menghargai aturan masa yang Allah tetapkan ini, pastinya merasakan kehidupan yang teratur. Tidak bersungut 'tidak cukup masa'.

Aku... hm.. masih begini. Tidak pandai menghargai semua yang Allah berikan kepadaku. 2 hari lepas, aku tidur selepas Asar. Sedangkan Allah menggalakkan waktu itu digunakan untuk berzikir mengingatiNya setelah seharian sibuk dengan urusan dunia. Natijahnya, kepala aku 'senget'. Sebab tu aku tak dapat mengarang dengan baik. Kehidupan malam ku jd berterabur. Emosi aku tak stabil. Kesimpulannya, memang betul le tidur petang mewarisi ciri2 kegilaan.

Suasana damai dengan kicauan burung begini mengingatkan aku pada diri aku 7 bulan lepas. Ketika aku di semester akhir universiti. Aku yang dulu rajin bangun solat awal pagi. Rajin bermunajat kepadaNya. Rajin melakukan amalan2 sunat walaupun tak banyak. Tapi, aku kini terasa begitu jauh darinya. Mana pergi dini hari yang aku persembahkan buatNya? Mana hilangnya amalan sunatku untuk menampung amalan2 wajib? Terlalu jauh aku kini denganNya biarpun aku masih berpegang pada taliNya. Kenapa jadi begini? Kalau nyawaku ditarik kini, bersediakah aku dengan amalan2 yang begitu nipis?

Ibadah tak semestinya dengan sujud kepadaNya. Setiap perlakuan, pekerjaan kita yang niat kerana Allah dikira ibadah. Ya... Aku amat2 bersetuju dengan perkara ni. Kalau tak kerja, camne umat Islam nak mengalahkan si laknatuLlah? Tapi, bila aku koreksi diri kembali, aku tertanya.

Adakah aku tanam niat pegi kerja untuk menegakkan agama Allah? Adakah aku niatkan didik budak2 tu, untuk melhirkan generasi Islam yang menjunjung al-Quran dan Sunnah sepenuhnya? Adakah aku pasakkan dalam diriku, segala perbuatan yang aku lakukan adalah perbuatan yang disukai Allah? Atau aku hanya lakukan segalanya kerana ia rutin hidupku semata-mata? Cukupkah amalan2 aku yang sedikit dicampur dengan kehidupanku yang tidak disandarkan kepada Allah, sebagai bekalan untuk aku melangkah ke alam sana?

Masya Allah, lemahnya aku dalam pengabdian ini.

Wednesday, May 12, 2004

744 Family

Apa pentingnya keluarga? Kenapa ada orang yang bermusuh musuhan sesama ahli keluarga? Kalau ade gaduh sikit2 tu, biasala. Tapi, aku semakin pelik dengan manusia yang sanggup membuang keluarga sendiri. Sebab berbeza pendapat? Sebab ikut perasaan? Tidak sedarkah mereka, dari keluargalah lahirnya generasi pada hari ini. Pincangnya keluarga menggambarkan kepincangan masyarakat.

Keluarga 744. Aku bukan berbangga dengan keluarga ini. Tapi, aku amat bersyukur dilahirkan di dalam keluarga ini. Kami menerima pendidikan yang berlainan bidang. Pengalaman kami berbeza. Fahaman politik kami berbeza. Pengetahuan kami juga berbeza. Pekerjaan kami berbeza. Kewangan kami berbeza. Banyak. Memang banyak perbezaannya.

Tapi, kami tetap bersatu. Bersatu dengan hati hati yang kukuh ikatan kekeluargaan. Aku, sepupu-sepupu aku, kami semua ada melakukan kesilapan. Aku tabik pada mak2 dan pak2 saudara aku yang menerima kami semua sebagai manusia yang ada kelemahan dan kelebihan. Kesalahan, kekurangan kami, anak2 saudara diterima dengan tangan terbuka. Diberi ruang untuk memperbaiki kesilapan.

Ada di antara kami yang memiliki perangai atau sikap yang kurang disenangi. Ada antara kami yang menghadapi masalah pelejaran. Tapi, kami tetap diterima. Kami tetap dipercayai.

Kerana itu. Aku amat suka berkumpul dengan keluarga 744. Perkumpulan yang memberi makna. Keputusan2 besar dilakukan dengan bermesyuarat bersama. Aku kagum. Bagaimana mak2 dan pak2 saudara aku yang dah memiliki pendirian sendiri, mampu duduk bersama2 dengan anak2 saudara, membuat mesyuarat besar2an. (Nanti dah dewasa, ada keluarga aku sendiri, mampu ke aku buat camtu?)

Perang mulut. Ohhh... tu takleh lari dah. Tapi, perbezaan pendapat tu hanya setakat tu je. Tak melarat sehingga menjejaskan ikatan saudara.

Sesekali kami berkumpul, keluar la pelbagai kisah dan cerita. Gamat suasana. Ada yang cerita tentang anak masing2, komputer, drama jepun, jodoh dan sebagainya. Aku paling suka time dekat raya. Masa arwah nenek aku ada, dan dia sihat lagi, 2 hari atau sehari sebelum raya, mesti berbuka dengan bubur lambuk yang dia buat.

Berbuka puasa dengan 7 keluarga, 3 darinya ada 7 - 8 anak. yang tu nak ini, yang ni nak itu. Tak ke gamat suasana? Seronoknya. Dulu masa kecik2 aku masih ingat, ada pengisar air batu plastik. So, banyak le permintaan ABC dr bebudak yg baru belajar puasa ni. Masa yang paling gembira bagi aku adalah 2 akhir Ramadhan dan 1 Syawal. Biasanya waktu ni, hampir semua ahli keluarga ada.

To be continued...

Tuesday, May 11, 2004

Tak de idea

Kalau ikutkan, banyak isi2 karangan aku. Tapi, aku malas nak mengarang.

Cuma, buat renungan semua. Satu hadith yang kita dengar juga merupakan satu ilmu. Jangan dikesampingkan. Tidak kira la bagaimana cara penyampaiannya. Tadi, aku dapat satu ilmu tentang riba. Riba yang paling buruk adalah merendah rendahkan sesama Islam.

Macam mana tu? Haa... dengan cara mengumpat, mengeji. So, jauhilah sikap2 merendah2kan orang lain. Yang perlu ada dalam diri kita ialah menegur, membimbing.

Tapi, mesti diingati, manusia kat dunia ni tak terhitung banyaknya. Maka begitu juga la dengan cara penerimaan manusia terhadap teguran, bimbingan kita. Sebab tu, terdapat banyak cara menyampaikan sesuatu perkara. Melalui penulsan, perbuatan, pidato dan sebagainya.

Seperti aku. Aku suka laut. Dan ada org yang suka langit, matahari seperti Takuya Kimura dalam Good Luck.

Pengajaran:
1) Sampaikanlah warisan dari al-Quran dan Hadith walaupun satu ayat.
2) Jangan suka mengumpat dan mencaci orang lain
3) Bersama2lah kita tegur menegur antara satu sama lain

Monday, May 10, 2004

Saling bekerjasama

Antara ibubapa dan guru perlunya ada kerjasama yang baik. Kekadang ibubapa terlalu mengharapkan kepada guru. Dan ada kalanya, guru juga begitu meletakkan harapan kepada ibubapa untuk membimbing anak2.

Di sekolah, masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran2 yang telah ditetapkan, masa untuk mendidik seorang pelajar menjadi manusia tidak mungkin mencukupi. Guru amat mengharapkan pelajar mengulangkaji pelajaran di rumah. Tapi, mana mungkin pelajar darjah satu buat kerja sekolah, ulangkaji, tanpa disuruh. Ibubapa pula amat mengharapkan guru menegur, mendidik anak2 mereka melakukan perkara2 yang baik dan berakhlak mulia.

Di sinilah perlunya kerja sama antara guru dan ibu bapa. Kalau ibubapa sentiasa sibuk, guru pula berkelakuan yang tidak boleh dijadikan contoh oleh pelajar, hasilnya, rosaklah generasi yang lahir.

Beberapa hari lepas, ada ibu seorang pelajar datang mengadu anaknya sakit sebab dipukul oleh kawannya. Ketika itu guru tiada dalam kelas. Tu baru darjah satu. Dan mungkin pukulannya tak le seberapa.

Aku salahkan guru yang sepatutnya berada dalam kelas, tapi tak jalankan amanah. Sepatutnya dia faham keadaan pelajar darjah satu yang mempunyai pelbagai perangai. Yang nakal tu, kekadang sampai takleh dikawal. Sekurang2nya bila guru ada, guru boleh menghkum pihak yang bersalah dan memberi pengajaran. Tapi, bila guru takde, haa.. sape yang akan bertanggungjawab kalau berlaku apa2 yang tak diingini?

Aku bersyukur bilik guru aku adalah kelas aku sendiri. Sekurang-kurangnya, kalau kebetulan takde cikgu masa aku takde kelas, aku boleh tengok2kan anak2 murid aku.

Aku juga tak berapa setuju pada si ibu yang menyalahkan sepenuhnya kepada guru. Guru juga ada tugas lain selain mengajar. Guru seorang takkan mampu mengawal 30 orang murid dengan sebaik2nya. Kesakitan, kecederaan ringan bagi kanak2 yang sedang membesar adalah perkara normal. Aku faham perasaan seorang ibu walaupun aku belum menjadi ibu lagi. Tentu seorang ibu taknak anaknya cedera, lebih2 lagi diluar dari pemerhatiannya.

Ntah la... Aku sendiri pun belum menjadi seorang ibu walaupun dah jadi guru.

Terima Kasih yang tak terhingga

Apa pandangan kalian tentang template terbaru blog aku ni. Ha... aku bagi amaran. Jangan kutuk ye. Ni adik aku buat (Domo Arigato Gozaimas, dik). Dia berpenat2 buat, so, jangan kutuk2.

Sebenarnya, aku nak buat sendiri, tapi aku tak reti. Aku memang takde basic langsung tentang html @ yang sewaktu dengannya. Yang aku tahu tentang komputer hanyalah Ms Office je. Yang lain, aku tak pernah usik pun.

Aku suruh adik aku ajar. Tapi, dia memang takde bakat langsung jd cikgu. (Heee... ;-) jangan mare ye, Ijah). Aku terpengung2 tengok dia buat. Dia klik sana klik sini. Tengok2 dah berubah bentuk. Last skali, dia makin pandai, aku terus tak pandai2. But, aku akan explor sendiri. Aku akan cuba klik sana klik sini untuk buat template sendiri. Biar le lambat. Asalkan aku dapat sesuatu yang baru.

Yeaahh... kehidupan dan pengalaman adalah pelajaran yang paling baik.

Sunday, May 09, 2004

Sukan sekolah

Aku balik dari hari sukan sekolah aku semalam, terus bergegas ke depan komputer. Alamak, ade notis lah pulak! Jangan guna! Sorry. Windows corrupt. Maybe caused by viruses! Semua penghuni rumah cam takde arah nak buat bila komputer takleh guna. Kalau tak, 24 jam dok depan komputer. Nasib baik le ade adik aku yang pakar komputer. Alhamdulillah, hari ni dah dapat guna. Takde la nak kena bawak pi kedai.

Aku tanya mak, semalam. Kenapa le kanak2 ni tak reti letih? Jawapnnya sebab dia tak fikir dan emosi. Masa hari sukan semalam, tugas aku hanya mengawal budak2 pasukan aku supaya diorang tak merayau tak tentu hala. Tapi, dah dekat tengahari, aku dah rasa letih. Dah tak larat nak menyuruh budak2 tu masuk khemah.

Pasukan aku yang ramai sekali pelajar lelaki, tinggal berape kerat je dalam khemah. Pasukan sorak yang aku wujudkan bertujuan untuk mengawal keadaan, dah pergi entah ke mana. Kata diorang dah takde semangat tengok asyik kalah je. Kesian murid2 pasukan aku. Tapi, aku pun nak tolong camne. Yang main diorang. Yang kalah pun diorang. Aku hanya boleh bagi semangat je dan tolong tenangkan diorang.

Ishhkk... budak2 ni, aku letih, diorang tak rasa letih ke? Bukannya nak duduk diam2. Dok merayau tak tentu hala. Orang tengah buat pertandingan sukan kat tengah padang, diorang buat lumba lari tepi padang. Aku rasa, aku ni, 10 minit sekali suruh bebudak tu masuk dalam khemah.

Aku suka tengok perangai budak2 bertanding sukan. Macam2 gaya. Ada tu, masa lari berganti2, baton yang perlu dipaskan pada kawan, dibalingnya. Ya Allah, budak ni. Sape lah ajar baling camtu. Masa pertandingan larian, yang kecik lari laju. Cuba bayangkan macam mana si kecik tu lari dengan lajunya? Bersemangat aku tengok. Macam2 gelagat dan gaya budak2 berlari. Yang aku ni, duduk dengan pasukan sorak rumah sukan aku, naik semangat lebih dari budak2 tu. Sekali ingat, rasa malu pulak kalau aku dapat tengok balik perlakuan aku.

Ada budak yang tengah2 main, tetiba berhenti, terpengung tak tahu nak buat ape2. Sampai le cikgu suruh dia lari balik ke kawan2 yang sedang menanti. Padahal diorang dah dilatih masa hari latihan sukan.
Tu belum part ibu bapa lagi. Ha ha ha :-D Ketawa kuat aku tengok golongan bapa dok berlari dalam guni.

Dalam banyak2 hadiah yang disediakan, satu pun aku tak dapat. Pasukan aku pulak dapat nombor last. Aku tak kisah pun. Tapi, aku kesian sangat kat murid2 tu. Semangat bukan main. Tapi bila main, ade le yang buat silapnya (biasa la, gabra). Yang kat bawah khemah, kecewa melihat kawan2 diorang. Aku tenangkan diorang. Jangan putus asa. Tahun depan ada lagi. Bagi yang darjah enam, kat sekolah menengah aktifkan diri dalam sukan dan permainan.

Belon yang digunakan untuk perasmian di bahagi2kan pada budak2. Ada yang terlepas ke udara. Aku lihat belon tu bersendirian mengapungkan diri di udara. Naik, dan naik lagi terus ke atas. Semakin lama semakin tinggi, semakin kecil pada pandangan mata. Apakah yang akan berlaku pada belon2 tu? Seperti kehidupanku. Perjalananku makin lama makin jauh. Satu masa akan sampai ke destinasi. Tapi, nasibku di tengah perjalanan tidak ku ketahui. Pengakhirannya bagaimana juga tidak ku ketahui.

Anak murid aku yang duduk kat sebelah aku turut melihat apa yang kulihat. Dalam fikirannya mungkin terlintas "Apalah yang istimewanya belon mu'allimah tengok tu?"

Friday, May 07, 2004

Kedamaian itu...


Ombak menghempas
memukul aku
membawa aku
merasai dan melayari
satu perasaan
yang sukar kutafsirkan

apakah ini ketenangan
atau hanya mainan perasaan
tapi
yang pastinya
aku amat menyukai
tatkala diri dihempas ombak
tatkala desirannya menyapa telinga



Semalam aku gi mandi laut. Bukan pandai berenang pun aku ni. Sekadar membasahkan sekujur tubuh dengan air pantai yang masin tu. Takde orang kat sekitar tu. Lagi best le aku. Sebenarnye gi amik mak aku yang out station 3 hari di tepi pantai. So, ape lagi, ‘sambil menyelam minum air’.

Aku suka berendam air pantai. Duduk berapa lama dalam air tu pun aku tak kisah. Kekadang rasa tak puas je. Tapi, peluang yang ade tak banyak.

Bila kaki mencecah air, aku akan duduk bersila dalam air, sambil tu membiarkan ombak pukul aku. Best wo! Tak terkata dengan kata2. Masa ombak mencecah badan aku, ade satu perasaan seronok menjalar dalam jiwa aku. Kadangkala, aku duduk membelakangkan laut. Aku dengar deru ombak, sambil belakangku dibantai oleh si ombak.

Aku lihat pada laut yang luas terbentang. Aku merenung kaki langit. Aku menikmati keindahan pancaran matahari. Begitu damai jalinan ciptaan Allah ini. Betapa sempurnanya. Tapi, kenapa aku masih di sini, seringkali melanggari perintahNya yang tersusun sempurna dan rapi? Dia maha mengetahui setiap apa yang berlaku pada diriku, malah pada dunia keseluruhannya. Tapi, kenapa aku masih tidak pandai menghargai segala pemberianNya, mensyukuri segala nikmat yang Dia berikan?

Aku tak reti nak terjemahkan perasaan aku. Aku tak tahu berkarya menafsirkan makna2 bayu, si ombak, pasir yang memutih. Yang aku tahu hanya merasai dan menikmati nikmat yang Tuhan berikan.

Aku ada juga bertanya sendiri, kalau aku punya rumah kat tepi pantai, adakah aku akan merasai dan menghayati irama pantai sebegini?

Kepenatan

Semalam aku tak apdate blog. Kepenatan... Lepas Maghrib terus tido sampai ke pagi. Isya' pun awal pagi baru sembahyang. Letak je kepala, terus tak kenal dunia.

Kat sekolah ade raptai hari sukan. Berkejar2 dengan budak2 kat sekolah, kawal diorang supaya tak merambu kat tempat2 lain. Sekolah aku ngajar, padangnya sempit. So, kitorang sewa padang sekolah lain, dekat je dengan sekolah tu. Nak buat raptai, murid2 semua kena jalan ke sekolah tu. Jadi, kena la kawal diorang supaya tak ke tengah jalan, tak buat kacau di sekolah orang lain. Balik je ke sekolah lebih kurang pukul 10.45 pg, aku ingat tak nak mengajar dah. Tapi, bila tengok budak2 dok berkejar2an, main2, aku pun masuk gak kelas, mengajar. Sekadar nak mengawal keadaan supaya tak berlaku perkara tak diingini.

Ada sorang anak murid aku (aku namakannya yyy) mengadu hilang duit. Sampai waktu balik, dia still tanya aku sama ada aku jumpa tak duit dia. Aku ni guru yang baik le katakan ;-) Kesian kat budak tu, aku pun bagi le seringgit duit aku kat dia. Kat aku sebenarnya dah ade tiga ringgit duit yang dijumpai minggu2 lepas. Tapi tak dituntut walaupun dah diiklankan beberapa kali. So, kira aku bagi duit tu le. Sama la juga kan. Mungkin duit budak tu tadi cikgu lain yang jumpa.

Masa aku bagi duit tu, ade la budak lain nampak (aku namakannya xxx). Aku sengaja menunjuk2 yang aku ni bagi duit kat yyy. Muka xxx bengkek je aku nampak. Jeles kot. He he he :-) Lepas tu aku pun menuju ke kelas aku (merangkap bilik guru aku). Tengah aku dok awasi murid2 yang keluar dari kelas aku, tetiba si xxx datang kat aku dan cakap "Mu'allimah, saya pun dapat markah ujian akhlak 100 jugak, kenapa yyy je yang dapat duit?"

Ha ha ha... Tergelak besar aku. Kan betul aku kata, dia jeles. Aku pun terangkan "YYY hilang duit. Mu'allimah jumpa duit dia, mu'allimah pulangkan le balik. Bukannya mu'allimah bagi duit sebab dapat 100 markah." Lepas aku explain cam tu, dia pun angguk dan terus pergi dengan muka yang puas hati. Heee :-) Nampaknye lepas ni aku kene sediakan hadiah untuk murid2 aku yang dapat markah 100. Kalau aku teringat balik peristiwa tu, aku gelak sengsorang. Best wo nyakat budak2. Tapi kena la explain perkara yang betul. Kui kui kui...

Balik sekolah, pegi mandi laut. Dipukul ombak membuatkan keletihan aku bertambah. Masa mandi tu taknye rasa letih. Bila mengaji lepas Maghrib, berapa kali entah aku tersengguk, tersasul baca. Terus aku amik keputusan tidur...

Wednesday, May 05, 2004

Belajar dari kesilapan (ii)

Kesilapan kedua yang akhirnya menyusahkan aku

2 minggu lepas, sekolah aku adakan ujian bulanan (walaupun sebenarnya tak mengikut bulan). Lepas subjek yang aku ajar selesai dijawab oleh murid2, maka, bertungkus lumus la aku menyemak jawapan mereka.

Minggu lepas, minggu diskusi. So, mana2 yang tersalah semak, boleh diperbetulkan. Maklum le, bila dah banyak2, mata pun jadi tak berapa betul. Bagi kelas2 yang cerdik sikit, jawapan dibincang bersama. Kelas yang rendah, takyah harap le. Kalau diorang bagi perhatian masa kita tengah baca jawapan yang betul, itu kira dah cukup baik sangat le tu.

First sekali aku bagi kertas kat murid2, aku nak suruh diorang semak, bawa balik, bagi ibu bapa semak, dan bawa datang semula. Ok, korang semua tengok, dalam step aku ni, ada kesilapan tak?

Silap aku yang paling besar ialah, aku tak catit dulu diorang punya markah. Kalau dah bawa balik kertas ujian ke rumah, jangan harap le bawa datang semula ke sekolah. Lagi kan budak darjah empat, lima pun belum tentu bawa, inikan pula budak darjah 1. Kelas akhir pulak tu.

Nasib baik aku hanya sempat buat macam tu untuk 2 kertas ujian je. Lepas tu aku terfikir balik buruk baiknya aku buat macam tu. Kalau tak, naya aku.

Sekarang ni, aku tengah bertungkus lumus mengutip kembali kertas2 ujian tu. Tak dapat semua. Usaha lain, aku terpaksa la menelefon mak, ayah anak2 murid aku untuk dapatkan markah. Kalau tak, alamatnye kosong le dapat dalam buku rekod. Sedangkan semuanya adalah salah aku.

Bulan ni, kalau bil telefon naik, bukan sebab aku bergayut. Tapi, sebab aku dok sibuk telefon mak, ayah anak2 murid aku, untuk dapatkan markah. Tak ke kerja bodoh namanya tu. Aku... aku... (sambil menggeleng2 kepala)

Kesilapan ni, kalau orang nak kutuk aku, aku redha. Dah memang aku buat silap. Terpaksa la mengaku kat ibu bapa anak2 murid aku.

Belajar dari kesilapan

Ada 2 kesilapan yang aku kira besar sepanjang aku mengajar selama 4 minggu ni. Kalau kesilapan2 kecil tu aku tak perasan atau aku buat2 tak perasan je. Dari kesilapan2 ni, aku belajar untuk mengendalikan anak2 murid aku. Dari hari ke hari, aku mula nampak macam mana nak mengajar subjek yang aku ajar. Masa mula2 masuk, aku pakai hentam je. Yang aku tahu, nak kejar soalan exam. Padahal anak2 murid aku tak dapat menguasai sepenuhnya subjek yang aku ajar tu.

Kesilapan pertama yang cukup memalukan aku.

Masa tu minggu pertama aku mengajar. Dengan bersemangat waja, aku pun salin jadual mengajar, taip semula kat rumah, then, print colour. Masa tu aku dah pelik. Kenapa pendidikan seni untuk kelas 1(1) ni satu masa (1/2 jam) je? Kelas lain semua 2 masa.

So, bila sampai hari berkenaan, aku pun masuk le kelas tu, dengan perancangan untuk buat lukisan ringkas yang memakan masa 1/2 jam je. Lepas selesai semua, aku minta murid2 hantar balik drawing block diorang. Takleh buat balik. Tak pasal2 minggu depan diorang tak bawak semula ke sekolah.

Lepas hantar je, diorang terus buat barisan dengan bekalan masing2. 'Aik... dah rehat ke?' soal aku dalam hati. 'Ye kot.' So, aku pun atur balik diorang supaya keluar mengikut barisan yang paling lurus dan tegak berdiri. Aku taknak diorang berebut2.

Bila diorang selamat keluar beratur di luar, dan berjalan ke tempat yang ditetapkan, aku menjengah ke jadual kelas tersebut. Aku sebenarnye confuse kenapa aku hanya ajar satu masa je Pendidikan Seni kelas tu?

Tetiba... 'eh, dalam jadual ni 2 masa la. Rehat pukul 9.45 pagi. Alamak... Teruk le aku (menampar dahi). Sekarang baru 9.15 pagi. Ishk.. takleh jadi ni. Kene tahan balik bebudak tu, sebelum diorang makan.'

Apalagi. Lepas tu berlaku le adengan kejar mengejar. Anak2 murid aku dah sampai ke kantin. Dah siap duduk. Nasib baik tak dan buka bekas makanan, tak dan gi beli lagi. Aku pun panggil diorang balik ke kelas. Maka, terdengar la keluhan diorang. "Alaa... kenapa mu'allimah? Dah lapar le." Kesian bebudak tu. Menjadi mangsa kesilapan aku salin jadual. Kesian... kesian...

Lepas peristiwa tu, aku hanya melihat jadual asal. Dan aku akan perhatikan jadual aku beberapa kali, sebelum masuk kelas.

Tuesday, May 04, 2004

Kesian kat budak tu..

Tadi kat sekolah, aku terdengar guru2 dok berborak pasal kes dera yang berlaku minggu lepas. Rupa2nya masih tak reda lagi kes ni. Aku sendiri memang tak suka sangat dengan sebarang kekejaman. Tak kiralah ia dilakukan oleh mana2 pihak sekalipun. Yang paling utama kekejaman menghilangkan sifat kemanusiaan seorang manusia.

Budak yang baru berusia 2 tahun didera sehingga membawa mati. Sebagai manusia, yang mempunyai pekerti kemanusiaan, walaupun mungkin tidak memiliki sifat2 lemah lembut, pasti seseorang yang bertitle manusia, tersentuh dengan kejadian tersebut.

Budak tu baru berusia 2 tahun. Kalau dia nakal pun, apalah yang dia tahu tentang dunia. Bila lapar, dahaga, dia menangis. Bila ngantuk, dia merengek. Bila sakit, dia meraung. Ohhh.. tidak. Aku tak sanggup mendengar raungan kanak2 dalam kesakitan. Sedangkan anak murid aku menangis pun aku dah gelabah, inikan pula mendengar rintihan si kecil yang menangis kesakitan.

Kalau Yahudi Israel kita kata kejam, apa label yang boleh diberikan kepada pendera kanak2 ini? Orang2 Yahudi memang Allah dah nyatakan penentangan mereka terhadap Islam di dalam al-Quran. So, kalau diorang menentang Islam habis2an, tak le hairan sangat. Kewajipan umat Islam ialah terus berusaha memperjuangkan dan mempertahankan Islam.

Tapi, kalau yang mendera budak2 ni, diorang manusia yang tidak termasuk dalam janji2 Allah tersebut. Kenapa diorang sanggup sekejam itu? Membunuh budak2 yang tak tahu apa2. Yang belum tahu salah atau betul tindakan mereka.

Walaupun aku bukan le seorang yang pandai melayan budak2, tapi, aku amat suka tengok kanak2 usia antara baru lahir ke 6 tahun. Budak2 ni memiliki keletah mereka sendiri yang membuatkan aku tergelak. Diorang cute, comel, suci. Macam mana la ada orang tergamak mendera kanak2?

Aku takleh bayangkan ke mana hilangnya kemanusian orang2 ni.

Monday, May 03, 2004

3 hari tak update bolg.

Ape khabar semua pembaca? Aku kurang sihat. Selesema setelah seharian duduk bawah mentari. Tahniah dan selamat pengantin baru khas buat sepupuku dan buat semua yang melangsungkan perkahwinan dalam cuti 4 hari ni. Semoga perkahwinan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

3 hari ke Kuala Lumpur (sehari kat KL, 2 hari perjalanan pergi balik), mengingatkan aku zaman universiti yang baru aku tinggalkan 7 bulan lalu. Suka duka, kawan2 di sisi, tempat2 yang menjadi kenangan terimbau kembali dalam ingatanku. Teringat masa jatuh motor, masa buat kertas projek, masa join projek universiti. Seronok, cukup seronok dengan pengalaman2 yang kekadang menyebabkan aku lalai dan leka. Pengalaman yang adakalanya meningkatkan keimananku dan adakalanya menyebabkan imanku turun.

Dalam perjalanan ke KL dari KB, kami sekeluarga diuji. Mungkin juga ia satu kifarah dari Allah terhadap kesilapan2 kami yang kami sengajakan atau tidak. Setiap peristiwa yang berlaku pasti ada sesuatu yang tersirat disebaliknya. Kenderaan yang kami sekeluarga naiki, pecah cermin depannya. Rasanya sebab kena batu.

Masa tu adik aku yang kecil sekali, umur 5tahun, duduk dengan mak kat depan. Sedang kami sekeluarga berborak2, membingitkan suasana perjalanan, tiba2... PRAAKKK. Cermin depan kenderaan mula meretak beribu2 retak. Semua terdiam. Adik di depan mula teresak. Cepat2 di 'cool down' kan dan ditukar tempat ke belakang.

Suasana menjadi sepi. Ayah masih meneruskan perjalanan dengan cermin retak beribu. Kata ayah, kalau lopongkan, hujan nanti lagi teruk jadinya. So, kenderaan terus bergerak perlahan, tidak selaju seperti awal tadi.

Adik masih teresak. Dalam esakannya. Dia sempat meluahkan perasaannya. "Kenapa kereta kita je kena? Kenapa kereta orang lain tak kena? Huk.. huk.. huk.." Apa nak jawab? Macam mane nak explain pada budak berusia 5 tahun. Aku terdiam.

Adik aku yang umurnya 10 tahun pun cakap. "Ni ujian. Allah nak uji kita semua. Allah nak tengok kita sabar ke tak." Hmm... aku pun tak tahu adik bongsu aku boleh terima tak jawapan tu. Aku senyap je. Dah tak tahu nak cakap ape. Lepas tu, adik aku dah tak cakap ape2. Senyap je. Air mata je yang masih mengalir. Maybe dia faham. Atau dia tak faham langsung. Ape le maksudnya ujian tu?

Atau pun dia senyap sebab takut.